Bab 24

286 56 7
                                    

Lutut lemah aku pegang. Tercungap-cungap di tengah gelanggang. Aku berdiri, berpusing 360 darjah mencarinya yang mungkin masih berada di sini. Namun sia-sia saja. Kelibatnya langsung tak kelihatan di antara para penonton perlawanan malam ini.

Kunci skrin aku buka. Mesej terakhir daripadanya dihantar hampir sejam yang lalu dan kini, gelanggang sedang dikosongkan. Perlawanan bola keranjang sampai ke penghujungnya. Aku... dah terlambat.

"Aina?"

Degupan kencang mendatar. Dunia berubah hening seketika. Figura mereka yang masih berada di depan mata perlahan-lahan menghilang. Aku menoleh ke belakang dan senyuman manis dihiasi lesung pipi muncul dalam pandangan.

Daenish?

"Daenish!" Aku berlari ke arahnya. "Awak—b-bukan ke game dah habis?"

Dia tertawa kecil. Mengangguk sambil menggaru kepala, kekok.

"Saya... tunggu awak."

Dia tunggu aku. Dia... tunggu aku.

"Oh." Aku tunduk, menyembunyikan bibir yang gatal nak senyum.

Daenish mengatur langkah ke arah tempat duduk penonton yang pasti bersorak kuat untuknya sepanjang perlawanan tadi. Aku mengikuti langkahnya. Meletakkan kaki di mana dia pernah menapak.

Kerusi di sebelah dia tepuk perlahan. Aku melabuhkan punggung, duduk di sampingnya seraya pandangan aku talakan ke tengah gelanggang. Walaupun aku sempat menemuinya, sayangnya aku tak sempat menyaksikan dia bermain dan bersorak untuknya seperti tempoh hari.

Rasa rindu pula dengan hari tu.

"Awak dari mana pakai cantik-cantik macam ni?"

Cantik? Dia cakap aku... aku cantik?

Aneh. Pujian yang sering aku dengari terasa seakan kali pertama menyapaku apabila dia yang menyatakannya. Istimewa. Terasa istimewa.

"Parti."

"Oh." Dia mengangguk faham dan menguntumkan senyuman. "Er, awak tunggu sini kejap. Saya nak pergi beli air dari vending machine tu. Kejap je."

"Oh. Okay!"

Daenish sempat lagi melontarkan senyuman menawannya sebelum berlari ke arah vending machine yang diletakkan bersebelahan pondok telefon. Aku tunduk, memeriksa kesan lecur pada kaki kerana berlari dalam kasut tumit tinggi.

Sakit... tapi kenapa aku tetap rasa gembira?

"Er, hai?"

Aku mendongak. Menyangka ianya Daenish tetapi dihampakan apabila wajah yang tak aku kenali sebaliknya berdiri di hadapanku.

"Aina, kan?"

"Ha'ah."

Dia menyuakan telefonnya kepadaku. "I nak number you, boleh?"

Aku meneguk liur.

Mana Daenish ni? Lama lagi ke?

"Boleh ke?"

Dia semakin mendekatkan telefonnya kepadaku. Dek rasa tertekan, mahu tak mahu aku terpaksa akur. Jika itu satu-satunya cara untuk membuatkan dia meninggalkanku.

Belum sempat aku menyambut hulurannya, telefon dengan logo jenama mewah itu dirampas di depan mataku. Aku lantas mencodak ke arah tangan yang mendahuluiku. Ekspresi dingin dan mengancam yang tak pernah aku lihat sebelum itu tertulis pada wajah jejaka bernama Daenish itu.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now