Bab 34

287 51 6
                                    

Kunci loker aku buka. Dengan sedikit paksaan, loker dengan engsel berkarat itu terkuak jua. Apa yang aku tak jangkakan, berlaku. Air terjun puluhan gumpalan kertas melimpah keluar dari dalam loker ke lantai.

Aku tunduk, mengutip salah satu kertas yang telah digumpal. Lipatannya aku buka sedikit demi sedikit. Meskipun kondisinya cukup parah dengan kesan renyuk, not-not muzik yang ditulis menggunakan tangan masih jelas kelihatan. Mustahillah aku tak kenal tulisan sendiri.

Malam-malam yang aku isi dengan menggubah lagu itu terlintas dalam fikiran. Lelah dan letih yang pernah ada, kembali menyapa. Usahaku sia-sia. Semuanya runtuh sekelip mata. Begitu mudahnya.

Pandangan aku talakan kembali ke isi loker. Tulisan-tulisan yang mencaci makiku, menyamakan aku dengan pelbagai nama yang begitu jijik aku baca satu-persatu. Aku lebih tahu siapa diriku tapi... bila terlalu kerap mendengar mereka mengulangi kejian yang sama, sedikit demi sedikit aku mulai mempercayai mereka.

"Ya Allah, Aina! Kenapa ni?" Ada, seniorku menghentikan langkahnya di hadapan lokerku. "A-Apa semua ni?"

"Tak ada apa-apalah." Balasku perlahan.

Aku tunduk, mengutip gumpalan kertas yang lain. Dalam kala itu, air mata akhirnya jatuh. Percayalah, aku cuba untuk menahannya tapi apakan daya. Manusia suka menangisi takdirnya dan aku tak lari dari kesilapan itu.

"Tak ada apa-apa? Ini, tak ada apa-apa? Ini dah kira buli tahu? You—"

"Tak apa." Aku bangun dan memandangnya. "Ada tak payah risaulah. I dah biasa dah kena macam ni. Nothing new."

"Maksud awak?" Suara garau menyampuk percakapan kami.

Aku menutup loker. Sedikit pun nak menoleh ke arah empunya suara. Tak perlu melihatnya untuk mengetahui siapa dia.

"I'll... leave you two first." Ada mengusap belakangku dan aku mengangguk.

Memandangkan senja semakin menghampiri, bangunan fakulti muzik hampir kosong sepenuhnya. Para pelajar sudah bergerak pulang ke dormitori atau rumah masing-masing. Ada juga sama.

"Saya tahu awak tak nak bercakap dengan saya." Daenish mengeluh perlahan. "But you need to talk to someone. Jangan suka sangat pendam semuanya. Saya pergi dulu."

"D-Daenish."

Sudah lama sejak kali terakhir aku memanggil nama itu. Terlalu lama sehinggakan terasa janggal untuk menyebutnya.

"Awak... free tak?"

Cukup dengan pertanyaan itu, Daenish tersenyum manis. Aku membalas senyumannya.

+

Sebotol teh susu disuakan kepadaku. Aku mendongak. Matahari senja tenggelam di belakangnya. Anehnya, dia lebih indah dari langit senja yang ungu dan jingga. Jauh lebih indah.

"Terima kasih." Aku menyambut hulurannya.

Daenish melabuhkan punggungnya di sebelahku. Sama-sama melihat ke tengah gelanggang bola keranjang yang kosong pada petang ini. Musim ujian semakin menghampiri. Sudah tentu para pelajar sibuk mempersiapkan diri mereka demi mendapat Anugerah Dekan yang menjadi impian setiap pelajar universiti.

"Awak okey tak ni?"

Tadi saya tak okay. Sikit pun tak. Tapi bila dengan awak...

"Okay."

Daenish mengangguk lega.

"Aina..."

Stalker-IshWhere stories live. Discover now