Betis yang ditutupi skirt labuh aku urut perlahan. Saiz lapangan terbang gergasi memaksaku untuk berjalan jauh dengan masih mengenakan kasut bertumit tinggi. Jalan sedikit lagi, boleh bengkak buku lali aku.
Tapi nak buat macam mana? Terpaksa.
"Sayang." Suara garau memanggilku.
Aku menarik nafas. Sempat memaksa senyum sebelum mencodak melihatnya yang sedang menyuakan secawan coklat panas kepadaku. Aku menyambut pemberiannya dengan ucapan terima kasih.
"Sama-sama." Balasnya sambil membetulkan teg bernama 'Afiq' di atas poket seragam juruterbang Malaysia Airlines yang dia kenakan. "I dah call driver I tadi but it seems like he's going to be late because of the traffic."
Aku mengangguk faham. Kesesakan lalu-lintas di Kuala Lumpur bukanlah sesuatu yang asing lagi. Nak elak pun tak boleh.
Afiq, tunangku melabuhkan punggung. Duduk di sampingku. Pandangannya ditalakan ke arah kakiku.
"Sakit ke?"
"Hah?" Aku berdehem kekok. "Taklah."
Semudah itu dia mempercayai kata-kataku. Telefon pintar ditarik keluar dari dalam poketnya. Membuat hal sendiri seperti setiap kali kami keluar bersama di Quebec, Kanada.
"Kenapa tak minum?" Soalnya, mengerling coklat panas yang dibelikan khas untukku.
"Er..."
"I know it doesn't taste as good as mine, but you kan dah janji nak try all my favorites? You said it yourself, remember?"
Pandangan mata kami bertaut dan untuk sedetik, terlintas dalam fikiranku untuk memberontak. Tanpa aku sedari, genggaman pada cawan semakin kuat. Penutup cawan terbuka. Coklat panas tumpah, mengalir, membasahi tangan dan gaun yang aku kenakan.
"You—" Dia meraup muka, bengang.
Dia merampas cawan dariku tanpa menyedari kekasaran sendiri. Sapu tangan ditarik keluar dari poket celananya lalu dilontar ke ribaku. Tanpa kata-kata, dia bingkas bangun dan meninggalkanku.
Aku menggigit bibir. Tangan yang terkena coklat hangat mula berubah warna. Mujurlah kerana warna kulitku yang tidak terlalu cerah, kesan melecur menjadi tak ketara. Tapi tak mengubah kenyataan rasa sakit tetap ada.
"Cik okay ke?"
Aku dikejutkan dengan kemunculan seorang jejaka, melutut di hadapanku. Tanpa menyentuhku sesuka hatinya, dia meneliti kesan lecur pada tangan kananku. Kedengaran dia melepaskan keluhan kecil.
Dia mendongak memandangku. Namun hanya bahagian matanya saja yang kelihatan sementara wajahnya ditutupi topeng muka. Aku laju-laju menundukkan pandanganku. Takut Afiq melihat kami dan salah faham pula terjadi.
Menyedari ketidakselesaanku, dia bangun. Setelah itu barulah aku menyedari dia memakai kemeja merah jambu gelap yang telah menjadi pakaian seragam servis penghantaran makanan di Malaysia.
"Tadi tu suami cik ke?" Soalnya.
Aku menggeleng kepala, masih menunduk. "Tunang."
"Saya bukan nak masuk campur urusan cik tapi saya tak sengaja nampak cik dengan dia tadi. Saya rasa cik sendiri pun tahu tunang cik tu orangnya macam mana. Tak terlambat lagi kalau cik... nak ubah fikiran."
"Ubah fikiran?" Aku mengetap bibir. "I wish it's that easy."
"Kenapa tak boleh? Cik ada hak untuk tinggalkan... someone abusive macam tu. Kalau cik tak pergi sekarang, esok lusa bila dah kahwin, cik juga yang merana."
"Awak dah kahwin ke?"
"Saya student lagi."
"So macam mana awak tahu bila dah kahwin nanti, saya yang akan merana?"
Dia mengeluh perlahan. "Sebab saya lelaki. I know a bad guy when I see one."
"Aina?"
Mataku terbeliak melihat Afiq. Dia bersilih ganti memandangku dan lelaki tak dikenali di hadapanku itu. Ada riak curiga di wajahnya.
"Dia sesat." Bohongku sebelum Afiq dilanda salah faham lagi. "Er... sorrylah dik. Saya pun tak tahu kedai tu kat mana." Sambungku, kini beralih ke arah lelaki itu.
Tanpa penjelasan, dia mengangguk faham dan meminta diri. Aku menghembus nafas lega dengan perlahan.
"Sesat?" Afiq mengerutkan dahinya, menatapku.
"Ha'ah. Dia nak hantar makanan tapi customer tak letak alamat full." Jawabku.
Ini bukan kali pertama aku membohonginya. Kerana sudah terbiasa, dusta meninggalkan mulut dengan bersahaja. Gementar pun tidak.
"Oh." Afiq menelan penipuanku bulat-bulat. "Driver I dah sampai. Jom I hantar you."
"Hm."
Dia menarik bagasi kami. Berjalan pergi meninggalkanku. Aku menoleh ke belakang. Lelaki berbaju merah jambu gelap itu berdiri tidak jauh dari kami. Turut menalakan pandangannya ke arahku.
Dia menarik topeng mukanya ke bawah. Mendedahkan wajahnya. Senyuman simpati dihadiahkan buatku tetapi entah mengapa senyumannya tidak membuatku merasa kecil melainkan tenang.
Rasa pedih pada epidermis tangan menyentapku semula ke alam realiti. Membuatku menoleh semula ke hadapan, di mana Afiq semakin lama, semakin menjauh dariku. Aku mengusap perlahan tanganku.
Sakit, tapi pernah ke dia nak kisah?
+
Baiklah. Ini dah kali kedua saya republish cerita ni sebab tak suka dengan plot dia. So I've changed the plot and I like this one. Hopefully korang pun suka hihi :)
Oh btw, saya ada selitkan cover Putus Atau Terus by Afiq Adnan. Suka dengar suara dia and it's also my number one sendu cover. Single pun sendu hm HAHAHAHAHA
YOU ARE READING
Stalker-Ish
Teen FictionKecantikan dijadikan kayu ukur nilai sesuatu atau seseorang. Semakin indah rupa, semakin tinggi nilainya dan semakin ramai yang mengejar, berfantasi menjadikannya hak milik sendiri. Namun bagi Aina, kecantikan hanyalah satu sumpahan. Aina Arissa, ga...