Bab 7

299 59 2
                                    

Hari semakin gelap. Kaki mulai terasa lenguh setelah hampir dua jam mengeliling pusat membeli-belah sambil menunggu Afiq yang katanya, setengah jam lagi akan tiba. Alih-alih sampai sekarang batang hidung dia pun tak nampak lagi.

"Buy one free one! Get your free ice cream today!"

Aku menoleh ke kiri. Maskot buaya menari cha-cha sambil mengedarkan risalah untuk mempromosikan kedai aiskrim menarik perhatian semua, termasuk aku. Senyuman kecil merekah di bibir.

Tiba-tiba, telefon berdering. Jari pantas menekan butang jawab tanpa melihat siapa pemanggilnya.

"You kat mana?" Aku terus menyoalnya.

"Eww! Kau dah kenapa nak I you, I you dengan aku?"

Eh! Laa, Aiman rupanya.

"Isy, kau ni! Aku ingatkan Afiq tadi." Balasku.

Sekarang ni, entah aku lebih geram terhadap Afiq yang terlambat sedangkan dia yang beriya nak ajak aku keluar ataupun Aiman yang jerit serupa mak nyah.

"Oh." Suara Aiman kembali mendatar. "Kau... tengah date dengan dia ke?"

Aku mengeluh panjang. "That's the plan tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi. Dah dekat dua jam aku tunggu."

"Oh."

"Kenapa kau call?"

"Aira, dia nak keluar jalan-jalan dengan kau."

"Alamak, aku—"

"Tak apalah." Cantas Aiman.

"Sorry tau."

"It's okay. Kalau ada apa-apa, call aku tahu?"

"Hm."

Haih, rasa bersalah pula kat Aira. Dari hari tu lagi dia ajak keluar tapi aku asyik sibuk je. Kalau bukan sebab keluar dengan Afiq, ada kelas. Bila aku lapang pula, dia sibuk siapkan kerja sekolah dia. Macam tak ada jodoh je nak keluar sama-sama.

Telefon bergetar sekali lagi dan kali ini, satu pesanan ringkas diterima.

Afiq: Sayang, sorry. I lupa nak bagitahu you. Kawan I ajak I lepak malam ni so I rasa I tak dapatlah nak dinner date dengan you.

Afiq: You still kat mall lagi ke?

"Aku tunggu lama kut." Keluhan tak lagi tertahan.

Aina: I'm on my way home.

Afiq: Okay. Take care. I love you.

"Banyaklah 'I love you' kau."

Telefon aku matikan lalu menyumbatnya ke dalam beg tangan. Langkah aku atur ke arah bangku yang disediakan di sekitar pusat membeli-belah gergasi itu. Merehatkan kaki yang lenguh kerana penantian yang sia-sia.

Bahuku dicuit perlahan dari tepi. Lantas kepala menoleh ke kiri. Maskot buaya yang sibuk mengedarkan risalah tadi duduk di sebelahku. Di tangannya, ada aiskrim perisa yam yang disuakan kepadaku.

"Untuk saya?"

Dia mengangguk. Dengan teragak-agak, aku menyambut hulurannya.

"Bukan main hebat lagi marketing zaman sekarang." Tuturku, tertawa kelat.

Dia menggelengkan kepala. Bukan marketing? Kalau bukan marketing...

"Awak bagi saya sebab saya cantik ke?"

Dia menekup mulut. Membuat aksi hendak muntah.

Eh, eh! Buaya tak sedar diri!

"Dah tu kenapa awak bagi saya?"

Dia mengangkat tangan. Menyuruhku menunggunya. Dia membuka buku yang diletakkan di atas ribanya. Kemudian mencoret sesuatu di atas kertas dengan pen dakwat hitam.

Awak nampak sedih.

"So aiskrim ni untuk pujuk sayalah? Oh... patutlah awak pakai maskot buaya. Awak pun buaya rupanya."

Ni maskot dinosaurlah. Dah tua pun tak dapat beza buaya dengan dinosaur -_-

"Eh, manalah saya tahu!" Bentakku, mencebik.

Lain kali tanya. Kalau setakat sesat jalan, tak apa. Kalau sesat kat hati saya, macam mana?

Haa, tu barulah ayat buaya hehe

"Eee, gelilah!" Aku menggelengkan kepala tetapi bibir miring, mengukir senyuman.

By the way, kenapa awak sedih?

Aku menatap mata bulatnya yang sebesar tapak tanganku. Tertanya-tanya siapa yang berada di sebalik maskot itu.

Jangan risaulah. Awak tak kenal saya, saya pun tak kenal awak.

"Macam mana saya nak tahu kalau awak menipu ke tak?"

Dia menjongket bahu sebelum menulis sesuatu lagi.

Anggap jelah ni marketing. Ice cream + free counseling?

"Hm... entah. Saya pun tak tahu kenapa saya sedih. I mean, I should be happy. I have everything. Duit, happy family, kawan baik and..."

And?

"Tunang yang sayangkan saya." Sambungku setelah lama berdiam diri.

Macam tak yakin je?

"Sometimes, dia baik sangat. Dia bawa saya pergi tempat-tempat yang cantik, buat surprise, belikan saya bunga. You know, those cliche things." Senyumanku hanya bertahan untuk sesaat. "But then other times, he shows me he can live without me. Like today."

You guys broke up?

Aku menggeleng. "Dia ajak saya keluar then cancel macam tu je. Padahal saya dah tunggu dia dari petang tadi. Alasan dia pun sama macam selalu. Kawan ajak lepak. Bila bosan cari saya then bila kawan ajak lepak masa kitorang date, dia campak saya macam tu je."

Meluahkan segala menyedarkan aku tentang perasan yang terpendam. Pipi mulai basah. Tapak tangan menutup wajah.

Kenapa awak tak tinggalkan dia je? From what you said, I don't think he's a good guy.

"No, he's—he's not a bad guy. Waktu saya tinggal seorang-seorang kat Kanada, dia yang jaga saya. Masakkan bubur untuk saya bila saya sakit, temankan saya belajar sampai lewat malam. He loved to do those little things. That's why saya—saya berubah. Untuk dia. Semua ni untuk dia."

Dia menulis sesuatu tetapi terhenti di pertengahan. Kertas dikoyak lalu direnyukkan. Membatalkan apa yang hendak dia katakan.

Aku mengusap pipiku dan bingkas bangun. Dia menuruti perbuatanku. Kerana ketinggian maskotnya, aku terpaksa mendongak.

"Sorry awak terpaksa dengar cerita saya. Mesti awak rasa macam nak muntahkan?"

Dia mengangkat tangannya. Tanpa berkata apa, dia menepuk perlahan kepalaku. Seakan mengatakan semuanya akan baik-baik saja.

Ya, semuanya akan baik-baik saja.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now