Bab 14

293 54 5
                                    

Pagi ini, aku bangun dengan senyuman di wajah. Entah mengapa ada perasaan yang mengatakan hari ini akan jadi hari yang terbaik. Aneh. Tapi berkemungkinan juga ini kerana terbawa-bawa mimpi semalam. Mimpi yang cukup indah.

Penampilanku hari ini biasa-biasa saja. Knitted sweater dipadankan dengan seluar khaki. Keayuan aku tekankan lebih kepada solekan. Hanya perlu sedikit solekan di bahagian mata dan bibir saja.

Kerana penerbangan Afiq pulang ke Malaysia dijadualkan petang ini, Aimanlah yang menjemputku. Bukan tak reti memandu sendiri. Sekali-sekala, aku pun pandu kereta sendiri tapi kebetulan hari ni, kelas kitorang mula dan tamat pada waktu yang sama. Bolehlah kongsi kereta.

"Siapa Kenzie?" Tanya Aiman seraya tangannya memperlahankan suara radio.

"Senior aku." Jawabku sambil melayari laman Instagram. "Kenapa?"

"Kau bagi dia number phone aku ke?"

Alamak. Aku terlupa nak bagitahu dia ke?

Aku meletakkan telefon ke bawah. Menyengih saat memandangnya.

"Dia... dia nak berkawan je."

Aiman tersenyum sinis. "Nak berkawan tapi mengaku suka kat aku?"

"Dia confessed kat kau?! Eh, okaylah tu! Kau pun dah lama single. Apa salahnya cari peneman hati?"

"Bila masa aku cakap aku terima dia?"

Gulp.

Isy, budak ni! Dingin sangatlah. Tabiklah kat siapa yang menang hati dia nanti. Kalau akulah, bagi free kat aku pun aku tak hingin!

"Kau... reject dia ke? Kau cakap apa kat dia?"

"Aku suka someone."

"Kau?!" Jariku automatik menuding mukanya. "Kau suka someone? Kau? Aiman Wong?"

"Isy!" Dia menepis jariku, memasang muka masam.

"Kau ni pun, kalau nak menipu, carilah alasan yang munasabah sikit. Tak ada angin, tak ribut, tiba-tiba mengaku suka someone. Kau ingat Kenzie tu tak tahu ke cara kau layan perempuan? Dingin mengalahkan ais."

Aiman berdehem kecil. Sebelah tangan membetulkan kolar baju sementara sebelah lagi erat menggenggam stereng kereta.

"So... kalau suka kat someone, tak boleh dingin kat dia?" Soalnya.

"Mestilah tak boleh!" Aku menepuk dahi. "Dia macam ni tahu, kalau suka kat someone, kau kena bagi dia layanan yang special. Only for her. Contohnya, kau selalu layan perempuan lain dingin, macam nak tak nak je. So, kalau kau dengan dia, kau kenalah jadi peramah sikit. Barulah dia berkenan kat kau!"

"Tapi..." Aiman mengerutkan dahi. "Muka aku tak cukup handsome ke? Guna muka je tak boleh?"

Ya Allah! Kang Allah tarik balik muka handsome kau, baru tahu!

"Kau memang sajakan nak cari pasal pagi-pagi macam ni?"

Aiman tertawa kecil, kepala digelengkan. Stereng dipusing, membelok ke kanan dan masuk ke dalam perkarangan kampus. Kereta diletakkan di hadapan kafeteria dan kami serentak meninggalkan perut kereta.

"Eh, kejap! Kau seriuslah suka someone?" Aku menahannya daripada pergi.

Aiman mengangguk sekali.

Uisy, ingatkan dia dah macam tok sami dah. Tak ada nafsu nak bercinta.

"Siapa? Student kat sini?"

Dia mengangguk lagi.

"Siapa? Siapa? Aku nak jumpa!"

Aiman menilik jam tangannya. Lalu dia menoleh ke kiri dan kanan. Mencari seseorang. Apabila menjumpai gerangan yang dicarinya, dia tersenyum kecil.

"Tu." Jari dituding ke arah seseorang.

Aku menoleh ke arah yang sama. Seorang gadis berambut pendek sedang berjalan sendirian menuju ke kafeteria. Pandangannya ditundukkan sepanjang masa, menyukarkan aku untuk melihat wajahnya dengan jelas.

"I didn't know you like short girls."

"I don't like short girls. I don't like tall girls." Balas Aiman. "I like that girl. Everything that she is."

"Wow." Aku terlopong. "Lepas dah ada buah hati, jadi Shakespeare terus kau eh?"

Aiman tertawa. Pipinya bera. Tersipu malu.

"Siapa nama dia?"

"Iesha. Nurul Iesha."

Cantik nama dia. Tak berbelit-belit macam nak novel.

"Man!" Suara garau mencelah perbualan kami. "Eh, hai." Daenish menguntumkan senyuman ke arahku.

Aku melambai kecil. Membalas sapaan ramahnya.

"Korang... tak gaduh lagi ke?" Aiman memandang kami bersilih ganti.

"Hm." Aku mengangguk.

Aiman menghembus nafas lega. Nampak sangat selama ni tersepit di antara aku dan Daenish. Iyalah, aku kawan dia, Daenish pun kawan dia. Mestilah rasa tak senang duduk bila kawan-kawan dia bergaduh.

"Eh, petang ni aku ada basketball match! Kau jangan lupa datang tahu?" Dia menepuk bahu Aiman lalu memandangku. "Aina pun datanglah sekali. I need more support."

"Er..."

Alamak, petang ni Afiq dah janji nak jemput aku.

"Kau tak payah risaulah. Dia mesti datang punya." Jawab Aiman.

Daenish menyengih. "Okaylah aku gerak dulu. Um... bye—Aina."

"Bye."

Daenish menyengih lagi, menggaru kepalanya. Bola keranjang di tangan dia humban ke udara sebelum menangkapnya. Berlari kecil meninggalkan kami.

Ada-ada jelah dia ni.

"Aku ingatkan, kalau lepas gaduh, jadi kawan." Aiman bermonolog.

"Iyalah. Jadi kawan."

"Tapi kenapa korang special case?"

"Hah?"

"Rasa macam..." Aiman menjarakkan dirinya, bersedia untuk lari. "... lebih dari kawan."

"Eh!" Aku melayangkan penampar tetapi dia sudah jauh berlari. "Sinilah! Nak kena ni!"

Apa pula lebih dari kawan? Mana ada... kan?

+

Selamat hari raya semuanya. Maaf zahir dan batin <3

Stalker-IshWhere stories live. Discover now