Bab 22

284 53 1
                                    

"Aina? Tak nak balik lagi ke?" Tanya seorang wanita di hadapan pintu bilik musik.

"Er..." Aku melirik ke arah sebuah grand piano dan kembali memandangnya. "Saya ingat nak stay kejap." Jawabku, menguntumkan senyuman kecil.

"Okay. Jangan lupa matikan suis semua nanti tahu?" Dia memperingatkanku. "Bye. See you next week!"

"Bye, miss!"

Pintu bilik muzik yang terletak di aras satu bangunan fakulti tertutup rapat semula. Kedengaran derapan tapak kasut berlalu pergi bergaung di sepanjang laluan. Tinggallah aku bersendirian.

Aku melabuhkan punggung pada kerusi dan membuka grand piano bersalut lakaran daun emas itu. Kekunci aku tekan satu persatu. Sudah lama rasanya sejak kali terakhir aku bermain piano. Lagipula bakatku terpesong lebih ke arah bermain biola.

"Knock, knock!"

Aku mendongak dan mendapati seorang jejaka berjaket kulit hitam sedang berdiri sambil bahunya disandarkan pada rangka pintu.

"Nak ketuk pintu, tapi pintu kaca." Daenish memegang tangan kanannya. "Sakit." Sambungnya seraya menyengih.

Ada-ada jelah dia ni.

"Macam mana awak tahu saya ada kat sini?"

"Er..." Daenish menggigit bibir. "Kenzie."

"Oh."

"Awak pandai main piano?" Dia mempelawa diri sendiri masuk ke dalam. "Ingatkan awak main violin je."

"Pandai tu, tak adalah pandai mana. My piano skill is just average. Main saja-saja je."

"Ohh..."

"Awak pandai main alat muzik? Hm... main kerincing maybe?"

"Eh, eh! Pandang rendah kat kita pula?" Daenish mencekak pinggang dan aku tergelak. "Awak cakap je awak nak saya main apa. Semua saya boleh!"

Oh... berlagak eh?

"Kalau macam tu, mainlah kerincing."

Tangannya perlahan-lahan diturunkan ke bawah. Mulut muncung sedepa. Haa, mulalah tu nak merajuk!

"Okay, okay! Gurau je!" Aku mengetap bibir, terpaksa menahan tawa kalau tak, kena memujuk 7 hari 7 malamlah jawabnya.

Daenish menghela nafas panjang sambil anak matanya meneliti bilik muzik, dari bucu ke bucu. Alih-alih, dia mencapai gitar akustik yang disandarkan pada pembesar suara. Punggung dihenyakkan pada sofa dan gitar diletakkan pada pahanya.

"Gitar?"

"Hm." Daenish mengangguk laju.

Dia meletakkan jarinya pada tali gitar. Kelihatan seperti pemain gitar professional dengan chord sudah dihafal sedia di kepala. Bunyi petikan gitar memecahkan keheningan aras satu tetapi bukan lagu yang dimainkan; melainkan hanya minor chord.

Bunyinya dalam dan melankolik. Menyampaikan perasaan yang dilahirkan dari rasa rindu dan luka.

"That's how I feel bila awak tak ada dengan saya." Tuturnya perlahan.

Daenish tersenyum kelat dengan pandangannya kekal ditundukkan. Kedudukan jari runcingnya diubah dan petikan gitar menyapa gegendang telinga buat kali kedua. Juga bukan lagu yang dimainkan tetapi kali ini, major chord.

Bunyinya ceria dan menyenangkan. Menjadi lambang tatkala dibuai rasa cinta, di mana dunia indah sentiasa.

"This is how I feel right now."

Daenish mencodak. Jarinya direhatkan. Sebaik saja pandangan mata kami bertemu di pertengahan, senyumannya yang seringkali membuatku terigau-igau sepanjang masa dilakarkan di bibir. Lesung pipi pula hanya menambah lagi kekacauan dalam hati.

"Dalam dunia ni ramai je orang yang curang without them even knowing it."

"Er—wow!" Aku bingkas bangun, membelakanginya dengan harapan dia tak dapat membaca riak wajahku. "M-Mana awak belajar main gitar?"

"Waktu zaman sekolah dulu, I was in a band dengan kawan-kawan saya. I was the guitarist."

"Oh." Aku menarik nafas dalam dan memberanikan diri untuk menghadapinya. "So, kenapa awak tak sambung belajar muzik je?"

Daenish bangun. Gitar yang direhatkan pada riba dia sandarkan semula pada pembesar suara tetapi seakan tak mahu melepaskannya.

"Sebab saya bukan orang berada. Dalam dunia ni, kalau awak nak kerja dan belajar bidang yang awak minat, the first rule is to have money. A lot of money." Daenish menoleh ke arahku dan tersenyum kelat. "I don't have that."

"Saya—"

Deringan nyaring telefon yang aku letakkan di atas meja memotong perbualan kami. Aku pantas mendapatkan panggilan tersebut.

"Sayang, you kat mana?" Suara Afiq menyapa.

Aku mengerling ke arah Daenish. Dia seakan tahu siapa pemanggil dan mengangguk faham. Memberiku ruang.

"I—I baru nak turun. You dah ada kat bawah ke?"

"Ha'ah. Cepat sikit tahu. I dah rindu."

Daenish berdehem kekok. Aku mematikan panggilan dan mengemas baranganku. Nasib baiklah hari ni tak banyak sangat hadiah besar-besar. Cuma surat berisi bedak Baby Johnnson je.

"Er, by the way, saya datang ni actually sebab—" Daenish diam sejenak. "—lusa saya ada basketball match. Awak boleh datang tak?"

"Lusa?"

Alamak! Lusa... Lusakan parti ulang tahun mama Afiq.

"Sorry. Saya dah ada plan hari tu."

"Oh." Daenish tertunduk. "T-Tak apalah. Tapi kalau awak sempat nak datang—I mean—" Keluhan dia lepaskan.

"I-I should go."

"Hm. Awak pergilah dulu. Takut tunang awak salah faham pula nanti."

Aku mencapai beg dan mengatur langkah pergi sementara dia kekal tak berganjak walau seinci. Aku menoleh semula ke belakang.

"Daenish?"

"Hm?"

"Thank you sebab faham."

"Eh, tak ada hallah!" Dia menayangkan barisan giginya.

"Goodluck!"

"Enjoy your weekend."

Aku berlalu pergi. Sepanjang perjalanan untuk menemui Afiq, kata-kata Aiman terngiang-ngiang di telinga.

"Aku just... takut kalau kau makin rapat dengan Daenish, kau start suka kat dia."

Tak. Aku takkan suka kat dia. Aku tak boleh suka kat dia.

Tapi... kenapa aku rasa berat hati tinggalkan dia?

Stalker-IshWhere stories live. Discover now