Pintu pagar dibuka secara automatik dari dalam. Tak lama kemudian, Kenzie muncul. Berlari untuk mendakapku. Alu-aluan yang hangat darinya.
"Thank youuu sebab sudi datang!" Ucapnya, tangannya masih melingkar di bahuku seakan tak ingin melepaskanku.
"Tapi sorry tahu sebab I datang seorang. Aiman... dia busy sikit."
Kenzie menguntumkan senyuman. Kelihatan sedikit kecewa tetapi cepat-cepat dia sembunyikan.
"Eh, jemputlah masuk!"
Kenzie meraih lenganku. Berpaut erat sambil mengiringiku masuk ke dalam rumah banglo milik keluarganya. Pintu pagar ditutup semula.
Dari luar lagi, kedengaran riuh-rendah dari dalam rumah. Ramai yang sudah tiba sebelumku lagi dan rata-ratanya adalah kawan sekelas Kenzie. Satu fakulti denganku, cuma mereka memiliki senioriti ke atasku.
"Everyone, meet Aina!" Umum Kenzie teruja. "Aina, yang tu Ada, Beatrisya, Amran..."
Aku mengangguk pada setiap nama yang disebut oleh Kenzie. Terlalu ramai sehinggakan aku hilang fokus di pertengahan. Tak apalah. Nanti boleh kenal perlahan-lahan.
"Er, kucing terlepas." Sampuk seseorang.
Aku menoleh ke arah empunya suara. Seorang jejaka masuk ke ruang tamu. Dia terbeliak apakala pandangan ditalakan ke arahku. Ekspresiku ketika ini juga tak jauh beza dengannya.
"Oh, yang ni Daenish!" Ada bangkit dan bersuara seraya tangannya diletakkan pada bahu jejaka itu. "Daenish ni—"
"Boyfriend." Cantasnya. "Boyfriend Ada." Ulangnya lebih jelas.
Dia dah girlfriend?
"Eh, sejak bila—"
"Kucing you terlepas!" Daenish mencantas percakapan Kenzie pula.
Mendengar pernyataan Daenish, Kenzie bergegas pergi. Terburu-buru untuk mencari kucing peliharaannya yang dikatakan terlepas. Ada membisikkan sesuatu kepada Daenish yang sejak tadi mengelak anak mataku.
"Eh, Aina. Duduklah." Jejaka yang bernama Amran tadi bersuara.
"Ha'ah. Tak penat ke berdiri je?" Usik Beatrisya pula.
Aku membalas dengan sengihan. Baru menyedari sudah lama aku berdiri. Lenguh juga lutut. Mana taknya, sesi perkenalkan diri panjang sangat.
Aku melabuhkan punggung pada sofa. Duduk berhadapan gadis manis bertudung kelabu, Ada yang tak habis lagi berbicara dengan Daenish tetapi ketegangan di antara mereka digantikan dengan gelak tawa.
Aku melirik ke arah jejaka bernama Daenish itu. Ini kali pertama aku melihatnya dengan lama tanpa topeng muka hitam menyembunyikan wajahnya. Tak dinafikan, manis orangnya. Berwajah Melayu, mungkin ada sedikit kacukan tetapi tak begitu ketara.
Penampilannya cukup ringkas dan bersahaja. T-shirt putih dipadankan dengan seluar denim gelap. Rambutnya dibiarkan jatuh menutup dahi. Tidak kelihatan selekeh meskipun tidak digayakan.
Handsome macam ni, kenapa dia nak stalk aku? Girlfriend dia pun comel.
"Isy, mana ada!" Ada memukul lengannya, mengundang tawanya.
Ke... aku yang salah faham kat dia?
+
Setelah Kenzie berjaya mengembalikan kucing-kucing peliharaannya ke dalam bilik permainan mereka, kami berpindah ke laman belakang. Asap dari pemanggang berkepul-kepul naik ke langit malam. Menghadang bintang.
