Bab 32

286 52 3
                                    

Hujung semester semakin menghampiri. Pejam celik, pejam celik, seminggu lagi berlalu pergi tetapi Aiman dan rajuknya belum berpisah. Dari rumah ke kampus, masih menganggap seakan aku sudah lama pergi. Sering mengelak dariku.

Dokumen-dokumen berhenti dari universiti telah dimuktamadkan. Seminggu setelah semester ini berakhir, aku akan berada dalam perjalanan kembali ke Kanada. Titik. Keputusanku tak akan berubah atas sebab apa sekalipun.

Anak tangga bangunan pejabat pentadbiran yang terletak di tengah kampus aku turuni sambil membelek fail di tangan. Takut-takut ada yang tercicir semasa berada dalam pejabat tadi.

"So you're not going to change your mind?" Tegur satu suara.

"Aiman."

Aku tergamam. Fail di tangan hampir terlepas kerana genggaman yang lemah. Walaupun perpindahanku bukanlah satu rahsia lagi di antara aku dan Aiman, aku tetap tak dapat mencari kata yang tepat untuk menenangkannya.

"You're not going to leave." Aiman menatapku penuh kecewa.

Aku menarik nafas sedalamnya. "Yes, I am." Fail di tangan aku angkat, menayangkannya. "Habis je sem ni, aku bukan pelajar kat sini lagi."

Aiman tertawa sinis. "We'll see."

"Aiman!"

Dia berlalu pergi begitu saja setelah memberiku satu teka-teki yang harus aku rungkaikan sendiri. Apa maksud kata terakhir yang dia ucapkan?

Dia... takkan buat benda gilakan? Tak mungkinlah. Aiman yang aku kenal, bukan macam tu orangnya.

Telefon yang aku letak dalam mod senyap sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat pentadbiran bergetar. Membangunkan aku dari lamunan sendiri. Nama Afiq tertera sebagai nama pemanggil dan ini sudah kali ke-8 dia membuat panggilan kepadaku hari ini.

Aku tahu aku tak marah dia. Aku juga tak layak nak rasa kecewa sebab dia duakan aku dan aku lebih tahu, aku seharusnya berusaha lebih keras untuk memperbaiki hubungan kami. Cukup dengan menjawab panggilan ini, mungkin akan ada cahaya di hujung hubungan kami.

Meskipun mengetahui semua itu, jari tetap menekan butang merah seakan ada akalnya sendiri. Tak apalah. Aku pun... nak masa bersendirian.

Aku membawa diri ke kafeteria. Berjalan sendirian di sepanjang laluan. Lama bergelar mahasiswi di sini, aku masih bersendirian. Hanya terkadang ada Kenzie dan Aiman yang menemani. Juga... Daenish.

Kenzie semakin sibuk setelah menubuhkan kelab muziknya sendiri dan Aiman pula tengah layan amarahnya. Sementara Daenish... dia bukan kawan aku lagi dan yang layak untuk disalahkan, hanyalah aku. Aku yang terlalu mementingkan diri sendiri.

"Aina Arissa?"

Jalanku dihalang oleh dua orang gadis. Kelebaran laluan pejalan kaki menuju ke kafeteria agak sempit, memaksaku untuk berhenti di hadapan mereka.

"Oh, so kaulah Aina Arissa?"

Haih, apa pula bala yang datang ni?

"Kenapa?" Balasku.

"Tak adalah cantik mana." Dia dan seorang lagi gadis di sebelah mengetawakanku.

"Excuse me?"

"Aku tak fahamlah kenapa lelaki-lelaki terkejarkan kau. Rupa biasa je. Lepas tu jalan seorang-seorang macam tak ada kawan."

"Maybe sebab semua orang tahu perangai dia kut. Sebab tu tak ada kawan." Sambung gadis di sebelahnya.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now