Bab 15

292 54 9
                                    

Sorakan gemuruh datang dari gelanggang bola keranjang berhadapan dengan fakulti muzik jelas kedengaran dari dalam bangunan. Perlawanan bola keranjang antara fakulti undang-undang dan fakulti perhotelan akan dimulakan sebentar lagi.

Kerana janjiku kepada Daenish untuk menghadiri perlawanan mereka, aku bergegas keluar dari bilik muzik setelah kuliah tamat. Buat kali pertamanya, aku orang pertama yang melangkah keluar.

"Eh, Aina! Nak pergi mana tu?" Kenzie menegurku.

"Eh, Ken!" Aku menghentikan langkahku. "Nak pergi tengok orang main basketball. You tak pergi tengok ke?"

"Oh. Nak tengok Daenish ke?"

"Well... tak adalah nak tengok dia seorang je, tapi..."

Aku merepek apa ni?

Kenzie tertawa kecil. "I faham. I... I don't think Aiman wants to see me lepas I confessed kat dia."

Tanpa teragak-agak, aku menariknya. Memberikan pelukan dan menepuk belakangnya perlahan. Kenzie mengeluh perlahan dan membalas pelukanku.

"I nak tanya. Betul ke... Aiman suka kat someone?"

"Hm."

Tahu segala-galanya pun terkadang mengundang serba salah. Salah satu detik itu, ketika ini.

Aku meleraikan pelukan. Melihat Kenzie yang mata mula berkaca.

"Nak tanya boleh?"

Dia mengangguk lemah.

"You pun tahukan how cold Aiman is and there's a chance... dia tak suka kat you balik."

Kenzie tertawa kelat.

"So kenapa you still confess juga?"

"At first, memanglah I sedih sebab dia reject I tapi... lama-kelamaan, I feel a bit better sebab dah luahkan semuanya. Sometimes, you have to do what is right, not what is easy. Do what you think is right for you."

Betul juga cakap dia. Lebih baik luahkan dan rasa lega daripada simpan sendiri dan merana.

+

"Lambatnya kau. Kau pergi mana?" Aiman mengerutkan dahi, menarik begku dan memaksaku untuk duduk di sebelahnya.

"Kenzie."

Kerutan pada dahinya beransur hilang. Aiman menalakan pandangan ke tengah gelanggang. Keluhan kecil dia lepaskan.

"Dia okay ke?"

Eh, caring pula?

"A bit sad, but she'll be okay."

Aiman mengetap bibir. Menahan keluhan.

"Dahlah. Kau tak payah nak rasa bersalah sangat. Dia okay jelah. At least kau jujur cakap kat dia kenapa kau tak boleh nak suka dia. That's more than enough."

Hujung bibir Aiman terangkat. Akhirnya tersenyum kembali.

Perbualan kami terganggu oleh sorakan yang semakin kuat. Aku lantas menoleh ke arah gelanggang. Sekumpulan jejaka mengenakan vest putih dengan garisan hijau melangkah masuk ke dalam gelanggang. Daenish salah satunya.

Dia memanjangkan leher. Mencari sesuatu di kalangan khalayak ramai. Alih-alih, pandangan kami bertemu. Senyumannya melebar. Tangan melambai penuh teruja. Aku membalas lambaiannya.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now