Layanan mereka terhadapku baik-baik saja. Mungkin kerana kami ada topik untuk dibincangkan iaitu minat yang sama; muzik. Dan... mungkin kerana itu juga Daenish sukarela untuk berdiri jauh dari kami, sibuk memanggang ayam dan sebagainya.
Terbit rasa kasihan dalam hati. Masa aku mula-mula pindah ke Kanada, aku pun selalu dipinggirkan. Tapi terima kasih kepada Afiq, aku berpeluang mengenali dan bergaul dengan ramai orang. Beberapa orang daripada mereka juga tak putus menghubungiku sejak aku meninggalkan Kanada. Sesuatu yang sentiasa aku syukuri.
"Ada mana?" Tanya Kenzie.
"Toilet." Balas Amran.
"Oh." Kenzie mengangguk. "Eh, Daenish! Tak nak join makan sekali ke?"
Daenish menggelengkan kepala. "Nanti jelah. Nak habiskan ni dulu." Jawabnya sambil mengipas pemanggang.
Aku meneliti makanan pada meja. Menyedari bekas makanan yang tadi penuh dengan ayam panggang kini kosong. Lantas tanganku mencapainya. Meminta diri untuk mengisi semula bekas itu.
T-Tapi... memang aku nak isi pun! Bukannya ada niat lain!
Aku berdehem untuk mencuri perhatiannya yang fokus dengan kerjanya. Dia mendongak. Alis berkerut tatkala melihatku. Tak senang hati nampak!
"Nak apa?" Soalnya dingin.
Aku menyuakan bekas makanan di tangan ke mukanya. Dia mendengus perlahan tetapi menyambut huluranku. Satu persatu ayam yang sudah masak dipindahkan ke dalam bekas.
"Kenapa awak... tak bagitahu saya pasal Ada?"
Dia meletakkan bekas makanan ke atas meja di samping pemanggang. Kipas tangan dia capai, mengipas dengan lebih kuat. Aku menahan nafas agar asap tak masuk ke peparu.
"Kenapa pula saya kena bagitahu? Bukannya ada kaitan pun dengan awak. I don't even know you."
"Yeah, but—" Aku terjeda. Terbatuk-batuk kerana menghidu asap yang menerpa ke muka. "But at least—at least, saya tak salah faham."
Daenish mengeluh perlahan. Dia memandangku serius. Begitu serius sehinggakan jantungku berhenti seketika. Kecut perut melihatnya.
"Dah ke?" Amran mengambil bekas makanan yang aku bawa tadi.
"Sikit lagi." Jawab Daenish. "Ambil dululah."
"Okay. Kalau nak aku ganti, roger je tahu." Pesannya sebelum kembali kepada mereka yang lain.
Dahiku berkerut seribu. Baru menyedari aku tak lagi terbelahak. Asap yang menerjahku juga berubah arah atau—
"Main jauh-jauhlah. Kat sini banyak asap."
Aku mendongak. Daenish yang tadi berdiri bertentangan denganku kini berdiri membelakangiku. Menghalang asap dari mengenaku. Wangian pudina segar semakin kuat kerana jarak yang rapat di antara kami. Aku mengundur setapak ke belakang.
K-Kenapa aku... aku rasa lain macam ni...
Dia terbatuk. Sebelah tangan menarik kolar t-shirtnya agar menutup hidung.
Nak jaga orang tapi diri sendiri tak reti nak jaga.
"Nah!" Aku menghulurkan sapu tangan.
"Apa ni?"
"Untuk tutup hidunglah." Aku meletakkannya ke atas tapak tangannya. "And... saya minta maaf sebab salah faham kat awak."
"Hm." Dia mengangguk dan memalingkan wajah.
Secara tak sedar, senyuman terbit di bibirku. Sedikit ketenangan membasuh diri.
+
I need a Daenish in my life
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...