Bab 10

300 52 0
                                    

Beg aku sandang ke bahu sebelum menekan butang kunci kereta. Hari ni, Afiq tak dapat nak hantar aku ke kelas sebab kerja. Seminggu juga kami tak bersua muka memandangkan dia akan terbang ke Riyadh malam ni.

Nasib baiklah kereta aku dah sampai dari Kanada ke Kuala Lumpur. Lepas ni nak ke mana-mana, bolehlah pandu sendiri. Tak adalah nak tunggu Afiq ajak jalan. Tak pun, ganggu Aiman yang 24 jam sibuk.

"Aina."

Mendengar suara yang aku kenali membuatkan aku mempercepatkan langkahku. Terburu-buru untuk masuk ke dalam bangunan fakulti musik walhal masih ada setengah jam bersisa sebelum kelas pertama hari ini dimulakan. Berharap sangat aku dapat meloloskan diri daripada berbicara dengannya.

"Aina. Tunggulah kejap." Pintanya. "Aina!" Begku dia rentap kuat.

Aku berpaling ke belakang. Bertentangan mata dengan satu-satunya Aiman Wong.

"Kau nak apa? Aku ada kelaslah." Tuturku, menjelingnya tajam.

Begku dia lepaskan. Sepasang mata sepetnya tak pernah meninggalkan wajahku.

"Kau marah lagi ke kat aku?"

"Marah?" Senyum sinis terukir. "So, kau expect aku nak gembira, berhuha sana huha sini bila kawan aku berahsia dengan aku?"

"Bukan aku sengaja tak nak beritahu kau pasal—"

"Oh, so there is a secret?" Aku mengangguk, tertawa sinis.

Aiman mengetap gigi. Menghela nafas dalam. Aku cuba untuk melangkah pergi tetapi tangannya pantas merampas kunci kereta dari tanganku.

"Bagilah balik!"

Aiman menepis tanganku. Wajahnya muram dan serius. Anak mataku dipandang tajam. Aku memasang muka tembok. Berlagak seperti renungan Aiman tak menggetarkan lutut.

"Petang ni, balik dengan aku. Tunggu aku kat 7E depan tu."

"Tak nak!"

"Kau nak tahu pasal dia ke tak?"

Aku terdiam. Tahu apa yang bermain di fikiranku, Aiman terus mengangkat kaki. Pergi meninggalkanku.

"Um, Aina..." Panggil seseorang.

Aku menoleh.

"Er... hai?" Kenzie tersengih, menggaru kepala.

"Hai." Aku terkebil-kebil melihatnya yang muncul entah dari mana.

Dia melirik sekilas ke arah Aiman yang berlalu pergi sebelum kembali memandangku. Jarak di antara kami dirapatkan. Menghampiriku dengan kekok.

"You... dengan Aiman?" Tanya gadis itu.

Aku dengan Aiman? Maksudnya...

"Eh, taklah!" Aku menggeleng laju. "Kitorang kawan je. Kawan dari kecil."

"Ohhh." Kenzie menghembus nafas lega, mengangguk faham.

Lain semacam. Syok kat Aiman ke? Tapi siapa je yang tak suka dengan mamat ais batu seorang tu. Muka mengalahkan model majalah Vogue. Memang padanlah ramai yang minat kat dia. Kecuali aku.

"Ingatkan korang... together tadi. Sebab gaduh pun macam couple."

Aku tergelak kecil mendengar pernyataannya.

"By the way, I cari you sebab I nak jemput you datang rumah I hujung minggu ni. It's my birthday and I wanna do barbecue. Just a small gathering with few friends. Itu pun kalau you freelah."

Friends? Dia... anggap aku kawan dia?

"I free je tapi... tak apa ke kalau I join sekali?" Aku menggigit bibir, segan.

"Of course it's okay! Lagipun I jemput classmates I je. Kalau... you nak ajak kawan you sekali pun tak apa!"

Aku mengangguk faham. "Okay. Nanti I tanya Aiman kalau dia free."

Pipi Kenzie berubah merah. Sekali lagi aku tergelak kerana reaksinya.

+

YA ALLAH GERAMNYA AKU EII!

Aku tak fahamlah dengan budak Cina seorang tu! Kereta aku, aku letak depan bangunan fakulti aku je. Tapi dia suruh aku jalan kaki 2km, tunggu dia kat 7Eleven dengan panas terik matahari macam ni. Nak kena betullah!

Nasib baik aku pakai Rexona tau. Kalau tak dah banjir dah ketiak ni. Isy, geram betullah!

Ding dong!

Pintu kedai serbaneka itu berbunyi apabila dikuak. Dingin hawa menerpa ke wajah. Seketika merasa seakan di syurga.

Aku lalu di hadapan kaunter pembayaran yang kosong tanpa pekerja dan bergerak ke bahagian peti sejuk yang menyimpan minuman dingin. Sementara menunggu Aiman, bolehlah basahkan tekak. Biar nanti lancar membebel. Cuci sikit telinga dia.

"Tropicana twister," Aku menyanyi kecil sambil mencapai jus oren berpulpa itu. "Hm... Aiman nak minum air apa eh? Mocha ke latte? Eh!" Aku akhirnya memilih Caramel Macchiato.

Aku melangkah perlahan. Meneliti makanan ringan yang disusun pada rak. Setibanya di hadapan rak yang dipenuhi dengan coklat, langkahku terhenti.

"Dairy milk... 5Star..."

Sedang anak mataku fokus pada bar coklat yang disusun rapi, aku dikejutkan dengan kehadiran jejaka di arah bertentangan. Tangannya pantas menyusun keropok pada rak tanpa mempedulikanku.

Fokusku lantas teralih pada wajahnya yang ditutup separuh oleh topeng muka hitam. Jantungku seakan terhenti. Dunia berputar perlahan.

"Awak ni..."

Stalker-IshWhere stories live. Discover now