Bab 20

281 50 4
                                    

Hari ini terasa begitu panjang walhal dalam jadual, hanya ada dua kelas yang perlu aku hadiri. Sepanjang kelas, kelopak mata terasa berat. Semalaman berjaga berlatih membuat caramel flan yang Afiq inginkan. Entah macam mana satu percubaan pun tak menjadi.

Bab bermain alat musik, aku juara tapi bab memasak kek mahupun lauk-pauk, aku kecundang. Nampaknya tangan aku tak berbakat dalam seni memasak.

"Aina—whoa!" Kenzie menekan pedal brek apabila melihatku. "A-Are you okay?"

Aku mengeluh kuat. Membenamkan muka ke tapak tangan. Terasa Kenzie menepuk bahuku perlahan. Aku kembali mendongak.

"Do I look that bad?"

Dia menyengih. Perlahan-lahan, kepala dianggukkan.

"You buat apa semalam?"

"Baking."

"Hah? You nak tukar course ke?"

Haih! Dia dengan Daenish ni sama jelah. Tak boleh ke pelajar muzik belajar masak kek?

"Tunang I minta."

"HAH?! YOU DAH BERTUNANG?!"

Aku pantas menekup mulut Kenzie dan melihat sekeliling. Mujurlah tiada sesiapa di sini melainkan aku dan dia.

"Janganlah jerit kuat sangat." Aku mengetap gigi, geram.

Dia menolak tanganku. "Seriuslah you dah bertunang?"

"Hm."

"Dengan Daenish?"

"HAH?!"

"Oh, bukan eh?" Kenzie menggaru kepala. "Tak adalah. Ramai yang cakap diorang selalu nampak you keluar dengan Daenish. Sebab tu I ingat korang..."

Aku menggelengkan kepala. Menegaskan aku dan Daenish sekadar berkawan saja.

"Kalau bukan Daenish... Aiman?"

Kali ini riak wajah Kenzie sedikit berubah. Kelihatan lebih suram. Wajarlah dia bereaksi sedemikian bila hati masih bertaut pada Aiman. Aku pantas menggeleng dan Kenzie kembali tersenyum.

"Nama dia Afiq. He's not a student here so rasanya you tak kenal kut."

"Ohhhh..." Kenzie mengangguk.

Getaran dalam beg meletak titik pada perbualan kami. Aku memeriksa telefonku. Takut-takut ada pesanan ringkas dari Afiq.

Aiman: Daenish ni. Saya pinjam phone Aiman.

Eh?

Aiman: Kita jumpa kejap boleh? Kat tempat selalu.

Tempat selalu? Maksud dia, kedai 24 jam tempat dia kerja ke?

"Kenzie, I have to go. Pasal tadi tu, jangan bagitahu siapa-siapa tahu?"

Kenzie kelihatan keliru dengan permintaanku tapi tak menolaknya. Aku mengucapkan selamat tinggal dan bergegas pergi.

Tekaanku benar. Sesampainya aku di kedai serbaneka yang dibuka 24 jam terletak berhadapan kampus, kelihatan Daenish sedang berbual bersama Aiman. Kedai lengang lagi seperti selalu.

Apabila bel pintu mengumumkan kehadiranku, Aiman dan Daenish serentak menoleh ke arahku. Kalau perempuan lain, mesti dah pengsan nampak dua jejaka kacak tapi aku dah terbiasa tengok muka Aiman sampaikan naik muak dan muka Daenish pula—

"Hai Aina!"

Daenish menguntumkan senyuman manisnya seperti setiap kali dia menyapaku. Pipinya terangkat dan lesung pipinya menonjol.

D-Dan muka Daenish pula... m-muka dia...

"Daen, aku gerak dululah." Aiman bersuara.

Aku mengalihkan pandanganku ke arah lain. Seluruh muka terasa berbahang. Harap-harap, muka aku tak berubah jadi tomato. Kalau tak, malulah aku!

"Okay. Jumpa esok." Balas Daenish.

Aiman bangun dan meninggalkan kami. Tak lama kemudian, telefonku bergetar.

Aiman: Remember what I said.

"Nah!" Daenish memecahkan kesunyian dengan menghulurkan sebotol teh susu.

"Again?"

"Hm. Kali ni minum terus sampai habis. Nanti tak adalah gaduh dengan Aiman lagi."

Isy, Aiman ni! Dia bagitahu kat Daenish tu buat apa? Buat malu jelah!

Daenish tertawa kecil. Kerusi dia tarik, menyuruhku untuk duduk. Aku akur dan melabuhkan punggung bersebelahannya.

Daenish merendahkan badannya. Mencapai sesuatu dari bawah meja. Beg hitam dia letakkan ke atas meja lalu disuakan kepadaku.

"Apa ni?" Aku menjenguk isi beg.

"Caramel flan."

"Hah?"

Aku terlopong. Sama sekali tak pernah menjangka hal ini.

"Hari tu awak bagitahu saya awak nak buat caramel flan. Saya tak adalah hebat mana tapi mama saya pernah ajar cara buat caramel flan. So I thought why not buatkan untuk awak."

Keluhan tak mampuku tahan. Aku menolak perlahan beg berisi bekas makanan itu kepadanya. Mengundang jongketan kening darinya.

"You shouldn't have." Tolakku.

"Kenapa?" Ekspresi wajahnya berubah. "Tak sedap ke? Tapi awak belum rasa lagi."

"Actually—" Aku tertunduk. "—actually caramel flan tu untuk Afiq... tunang saya."

Daenish terdiam. Aku turut membisu. Dinding keheningan terbina mengelilingi kami berdua. Jangka masa seminit tak pernah terasa sepanjang ini.

"Tak apalah." Dia akhirnya bersuara. "Better bagi dia yang saya dah buat. Kalau awak bagi yang awak buat, takut dia keracunan makanan pula."

Aku mendongak dan mendapati dia menahan tawa.

"Awak ingat saya ni teruk sangat ke bab memasak ni?" Balasku, menyembunyikan kelegaanku.

"Hm... awak nak saya jujur ke nak saya tipu?" Selorohnya.

"Isy!"

Daenish tertawa. Dia mengambil botol teh susu dari tanganku dan membuka penutupnya sebelum diberikan semula kepadaku. Aku menghirupnya. Perisa yang sudah sebati dengan lidahku entah mengapa terasa berbeza hari ini. Terasa lebih manis berbanding kebiasaannya.

"By the way," Daenish bersuara lagi. "kita dah lama kenal. Bila awak nak bagi number awak?"

Aih, tak give up lagi?

Aku menggelengkan kepala. Tangan aku tadahkan. Wajahnya bercahaya dengan keterujaan. Telefon diberikan kepadaku.

"Password?"

"2462."

Aku mendail sepuluh digit dan menyimpan nomborku dalam kenalannya. Telefon aku kembalikan kepadanya dan dia merenung skrin tak berkerdip. Semakin lama, lesung pipinya semakin mendalam. Tersengih sendiri seperti kerang busuk.

Nombor telefon je kut. Perlu ke happy sampai macam tu sekali?

Peliklah dia ni.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now