Kereta yang dipandu oleh pemandu keluar Afiq berhenti di hadapan rumah banglo tiga tingkat milik keluargaku. Pemandunya, seorang lelaki tua yang mungkin sebaya dengan papa membukakan pintu untukku sebelum beralih ke belakang kereta.
Sebaik sahaja aku meninggalkan perut kereta, bagasiku sudah dikeluarkan dari dalam bonet kereta. Aku cepat-cepat mengambil bagasiku sebelum dia bertindak menolongku membawa bagasi berat itu. Senyuman yang dia ukirkan membuatkan aku merasa tenang seketika.
Usai membantuku, dia kembali ke dalam kereta. Cermin bahagian tempat duduk penumpang bahagian belakang diturunkan. Mendedahkan Afiq yang masih di dalam kereta.
"You tak nak jumpa parents I ke?" Tanyaku.
"Not today." Jawabnya pantas. "I ada plan nak jumpa kawan I. Lagipun masa you kat Canada, I selalu jumpa parents you."
"Iyalah tapikan ini first time kita—"
"Alah, your parents mesti faham punyalah!"
Aku tergamam.
"I dah lambat ni. I love you."
"Hm."
"I said, I love you." Ulangnya, lebih tegas berbanding sebelumnya.
Aku menegur liur. "I love you too." Balasku perlahan.
Dia senyum, berpuas hati dengan balasanku. Cermin kereta ditutup dan kereta meluncur laju meninggalkan kawasan perumahan elit yang telah menjadi 'rumah' untukku sejak kecil. Aku kaku di tempatku. Mengusap kesan lecur yang masih terasa pedih sambil menatap langit senja.
"Eh, Aina ke tu?!"
Aku menoleh ke arah namaku dipanggil. Sakit lenyap tatkala memandang wajah seorang wanita yang berdiri tidak jauh dariku. Aku menganggukkan kepala, mengiyakan pertanyaannya.
"Ya Allah!" Penyiram bunga diletakkan ke bawah dan dia lari untuk mendakapku. "Ya Allah, rindunya kat Aina!" Kalimat yang sama berulang kali dia ucap sambil mengeratkan lagi pelukannya.
Sudah lama aku tak merasakan kehangatan ini. Bukan kerana cuaca di Kanada yang dingin dibandingkan Malaysia, tetapi kerana di sana tiada sesiapa untuk menyambutku, mengalu-alukanku dengan dakapan sehangat ini.
"Mak Leha sihat?" Tanyaku setelah pelukan terlerai.
Dulu, Mak Leha diupah untuk menjadi pengasuhku sewaktu aku berusia tiga tahun. Lama-kelamaan, keluarga kami mula selesa dengannya. Tanpa dia, terasa kekurangan. Mama pun upahlah Mak Leha jadi pembantu rumah tetap kat rumah ni. Tapi layanan yang diberi tak ubah seperti keluarga sendiri.
"Mak Leha sihat je. Cuma iyalah, dah tua." Dia menyengih, mengusap pipinya.
"Mama mana?"
"Mama Aina keluar pergi beli barang dapur. Dia kata nak masak makanan kegemaran Aina. Papa Aina pula macam biasalah. Masih kat office lagi."
"Oh." Aku mengangguk faham.
"Mana tunang Aina? Kenapa tak datang sekali?"
"Er... Afiq busy so dia tak dapat nak singgah."
Betullah tu. Bukannya aku menipu pun. Tapi... kenapa aku rasa bersalah?
"Aina nak masuk. Nak rehat kejap sementara tunggu mama dengan papa." Aku menukar topik.
Mak Leha pantas menyambar pemegang bagasiku.
"Eh, tak apa, tak apa! Aina boleh bawa sendiri. Mak Leha sambunglah kerja."
Mak Leha tersenyum. Aura keibuannya terpampang di wajah. Dia melepaskan pemegang bagasiku. Aku meminta diri kemudian menarik bagasi ke dalam rumah, menaiki anak tangga sehinggalah ke bilikku yang terletak bersebelahan tangga di tingkat dua rumah.
Tombol pintu aku pegang. Berdebar rasanya. Dah bertahun-tahun aku tak balik sini. Hari Raya pun, mama, papa dan Mak Leha yang datang ke Kanada. Bila dah balik sini, rasa macam tetamu kat rumah sendiri. Orang lain pun rasa macam ni juga ke?
Pintu aku kuak luas. Bilik sedikit gelap kerana langsir ditutup rapat dan lampu dimatikan. Tanganku meraba dinding, mencari suis lampu. Lama sangat tak balik sampaikan suis lampu kat mana pun aku dah lupa.
Lampu siling berkelip-kelip sebelum menerangi bilik sepenuhnya. Senyumanku melebar, anak mata meneliti bilik tidur zaman remajaku. Semuanya masih kelihatan sama, hanya cadar tilam sahaja yang ditukar. Bahkan kedudukan pen berwarna milikku juga tak berubah. Lama tak guna. Mesti dakwat dah kering.
Hujung jariku menyentuh permukaan meja solek. Secalit habuk pun tiada. Mesti Mak Leha dah tolong bersihkan.
Langsir berwarna kelabu pudar aku selak. Membukanya seluas-luasnya. Kemudian tingkap pula aku kuak. Nafas aku tarik sedalamnya. Menghirup udara yang menghampiri malam hari.
Pandanganku jatuh ke arah tingkap jiran sebelah. Turut dikuak luas. Aku memejam mata. Membayangkan budak lelaki berkemeja putih sedang duduk di rangka jendelah, turut memandangku. Membayangkan zaman remajaku masih di sini untuk aku nikmati.
Kicauan burung yang berterbangan, pulang ke sangkar masing-masing menyapa telinga. Aku membuka mata dan figura seorang lelaki di dalam bilik bertentangan denganku muncul dalam pandangan. Kemeja berwarna maroon dia sarungkan ke badan sambil membelakangiku.
"Abang! Mama kata, kalau abang tak turun sekarang juga, tak boleh makan pudding!" Kedengaran jeritan seorang gadis dari tingkat bawah rumah.
Aku tertawa kecil. Terlupa gadis itu juga membesar sama seperti aku dan dia.
"Iya, iya! Kejaplah!" Balas si Jejaka.
Dia berpaling ke arah jendela, menghadapku. Butang t-shirt polo dia betulkan. Aku pula tak lepas memandangnya dengan senyuman yang semakin lama semakin lebar. Dia mendongak. Pandangan kami bertaut.
Mulutnya terbuka sedikit, seakan mahu menyatakan sesuatu tetapi kehilangan kata-kata. Membuatkan mulutnya terkunci rapat semula.
"Hai... Aiman." Aku melambai ke arahnya. "Tak rindu aku ke?"
+
In case korang tak tahu lagi, saya dah tulis tiga lagi cerita that's in the same universe(?) as this one. So jangan hairan pula kalau ada nama-nama yang familiar hehe. By the way, ada 4 cerita tau.
Acah-Acah Sweet, Oxytocin, Melodrama dan last sekali, Stalker-Ish. AAS, Oxytoxin dan Melodrama dah completed so kalau sudi baca, just click on my profile okay? Terima kasih!
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...