Bab 30

282 48 3
                                    

"Aiman!"

Aku meluru ke arahnya. Lama aku berfikir mencari solusi dan juga menyiasat apa yang membuatkan Daenish meragui jawapanku, bahawa aku tak pernah memendam perasaan terhadapnya. Aku percaya Aiman ada jawapannya.

Aiman mengeluh perlahan. Fail di tangan dia serahkan kepada rakannya.

"Anep, kau... tunggu aku kat makmal." Pintanya.

Jejaka dipanggil Anep itu sempat mengerlingku. Tak jadi nak senyum bila nampak muka aku yang dah macam singa nak makan orang. Dia terburu-buru pergi bersama fail yang Aiman beri.

"Kenapa?" Aiman menyelukkan sebelah tangan ke dalam poket.

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Memastikan tiada orang lain selain kami berdua di laluan pejalan kaki yang menuju ke pintu belakang fakulti jurusan Kimia.

"Kau bagitahu Daenish ke?"

Aiman mengerutkan dahi. "Bagitahu? Bagitahu apa?"

"Aku suka dia."

"Oh." Aiman berfikir sejenak. "Tak ada."

"Kau yakin ke kau tak pernah bagitahu dia? Kut kau terlepas cakap ke?"

Aiman mendengus kasar. "Aku cakap tak pernah, tak pernahlah. Buat apa aku nak bagitahu dia?"

Betul juga kata Aiman. Buat apa dia nak bagitahu Daenish walhal selama ni dia selalu sangat nasihat aku, minta aku jauh dari Daenish. Tapi kalau bukan Aiman, siapa lagi? Yang tahu pasal ni, cuma aku dengan Aiman je.

"Hai, Aina." Bahuku ditepuk perlahan dari belakang. "Hai... Aiman." Kenzie tersenyum kekok.

"Hm." Balas Aiman. "Kalau tak ada apa-apa lagi, aku gerak dulu. Anep dah tunggu."

"Hm."

"Did I interrupt at the wrong time?" Kenzie menggigit bibir.

"Taklah."

Aku memaksa diri untuk senyum. Kalau terus-menerus berwajah serius, mesti Kenzie rasa tak selesa pula nanti.

"Kenz!" Ada, rakan sekelas Kenzie pula muncul. "Eh, Aina pun ada!" Dia menyapaku dengan ramah.

Pandanganku lantas tertala pada lesung pipi yang muncul di pipi gempalnya apabila dia melakarkan senyuman lebar. Wajah ayunya terganti oleh wajah Daenish. Saat ini juga, aku merasakan sesuatu mencengkam hatiku. Meremukkannya.

Aku menghitung hari demi hari yang berlalu tanpa lawak dan usikan Daenish. Sehari terasa begitu panjang tetapi aku mampu mengharungi dua minggu tanpanya. Anehnya, dia hilang begitu saja. Bahkan tempat-tempat yang dia sering kunjungi dulu juga merindukan kehadirannya.

Jahat sangat ke aku?

Pernah juga terlintas dalam fikiran, kalaulah aku dan dia tak pernah dipertemukan, mungkin aku dan dia tak perlu menanggung akibatnya. Dia, tak perlu nak bersembunyi sehingga hati kembali pulih. Aku, tak perlu nak berpura baik-baik sahaja walhal setiap malam menderita.

"Aina?" Ada menggoncang bahuku. "Okay tak ni?"

"O-Okay." Aku mengangguk lemah. "Er by the way, korang buat apa kat sini? Tak ada kelas ke?"

Ya, Aina. Berlagak seperti biasa. Semuanya akan baik-baik saja.

"I nak pergi kafeteria, nak makan. Belum breakfast lagi ni." Jelas Kenzie.

"I pula tengah tunggu—"

Deruman enjin motor mengalihkan perhatian kami dari mendengar Ada ke arah pembonceng motosikal hitam. Melihat saiz badannya, tak syak lagi dia seorang mahasiswa atau pun pensyarah lelaki yang mengajar di sini.

Kunci motosikal dia cabut setelah enjin di matikan. Kemudian sarung tangan kulit hitam pula dia tanggalkan, mendedahkan jari-jemari panjangnya. Dalam tak sedar, kami bertiga memandangnya tanpa jeda. Tak ubah seperti stalker.

Tiba-tiba, topi keledar dia tanggalkan. Rambut hitam lebatnya yang jatuh menutup dahi dia raup ke belakang. Mendedahkan wajahnya yang sejak tadi menjadi tanda tanya.

"Haa, sampai pun!" Getus Ada.

Jadi orang ditunggu Ada, itu Daenish?

"Sorrylah. Aku ada hal tadi." Ujar Daenish seraya menggalas begnya. "Nak study kat mana? Library?"

"Ha'ah." Ada mengangguk laju.

"Jom."

Daenish memanjangkan tangannya. Aku yang berdiri di antara mereka serta-merta berundur setapak ke belakang. Buku-buku yang dibawa oleh Ada dia ambil. Begitu juga dengan beg yang digalas oleh Ada.

"Kitorang gerak dulu. Bye Kenz, bye Aina!"

"Bye-bye!" Balas Kenzie.

Daenish lalu di hadapanku. Wangian pudina segarnya yang sudah lama meninggalkanku membawa aku ke masa lalu. Masa terbahagia dalam hidupku; ketika kami bersama tanpa mempedulikan dunia. Masa yang berakhir kerana salahku.

"Sweetkan Ada dengan Daenish tu?" Kenzie bersuara.

"Sweet apa?" Aku berdehem kecil. "Diorang sepupu kut. Takkanlah nak kahwin dengan sepupu sendiri?"

"Kenapa pula tak boleh? Bukan agama korang tak larang ke kahwin dengan sepupu sendiri? Lagipun Daenish dengan Ada bukannya sepupu sekali. Mak Daenish bersepupu dengan..."

Suara Kenzie tenggelam. Aku menatap kepergian jejaka yang menggalas beg berwarna hijau pastel itu. Semakin lama, semakin jauh dariku. Secara fizikal dan lebih.

Aku tahu ini terjadi atas pilihanku sendiri. Aku cuba menghormati keinginannya untuk tidak lagi menggunakan persahabatan sebagai alasan untuk terus menjaga satu sama lain. Ini jalan yang terbaik untuk aku dan dia.

Tapi—tapi aku rindu nak jadi macam dulu. Aku rindu 'kita'.

Stalker-IshWhere stories live. Discover now