Bab 25

268 53 3
                                    

Jam loceng berbunyi nyaring. Mata yang celik aku arahkan dari siling bilik ke telefon yang terletak pada meja. Butang henti berdering aku tekan tetapi tak lama kemudian, ia berdering lagi. Kali ini, panggilan daripada... MAMA?!

"H-Hello?"

"Aina Arissa, please explain your behaviour!"

Haih, tak habis satu, satu lagi masalah datang.

"Afiq bagitahu mama yang you lari masa birthday party semalam. Gaduh dengan Afiq ke?"

Buat kecoh, macamlah sebelum ni tak pernah gaduh. Sibuk je nak report kat mama aku.

"Kenapa diam? Dah buat salah, minta maaflah."

"Kenapa? Kenapa Aina yang kena minta maaf? Is it wrong for me to expect my own fiance to accept me the way I am? Salah ke?"

"Aina Arissa—"

"No, please listen to me ma. This whole time, kenapa Aina rasa macam Aina seorang je yang berusaha to make us work? Yes, I know I don't love him the way he loves me and that's why I try so hard but what about him? Aina cuma minta dia terima Aina tak kisahlah Aina nak pakai apa, perangai macam mana, just accept me. Sama macam Aina terima baik buruk dia."

Mama diam di hujung talian. Beberapa saat berlalu dan hanya keluhan yang kedengaran.

"Let's talk about this lepas mama dan papa dah balik nanti."

Talian ditamatkan begitu saja. Emosiku kian memuncak. Dada terasa sesak. Mahu menghancurkan apa saja yang ada di depan mataku sehinggalah ketukan pada pintu menarikku semula ke akal warasku.

Aiman berdiri di sebalik pintu yang terkuak sedikit dengan Mak Leha di sampingnya. Mak Leha memandangku dengan matanya yang berkaca. Aiman mengatakan sesuatu kepadanya, membuatkan dia beredar. Setelah itu Aiman melangkah masuk ke dalam. Pintu dibiarkan terbuka luas.

"Kau dengar semuanya ke?"

"Hm."

"You're right. Aku tak pernah suka kat Afiq. Aku... aku tak boleh nak suka kat dia and trust me, I've tried."

"It's okay. It's not like dia betul-betul suka kat kau pun."

Dahiku berkerut mendengar pernyataan itu. Aiman mencapai patung beruang yang aku sandarkan pada buku. Masih dengan lagak selambanya seakan-akan tiada apa-apa yang berlaku.

"Kau sendiri cakap dia tak boleh terima kau seadanya. Makes sense ke untuk suka someone tapi tak suka someone tu they way she is? So, dia suka siapa sebenarnya?" Dia mengeluh sinis.

Aiman dan logik, berpisah tiada.

"Kau tak nak pergi kelas ke hari ni?"

Aku menggelengkan kepala. "Kitorang ada assessment hari ni."

"Oh." Patung beruang diberikan kepadaku. "Kalau macam tu, jom?"

"Hm."

"Aku tunggu kat bawah." Beritahunya kemudian berpaling dariku.

"Aiman!" Aku menghentikannya. "Thank you."

Jejaka dingin itu tersenyum kecil. Kepala dianggukkan dengan cool dan meneruskan langkah pergi.

Tak sia-sia aku buli dia masa kecil dulu. Tahu-tahu bila dah besar, dialah yang pinjamkan bahu bila aku perlukan tempat bersandar.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now