Daenish's POV 5

329 56 1
                                    

"Banyaknya kau beli barang. Kau shopping apa? Barang dapur?" Soal Mark lalu memeriksa isi beg plastik yang aku bawa. "Apa ni? Sang Kancil, Sang Buaya... kau nak jadi cikgu tadika ke Daen?"

Aku merampas buku-buku dongeng Sang Kancil itu daripadanya.

"Aku pinjam studio kau kejap."

Mark menggaru kepala, hairan. Tapi akhirnya setuju. Aku bergegas masuk ke dalam studio di mana dia merakam podcast dan mengunci pintu.

Mikrofon aku nyalakan dan memilih salah satu daripada buku-buku itu.

"Pada zaman dahulu, seekor kancil..."

Rakaman demi rakaman suara aku ambil. Sedar tak sedar, hampir empat jam aku duduk di tempat yang sama. Sibuk merakam dan memindahkan fail ke komputer ribaku sebelum aku hantar ke Aina.

Tak lama setelah dia membuka ruang mel, telefonku berdering. Nama gadis yang membuatku ternanti-nantikannya muncul.

"Ish buat apa ni?" Aina tertawa di hujung talian.

"Awak cakap awak tak dapat nak tidur. Daripada saya buatkan awak song playlist, baik saya bacakan buku cerita."

Tawanya semakin kuat. Aku mendengar suara rakamanku di latar belakangnya. Juga hampir tertawa.

"Suka tak?"

"Hm... suka!" Jawabnya. "Thank you."

"Thank you je?"

"Dah tu nak apa lagi?"

"Hm... tak ada I love you?"

"Isy, mengada!"

"Penat tau saya record podcast untuk awak. Lepas tu, nak cari buku—"

"I love you."

Aku terdiam. Tak sengaja terpandang pantulan sendiri pada cermin. Bertambah malu apabila melihat warna pipiku yang seakan tomato berlubang kerana lesung pipi yang muncul setiap kali aku tersenyum kerananya.

"I love you."

Stalker-IshWhere stories live. Discover now