"Aina."
Jejaka yang mogok, tak mahu berbicara denganku itu akhirnya bersuara setelah hampir sejam diam membisu. Aku membatalkan niat mahu mengusiknya. Takut rajuknya kembali.
"Dah tak marah kat saya ke?" Sengaja aku bertanya.
Daenish menjelingku. Bibirnya muncung sedepa. Tatkala dia pandangannya jatuh ke pengantin baru yang asyik dengan dunia mereka sendiri di atas pelamin, raut wajahnya kembali seperti sediakala. Dia tumpang gembira melihat Mark dan Daiyan.
"Sorry." Ucapku, terpaksa merapatinya agar suara tak tenggelam dek muzik yang dimainkan.
"For what?"
"Sebab tak tepati janji saya." Aku tertunduk. "I said it's only going to be two years. Tapi... dua tahun jadi empat tahun."
Daenish kembali ke mod senyapnya. Kali ini bukan tanda rajuk, tapi mahu mendengar penjelasanku.
"Lepas ni pun saya still kena ulang-alik Kanada, Malaysia, Malaysia, Kanada." Sambungku berserta keluhan.
"Aina."
"Hm?" Aku mendongak, memandangnya.
"Saya... fikir nak masuk meminang awak hujung bulan ni."
Aku terdiam.
"Actually dah lama dah saya fikir pasal ni tapi saya tahu keluarga awak mesti nak awak kahwin dengan lelaki yang ada masa depan. Yang boleh bagi semua yang awak nak. Sebab itulah saya tunggu beberapa tahun lagi and sekarang, saya dah ada kerja tetap, ada kereta, rumah semua. Plus, kalau kita dah kahwin, bolehlah saya pergi melawat awak kat Kanada."
"Ish..."
"Kenapa? Tak nak ke?"
"Selama ni—selama ni saya cuma fikir pasal nak kejar cita-cita saya. Saya tak pernah fikir pasal masa depan kita sebab—sebab kita macam ni pun, saya dah happy sangat. Tapi awak..." Aku melarikan pandanganku.
"It's okay." Pujuk Daenish. "Awak tak payah nak fikir sangat pun tak apa. Let me do the thinking. Awak just fokus kejar cita-cita awak because that's what I'm here for. To support you, right?"
Aku menatapnya, lama. Selama yang aku inginkan. Walaupun aku tak pernah memikirkan masa depan kami, aku sering memikirkan hari-hariku sekiranya Daenish tiada untuk mengisinya. Betapa kosong dan kelamnya hidupku.
Dan untuk itu, aku lebih dari bersyukur kerana berpeluang untuk mengenali dan memilikinya. Aku... bahagia.
"Ish."
"Hm?"
Terima kasih sebab selalu ada.
+
Ingatkan nak complete cerita ni esok but I need to focus on writing a new story. So here you go. Also, jangan lupa lepas ni ada 5 bab untuk POV Daenish tau!
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...