Deheman kecil membuatkan aku mencodak. Tujuan aku datang memenuhi jemputan Ada ke parti barbeku rakan sekelasnya hanyalah kerana aku mengetahui Aina juga dijemput sama. Aku... aku nak minta maaf sebab tengking dia hari tu.
Memanglah salah dia sebab suka-suka tuduh aku stalker dia tapi aku pun tak sepatutnya tinggikan suara kat dia. Boleh je cakap elok-elok.
"Nak apa?"
Dia menyuakan bekas makanan. Aku mengambilnya dan memindahkan ayam yang sudah masak ke dalam bekas makanan itu.
"Kenapa awak... tak bagitahu saya pasal Ada?"
Aduh! Aku dah agak dah dia mesti tanya pasal ni.
Sebenarnya... aku panik bila nampak dia. Tak pasal-pasal aku cakap si Ada tu girlfriend aku.
"Kenapa pula saya kena bagitahu? Bukannya ada kaitan pun dengan awak. I don't even know you." Tuturku tanpa aku sedari.
Haa eloklah tu! Niat nak minta maaf tapi bukan main sarkastik lagi!
"Yeah, but—" Dia melepaskan batuk.
Aku mendongak sedikit. Baru menyedari asap mengarah ke tempat dia berdiri. Keluhan aku tahan. Berganjak dari tempatku ke arahnya. Menghadang asap dari mengenanya.
Alang-alang satu badan bau asap, biarlah sampai ke pangkal lengan.
"Main jauh-jauhlah. Kat sini banyak asap." Arahku.
Aku cuba mengekalkan sisi cool tapi asap menerpa ke muka dan akhirnya, aku pun ikut terbatuk-batuk. Kolar t-shirt aku tarik, menutup mulut. Patutnya masa-masa macam inilah aku pakai mask tapi mask tak ada pula.
"Nah!" Dia menghulurkan sapu tangan.
"Apa ni?"
"Untuk tutup hidunglah." Dia memaksaku untuk mengambil hulurannya. "And... saya minta maaf sebab salah faham kat awak." Tambahnya.
"Hm." Aku berpaling darinya.
Sebaik saja dia berlalu pergi, Ada menegurku.
"Kenapa kau cakap aku girlfriend kau? Kau nak buat dia jealous ke?"
"HAH?!" Aku mengerling ke arah Aina. "Kau merepek apa? Aku kenal dia pun tak. Nak buat dia jealous."
"Hm... iyalah tu!" Usik Ada. "Tak lapar ke?"
"Kau makanlah dulu. Aku dah nak siap dah ni."
"Okay!" Balas Ada dan turut berlalu pergi.
Aku menekup sapu tangan yang dia berikan ke mukaku. Sekali tarik nafas, tanganku serta-merta menjarakkannya. Aku berdehem kekok.
K-Kenapa wangi sangat ni? Dia simbah minyak wangi satu botol ke apa?
Aku menyelukkan sapu tangannya ke dalam poket. Tiada rancangan untuk memalukan lagi diriku malam ini.
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...