Gadis berambut pendek di kaunter menghadiahkan senyuman ramahnya kepadaku. Apabila aku membalas senyumannya, dia tersipu malu. Mungkin melakukan itu di luar zon selesanya.
Apa pun, aku terhutang budi dengan gadis bernama Nurul Iesha itu. Terhutang budi kerana...
"Aina?" Aiman terpacak di depanku dengan sekeping kertas di tangannya. "Kau buat apa kat sini?" Soalnya.
Aku melihat sekeliling Con Cafe. Ini kali kedua aku mengunjungi kafe ini tetapi aku amat menyukai suasananya. Pasti aku akan merinduinya apabila aku jauh di Kanada nanti.
"Minum milk tea." Aku menggoncang gelas di tangan.
Kertas putih yang dia pegang dia renung. Keluhan sinis terlepas setelah menyedari tulisan tangan siapa sebenarnya yang menconteng kertas itu. Geram denganku, dia menarik kasar kerusi dan melabuhkan punggungnya. Berpeluk tubuh tanda rajuknya belum reda.
"Kenapa? Kau ingat crush kau ke yang bagi?" Aku menjuihkan bibir ke arah gadis berambut pendek itu.
"SHH!" Aiman menjegil.
Eleh, malu-malu pula!
"Kenapa kau nak jumpa aku?"
"Kau tak rindu aku ke?"
"Tak."
"Minggu depan aku dah tak ada kat sini dah. Sure ke kau takkan rindu aku?"
Aiman melepaskan keluhan sinis buat kali kedua sejak dia tiba di Con Cafe.
"Kau still nak pergi?"
"I'm joining an orchestra. Kau pun tahukan, how big of a deal is that? Takkan aku nak lepaskan peluang macam tu je?"
Aiman membuka mulut. Ada saja yang dia mahu bantah. Tapi bukan perkataan yang keluar dari mulutnya. Sebaliknya, hanya satu lagi keluhan yang panjang.
"Tahu tak apa." Aku menggeleng kepala, tersenyum tanda kemenangan.
Aiman membisikkan sesuatu di bawah nafasnya. Mungkin mengejekku, tak mahu mengakui kekalahan pertamanya.
"By the way, kenapa kau tak nak aku balik Kanada?"
"Sebab kau tak gembira. Not as long as tunang poyo kau tu ada."
Itu je ke alasan dia?
"Aku dah lama kenal kau. Dari kecil lagi perhatikan kau. Kau tak pernah gembira. When we were playing skateboards, you were just trying to escape. You weren't truly happy with your life. Tapi sampai bila? Sampai bila kau nak pura-pura macam ni?"
"Tett! Kau salah." Aku menghirup teh susu yang aku pesan. "There was... one time aku rasa happy sangat-sangat."
Aiman mengerutkan dahinya. Berteka-teki sendirian.
"Bila aku mula-mula kenal budak Cina sebelah rumah yang suka lari-lari sambil bogel."
"WOI!"
Aku ketawa mengekek. Puas hati dapat mengenakannya. Aiman menjelingku tapi tak dapat menyembunyikan hujung bibirnya yang tertarik ke atas.
"Anyway, you don't have to worry anymore sebab... aku dah tak ada 'tunang poyo'."
"HAH?!"
"We called off the engagement." Aku menunjukkan jari manisku yang kosong. "So... yeah."
Senyuman Aiman melebar. Sudah lama aku tak melihatnya tersenyum seperti itu.
"Eh kejap." Dia kembali memandangku. "Tapi kau still nak pergi Kanada?"
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...