Bab 16

290 54 6
                                    

Kelas terakhir hari ini dibatalkan. Dalam perjalanan ke kafeteria untuk mengisi perut, kebetulan pula terserempak dengan Aiman dan rakannya yang sedang menuju ke arah yang sama. Ini kali pertama aku melihat jejaka di sampingnya itu.

Rendah sedikit berbanding Aiman. Rambut coklat gelapnya ditutup menggunakan cap. Dari hujung kaki hingga hujung rambut berpakaian serba hitam. Mendengarku memanggil nama Aiman, dia mendongak.

Member Aiman ni memang semua handsome ke apa? Sikit lagi nak luruh jantung aku.

"Kau nak pergi makan ke?" Tanyaku kepada Aiman tetapi anak mata sekejap-sekejap melirik jejaka bertopi hitam itu.

"Hm." Balas Aiman kemudian beralih kepada rakannya. "Mark, nanti petang aku email kat kau jelah. Sebab file tu kat laptop lama aku."

"Hm." Jejaka bernama Mark itu mengangguk. "Aku gerak dulu."

"Hm." Aiman mengangkat tangan.

Hm, Hm. Tak ada perkataan lain ke?

Mark mengatur langkah pergi. Berpatah balik menggunakan laluan pejalan kaki yang sama. Dalam tak sedar, aku merenungnya.

Muka handsome macam tu, kalau jadi pelakon, pergh!

"Ai, dah lupa Encik Tunang ke?" Sindir Aiman.

Isy, dia ni!

"Aku tak tahu pula kau pilih kawan ikut rupa."

Pap! Aiman memukul perlahan kepalaku menggunakan fail biru di tangannya.

"Kau merepek apa ni?"

Aku memegang kepala. "Kalau tak pilih ikut rupa, kenapa semua kawan kau handsome?"

"Handsome?"

"Iyalah, handsome!"

Aiman menoleh ke suatu arah. Mata sepetnya dikecilkan. Mengesan kehadiran seseorang, bibirnya terangkat. Tersenyum herot.

"Tapi Mark tak se-handsome yang tu, kan?" Katanya dan berlalu pergi.

Belum sempat aku menoleh ke arah manusia yang dimaksudkan, namaku dipanggil.

"Hai!" Daenish melambai tangan, penuh teruja.

"Happy sangat ni dah kenapa? Terlebih makan gula ke apa?"

"Happy sebab awaklah."

Langkahku terhenti. Aku menatapnya lama, tak berkerdip. Degupan jantung meningkat sementara dia dengan senyuman bersahaja. Kekal tak terkesan.

"Hello?" Tangan dilambaikan di depan mukaku.

Kenapa aku rasa semacam ni?

"Kenapa awak cakap macam tu?"

"Hah?"

Senyuman Daenish hilang. Tak menjangka reaksiku akan jadi seperti ini.

"Sorry." Dia menundukkan pandangannya. "Saya... bergurau je. Awak marah ke?"

"Bukan marah." Aku memandang sekeliling. "Cuma tak nak orang lain salah faham. Awak pun tahukan saya dah ada tunang?"

"Oh."

Melihatnya yang periang berubah suram, aku dilanda rasa bersalah. Senyuman aku paksa agar dapat memujuk hatinya.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now