Bab 8

308 56 0
                                    

"Bye, Aina!"

Aku menoleh. Membalas lambaian rakan sekelas yang tergesa-gesa meninggalkan bilik kuliah untuk meneruskan aktiviti harian mereka. Tak lain, tak bukan, lepak dengan kawan-kawan baharu.

Kalaulah aku pun senang nak berkawan...

Deringan telefon membuatkan aku terhenti daripada mengemas barangan di atas meja. Nama Afiq tertera di skrin telefon.

Dia dah tunggu kat luar ke?

"Hello sayang?" Dia menyapa manis.

Aku tersenyum kecil. "Hm. You dah kat luar ke?"

"Er... about that..."

Mata aku pejam rapat. Meramal diri akan dikecewakan sekali lagi.

"I tahu I janji nak keluar dengan you hari ni but I have a flight tonight. I have to fill in for a friend."

"Flight? Pergi mana? Berapa hari?"

"Chiang Mai. Two days."

Aku mengangguk faham meskipun tak terlihat olehnya. Sekurang-kurangnya kali ni alasan dia lebih munasabah. Nama pun kerja. Nak marah pun tak boleh.

"Hm. Take care. Have a safe flight."

"I love you."

Mulutku terkunci. Seringkali tiga perkataan itu tergantung sepi.

"I said I love you." Ulangnya.

"Hm. Bye. Assalamualaikum."

Jariku menekan butang tamat panggilan. Telefon aku masukkan ke dalam beg bersama buku nota dan peralatan menulis. Tatkala aku bangkit dari tempat duduk, secara tak sengaja aku menendang sesuatu di bawah meja.

Pandangan jatuh ke bawah. Keluhan panjang aku helakan melihat timbunan hadiah yang disusun di atas lantai. Hampir terlupa tentang itu.

Aku mencapai kotak-kotak kecil untuk dimasukkan ke dalam beg. Sementara kotak yang lebih besar aku susun bertingkat kemudian menatangnya. Perlahan-lahan, aku menuruni anak tangga dan meninggalkan bilik kuliah seterusnya bangunan fakulti musik.

Berbeza dengan suasana di dalam fakulti yang dimainkan alunan musik klasik, di luar bangunan riuh-rendah dengan para pelajar yang beriadah di petang hari. Rata-ratanya yang menetap di dormitori dalam kampus.

Should I live in the dorm too? Aku pun nak juga riadah dengan kawan-kawan.

Sorakan dari gelanggang bola keranjang menarik perhatianku. Para gadis yang mengerumuni gelanggang tak terkira banyaknya. Secara langsung menghalangku daripada melihat terus ke para pemain petang itu.

Aku menggeleng kepala. Meneruskan langkah menuju ke tempat meletakkan kereta untuk mencari Aiman yang sepatutnya menamatkan kelas hari ini serentak denganku. Lagipun aku tak minat sangat bersukan. Selalunya, tengok perlawanan bola pun sebab Afiq yang ajak.

"Daen!"

Bukk!

Sesuatu yang keras mengena belakang kepalaku. Menghasilkan bunyi yang kuat seperti batu bertemu batu. Penglihatanku kabur seketika dan tubuh ringanku jatuh ke permukaan bertar bagaikan bulu pelepah.

Hadiah yang aku tatang terlepas dari tangan, melambung ke udara sebelum jatuh menimpaku dan diikuti dengan bunyi derapan kaki menghampiriku. Figura hitam mengelilingiku. Menuding jari ke arahku sambil berbisik cemas di antara mereka.

Aku... dah nak mati ke?

"Excuse me, excuse me!" Jerit seseorang.

Aku mendongak ke langit. Menatap langit senja. Meskipun waktu kurang tepat, terdetik dalam hati, langit senja tetap indah walaupun diamati dengan penglihatan yang kabur. Sejujurnya, hanya warna langit senja saja yang jelas di mataku sementara mereka yang lain hanyalah... bayangan hitam.

"Awak okay ke?"

Aku menggerakkan kepala ke kanan. Mengetap bibir dek menahan sakit yang menusuk kepala. Empunya suara tadi hadir dalam pandangan. Satu lagi bayangan hitam.

"Awak okay ke?" Soalnya, panik.

Aku mengerdipkan mata. Sekali, dua kali. Tetap saja kabur.

Tiba-tiba, dia merapatkan wajahnya. Badanku terasa tegang dan kaku. Terkejut dengan kelakuannya.

"Sorry for doing this." Bisiknya.

Aku mengerutkan dahi. Mula-mula, agak bingung atas permintaan maafnya. Alih-alih aku merasakan tubuhku diangkat. Tajam batu kerikil jalan raya tak lagi menusuk lenganku dan meninggalkan bekas. Wangian pudina semakin kuat.

"A-awak nak... bawa saya pergi mana?" Aku mengumpul sisa kudratku.

"Hospital." Jawabnya sepatah, semakin mempercepatkan lariannya.

Aku mengerdipkan mata berkali-kali dan untuk beberapa, penglihatanku kembali. Pandangan kami bertaut. Alis tebalnya bertaup, menatapku dengan penuh kebimbangan. Rahangnya menonjol. Urat di tengkuknya juga ketara. Kelihatan tegang kerana situasi yang malang.

"Nama awak siapa?" Soalku perlahan.

"Saya—"

"Daen!"

Daen. Nama dia Daen.

Peliknya nama dia.

Dan penglihatanku gelap sepenuhnya.

+

Dua jam kemudian, aku berbaring di atas katil. Dinding serba putih dan bau ubat-ubatan secara tak langsung memberitaku akan keberadaanku ketika ini. Nasib baik dia betul-betul bawa aku pergi hospital.

Eh, ha'ahlah! Daen!

Aku bangun dengan mendadak dan rasa sakit menyerangku. Mulut mengadu sakit, tangan naik memegang belakang kepala. Benjolan besar terasa.

Kepala aku kena kayu pemegang besbol ke apa? Sampai benjol besar macam ni, ya Allah!

"Eh, kenapa kau bangun?" Aiman berlari mendapatkanku dengan Aira, adiknya membuntutinya di belakang.

"Kak Aina okay?" Tanya Aira, meraih tanganku.

Aku mengangguk lemah. Cuba untuk tersenyum di hadapan gadis manis itu tetapi gagal. Sakit bukan kepalang!

"Kenapa kau ada kat sini?" Aku memandang Aiman, keliru.

"Aku—aku yang bawa kau pergi hospital. Memanglah aku ada kat sini." Jawabnya seraya mengurut tengkuknya.

"Kau?"

Tapi... seingat aku bukan Aiman.

"Bukannya... Daen ke?"

Mata sepet Aiman membulat. Dia memandang tepat ke anak mataku. Kelihatan lebih panik.

"K-Kau... kau ingat nama dia?"

Aku memandang Aira dan Aiman bersilih ganti.

Aku... tak sepatutnya ingat nama dia ke?

Stalker-IshWhere stories live. Discover now