Bab 21

273 51 1
                                    

Pangsapuri mewah Pearl View berkelipan dengan lampu dari kediaman serta air pancut yang dikelilingi lampu neon. Mereka yang mendiami kawasan pangsapuri ini rata-ratanya berasal dari keluarga yang berada. Kalau tak pun, sibuk 24 jam dan jarang pulang ke rumah. Memang padanlah dengan suasananya sunyi.

Aku meletakkan kereta bersebelahan air pancut dan menarik keluar telefon dari dalam beg tangan. Nama pertama dalam kenalan aku tekan lalu merapatkan telefon ke telinga. Beg berisi bekas makanan di tempat duduk penumpang aku capai sebelum melangkah keluar dari dalam perut kereta.

Telefon berdering agak lama. Aku mendongak. Cahaya dari lampu pangsapuri tersebut tak ubah seperti bintang di langit malam. Dari bawah, kelihatan seakan ianya mencakar langit.

"Hello?" Afiq akhirnya menjawab panggilanku.

"I ni."

"Hm. Kenapa sayang call malam-malam macam ni?"

"Er..." Aku mendongak dan menalakan pandangan ke arah jendela rumahnya yang terletak di tingkat 17. Lampu tak dinyalakan. "You ada kat rumah ke?"

"Tak. I tengah keluar dengan kawan I. Kenapa? You... kat rumah I ke sekarang ni?"

"Er..."

"Better bagi dia yang saya dah buat. Kalau awak bagi yang awak buat, takut dia keracunan makanan pula."

Bekas makanan berisi caramel flan yang Daenish buat khas untukku aku pandang. Sering kali perasaan aneh yang tak dapat aku tafsir muncul dalam saat-saat begini.

Kenapa aku rasa macam aku buat benda yang salah sekarang ni?

"Sayang? Are you still there?" Panggil Afiq.

"Er—" Aku menggigit bibir. "—taklah. Saja je tanya."

"Betul ke ni? Kalau you ada kat rumah I, I boleh balik sekarang." Jeritan di latar belakangnya mencelah. "Kalau tak pun, you datang sini ke?"

"Eh, tak apalah! No, you go have fun."

"Okay." Balasnya. "I love you."

"Hm."

"I said, I love you."

Aku menghela nafas panjang. "I love you too."

Panggilan telefon ditamatkan. Aku berpaling dari pintu masuk ke lobi pangsapuri. Memutuskan untuk pergi dari sini tetapi tak lama kemudian, ada suara yang menyapa dengan deheman kecil. Aku menoleh semula ke belakang.

Seorang jejaka yang wajahnya ditutup oleh cap berwarna hitam berdiri di hadapanku. Pakaiannya yang serba hitam mengaktifkan pertahanan diriku. Aku berundur setapak ke belakang dan menoleh ke kiri dan kanan. Mencari sesiapa saja selain kami tetapi bahkan pengawal keselamatan tak kelihatan.

"Oh, sorry." Dia menanggalkan topinya dan rambut coklat gelap jatuh menutupi dahinya. "Aina, kan?"

"Er... Mark? Kawan Aiman?"

Dia mengangguk. Tersenyum kecil. Aku menghembus nafas lega. Ingatkan siapalah tadi tiba-tiba muncul entah dari mana.

"Buat apa kat sini?" Tambahku.

Dia mengerling bangunan pangsapuri setinggi 20 tingkat itu. "I live here."

"Oh."

"And you? Buat apa kat sini?"

"Er... jumpa kawan tapi dia tak ada kat rumah."

"Oh." Dia menalakan pandangannya ke arah beg di tanganku dan tersenyum herot. "You rapat dengan Daenish ke?" Soalnya dengan tiba-tiba.

"T-Tak adalah rapat mana. Kawan je."

Mark tertawa. "Kawan je? So he used my kitchen to make caramel flan untuk 'kawan' dia?"

"Hah?!"

D-Daenish guna dapur dia?

"Semalaman I tak tidur sebab dia." Kepala Mark gelengkan. "Anyway, nice to meet you. I'll go first."

Aku menoleh. Mahu membuntutinya kemudian menyedari kami taklah serapat mana untuk aku mengikutinya dan bertanya soalan darihal Daenish. Akhirnya aku kaku dan hanya mampu melihatnya perlahan-lahan hilang di sebalik pintu lobi Pearl View.

Beg di tangan aku angkat agar setara denganku. Membayangkan Daenish berjaga semalaman semata-mata mahu memberikan aku caramel flan buatan tangannya sedikit menghibur hatiku. Meletak senyuman pada wajahku.

Nasib baiklah aku tak bagi kat orang lain.

Aku masuk semula ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Bekas makanan aku keluarkan dari dalam beg dan membuka penutupnya. Tawa terlepas apabila melihat sudu berwarna hitam dengan corak tengkorak diletakkan bersama bekas makanan.

Dia sengaja ke letak sudu ni?

Telefon aku keluarkan dan menekan ikon kamera. Lensa aku fokuskan pada manisan itu dan klik! Foto telah ditangkap. Aplikasi Instagram aku buka dan memuat naik foto tadi.

AinaaniA: Cute spoon

Belum sampai seminit sejak foto itu aku muat naik, ratusan tanda suka dan komen membanjiri ruang pemberitahuanku. Sedang aku membaca komen yang ditinggalkan, nama Daenish muncul di atas skrin.

Daenish: I saw your post >,<

Aina: Thank you sebab buatkan untuk saya. Sorry for thinking about giving it to him

Daenish: Tak apalah. Glad you like it J

Aku meletakkan telefon ke bawah dan menyuap manisan itu ke mulut. Rasa sos karamel menyerang deria rasaku bertubi-tubi. Alih-alih, telefonku berbunyi lagi. Tangan pantas mencapainya. Namun apabila melihat nama yang tertera, senyumanku jatuh.

Afiq: Esok kita pergi shopping for my mom's birthday this weekend

Kemanisan yang terasa hilang begitu saja.

+

aiyo i miss Mark

Stalker-IshWhere stories live. Discover now