Aku dan Afiq meninggalkan Coffee Clique. Perut terasa penuh dengan kek coklat dan teh susu ais. Kek perisa mangga yang Afiq pesan pun akhirnya masuk ke dalam perutku juga. Dia macam biasalah, redha dapat tunang yang perut getah hehe.
"Tumpang lalu, tumpang lalu!"
Aku menoleh ke belakang. Terkejut apabila troli yang membawa kotak-kotak yang disusun tinggi sedang meluru ke arahku. Tiba-tiba, terasa bahuku dipegang erat. Menarikku dari laluan troli tersebut.
Jantungku berdegup kencang. Belum mengatasi kejutan itu.
"You okay ke?" Tanya Afiq, risau.
Aku menatapnya dan sedikit ketenangan mengubat diri. Kepala aku angguk. Melakarkan senyuman terima kasih untuknya.
Tapi... kenapa aku dah tak berdebar macam dulu?
"I tengok you asyik termenung je. You ada masalah ke?"
"Hm?"
Afiq memaksaku menghadapnya. Pandangan dia rendahkan, mahu melihat wajahku.
"Kenapa ni? I ada buat salah kat you ke?"
Aku menolak tangannya yang memegang bahuku. Berundur selangkah, menjarakkan diri. Aku menggeleng perlahan.
"I... I have period cramp." Bohongku.
"Oh." Afiq menghembus nafas lega. "Sakit sangat ke? You nak balik?"
Aku menggeleng lagi. "Bukan selalu dapat keluar lama-lama dengan you. Esok you dah start busy balik. Bila lagi dapat keluar dengan you?"
Afiq tertawa. Kepalaku dielus lembut.
"Fine." Ujarnya. "I nak pergi toilet kejap, lepas tu kita... pergi shopping? Wait here, okay?"
"Hm."
Afiq beralih dari pandangan dan mendedahkan kostum buaya—dinosaur yang tak putus memandangku dari jauh. Dia melambaikan tangannya. Mengenaliku.
Aku membuat isyarat tangan, memanggilnya yang sedang mempromosikan kedai aiskrim tempat dia bekerja. Setibanya di hadapanku, dia menulis sesuatu pada buku nota gergasinya.
Itu ke lelaki yang buat awak menangis hari tu?
"Hm." Aku mengangguk.
Korang dah tak gaduh lagi ke?
"Tak."
Oh. Congrats -_-
"Eh, lain macam je! Cemburu ke?" Usikku.
Of course lah cemburu.
Eh? Dah kenapa pula buaya—eh dinosaur seekor ni? Buang tabiat ke apa?
Ah! Ni mesti taktik dia nak jual aiskrim lagi kat aku.
"Dah kenapa awak nak cemburu pula?"
Sebab saya suka awak.
Aku mendongak, memandang mulut muncungnya. Tawaku pecah. Dia lantas berpeluk tubuh tanda merajuk.
"Tunduk kejap."
Dia menggelengkan kepala, protes.
"Tunduklah kejap."
Dia mendengus. Kepala ditundukkan. Aku menepuk perlahan kepalanya. Dia kelihatan terperanjat.
"Nak salahkan awak pun tak boleh juga. Dah jadi lumrah manusia suka kat benda yang cantik."
Dia mengangkat tangan. Dahiku ditolak perlahan oleh tiga jarinya.
Dahlah! Saya nak cari crush baru!
"Makin lama, makin buaya eh?"
Dia menekup mulut. Berpura tersipu malu. Aku melirik ke arah terletaknya tandas lelaki, memastikan ketiadaan Afiq sebelum kembali melihatnya.
"Awak. Saya nak minta pendapat awak lagi boleh?"
Apa dia?
"Kalau... kalau saya dah tak rasa excited dengan dia macam dulu, itu maksudnya saya dah tak suka dia ke?"
Dia menulis jawapan pada bukunya. Melihatnya mengambil masa yang lama, aku sudah mengagak jawapan yang diberikan pasti panjang seperti karangan Bahasa Melayu.
Setiap hubungan pun ada ups and downs. Cuba tanya diri awak, awak terima dia sebab apa? Being in a relationship isn't about feeling excited all the time. It's about wanting someone to care for you and be there for you. Pasal awak suka dia ke tak, yang tu kena tanya diri sendirilah. Imagine dia tinggalkan awak sekarang ni juga, how would you feel?
Kalau... Afiq tinggalkan aku?
Hanya dengan membayangkannya saja, dadaku terasa sesak. Sakit. Terlalu sakit.
I think you have the answer.
"Hm."
Just because relationship korang dah tak exciting macam dulu, tak bermaksud awak tak perlu nak appreciate dia lagi. Lagipun boleh je usaha buat relationship korang exciting lagi macam dulu. That's better than restarting with someone new.
"Sayang." Afiq menepuk bahuku. "Siapa ni? Kawan you ke?"
Mataku membulat. Dinosaur laju-laju menyembunyikan buku notanya agar tak terlihat oleh Afiq. Dia melambai tangannya ke arah Afiq, gementar.
"Eh, taklah! Ni, dia kerja kat kedai aiskrim tu. Tengah promote kedai dia."
"Ohhh!" Afiq terangguk-angguk.
Fuh, nasib baiklah dia percaya!
"Nak makan aiskrim ke?" Soalnya kepadaku.
"Lain kali jelah. I feel full."
"Okay. Jom?"
Afiq membawaku pergi. Aku menoleh sejenak ke belakang dan Dinosaur merangkap ahli terapi percumaku melambaikan tangannya. Mengucapkan selamat tinggal. Aku membalas dengan senyuman tanda terima kasih.
"Sedaplah kek mangga tadi tu." Nyata Afiq.
"Sedap sangat ke?"
"Hm. Tapi lagi sedap kalau you yang buat."
Aku menyembunyikan senyuman. "Mana you tahu? I tak pernah lagi buat kek mangga."
"Then bake one for me, boleh?"
Aku berhenti melangkah. Afiq beralih ke hadapanku. Bibir dijuihkan, membuat muka comelnya.
"Lagipun boleh je usaha buat relationship korang exciting lagi macam dulu."
Usaha.
"Hm... I can try." Aku mengaku kalah.
"Betul ni?"
"Tapi kalau tak sedap, you jangan marah tau?"
"Kalau, macam tu... I nak you buatkan setiap hari—eh, tak tak! Hm... setiap minggu!"
"You nak makan kek mangga setiap minggu?"
"Er... no... maybe different desserts for every week?" Dia diam sejenak untuk berfikir. "Untuk minggu depan, I nak caramel flan!"
Caramel flan pula? Ni macam sengaja je nak buat aku rajin masuk dapur.
"Hm, fine!"
Afiq bertepuk tangan. Teruja.
Usaha. Yang aku perlukan untuk kami kembali seperti dulu hanyalah usaha.
Terima kasih Dinosaur.
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...