Bab 23

255 55 0
                                    

Air menitis dari hujung rambut ke lantai bilik mandi. Wap dari air hangat terkumpul pada cermin aku lap. Wajah yang lelah kerana tak tidur semalaman terpantul pada cermin. Secara refleks, keluhan terlepas.

Kulit sawo matangku kelihatan kusam. Lingkaran hitam bawah mata juga lebih menonjol berbanding biasa. Nampaknya kena pakai 10 paun make-uplah ni.

Kalau setakat nak pergi kelas ke, keluar jalan-jalan ke, solekan ringan pun tak apa. Tapi bila kena jumpa bakal mak mertua, nak tak nak kenalah solek tebal-tebal. Biar satu keluarga Afiq berkenan.

Ketukan perlahan pada pintu mengejutkanku dari lamunan sendiri. Aku berlalu keluar dari bilik mandi dan memulas tombol pintu bilik tidurku. Mak Leha menjengah ke dalam.

"Mana baju Aina? Meh, biar Mak Leha tolong seterikakan."

"Eh, tak apalah! Aina boleh buat sendiri."

"Iya, tahu tapi nanti kalau kamu lambat, macam mana?"

"Er—"

"Dah, dah! Biar Mak Leha je yang tolong."

Mak Leha berlalu masuk ke dalam bilik tidurku. Tanpa kerelaan, aku mencapai kotak merah muda dengan riben putih yang terletak pada pada katil dan menyerahkannya kepada Mak Leha yang tak reti mengalah dan suka sangat memanjakanku tak kira usia.

"Mak Leha buka ya?"

"Hm." Aku mengangguk, memberi izin.

Ikatan riben dileraikan dan penutup dibuka. Aku mengambil semula kotak sementara Mak Leha membuka lipatan gaun yang dipilih khas oleh Afiq mengikut citarasanya sendiri. Tak disangkal lagi, rekaan gaun warna lembayung itu membuatkan pemakainya kelihatan ayu dan anggun dan tentu sekali... jauh dari citarasaku.

"You tengok apa tu?" Afiq meletakkan tangannya pada bahuku.

Aku menalakan pandangan pada pakaian yang disarungkan oleh patung mannequin di hadapan sebuah butik. Jaket kulit hitam dipadankan dengan t-shirt di dalam serta seluar jeans biru gelap menarik perhatianku dan menghentikan langkahku.

"Kalau I pakai macam tu, you dah tak suka kat I lagi ke?"

Afiq tertawa mendengar pertanyaanku. Ya, mungkin soalan ini agak kebudak-budakkan tapi aku serius ingin mendengar jawapannya.

"You pakai apa pun, you still akan nampak cantik and I'll still suka kat you."

Aku berpaling menghadapnya. "B-Betul ke ni?"

"Betul, sayang. Buat apa I nak tipu you?"

"Aina? Aina?"

"EH!"

Aku terkebil-kebil melihat Mak Leha di depan mata. Apa yang dia tanyakan kepadaku semuanya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Berlalu seperti angin.

"Mak Leha tanya, ini je ke?" Ulangnya.

Aku menyentuh fabrik gaun warna lembayung itu. Butiran mutiara Swarovski yang menghiasinya memantulkan cahaya. Pasti Afiq suka melihatku memakainya tapi...

"Kalau tunang awak betul-betul suka kat awak, he'll love you for who you are."

"Er—" Aku merampas semula gaun itu dari Mak Leha. "Aina... Aina nak pakai baju lain."

"B-Baju lain? Baju apa?"

+

Gaun hitam kain Tulle dengan potongan A-line tersarung di tubuh sawo matang. Hujung gaun menyapu permukaan marmar saat aku menuruni anak tangga dengan perlahan. Meskipun tiada manik dan permata yang mencorakkannya, tak menghalangku daripada menjadi tumpuan semua orang.

Afiq yang sedang berbual dengan tetamu jemputan ke ulang tahun mamanya akhirnya menoleh ke arahku setelah dituding oleh adik perempuannya. Matanya membulat, terlopong melihatku. Entah itu reaksi yang baik atau sebaliknya.

Dia meminta diri dan menghayun langkah ke arahku yang semakin hampir ke penghujung anak tangga. Aku mengekalkan senyuman di bibir. Menjadi tayangan hampir dua ratus orang tetamu yang hadir.

"Hai." Aku menyapa Afiq, teruja. "Do you like—"

"What are you wearing?" Bisiknya, lenganku direntap kasar.

"I—"

"Mana gaun yang I beli? Kenapa you tak pakai?"

Aku menarik lenganku dan menjarakkan diri. Mereka yang lain meneruskan perbualan mereka dan tidak lagi meletakkan aku sebagai pusat perhatian... dan tiada sesiapa lagi yang melihat kelakuan jejaka bertuxedo hitam di hadapanku ini.

"You said, I pakai apa pun you tetap suka kat I."

"But not now!" Bentaknya. "What is this, huh? You nak buat apa ni? Nak jadi rebellious macam tu? Wearing black to my mother's birthday, are you wishing bad for her or what? This is party. Bukan majlis pengebumian."

"Afiq, I tak pernah terfikir pun nak—"

"Shut your mouth." Jari dituding ke mukaku. "I tak kisah. I nak you tukar baju you sekarang juga. Lantak youlah nak pinjam baju adik I ke apa. Just change it. Now."

Afiq menjelingku tajam. Kolar baju dia longgarkan dan berpaling dariku.

"Kalau tunang awak betul-betul suka kat awak, he'll love you for who you are."

"It's just a colour!" Tanpaku sedari, suara naik seoktaf.

Afiq menoleh semula ke belakang. Bisikan para tetamu memenuhi segenap ballroom hotel bertaraf lima bintang yang merupakan salah satu hak milik keluarganya. Afiq menjegilkan anak matanya, jelas memberikan amaran agar tidak bertindak semberono.

Getaran terasa di tangan. Skrin telefon menyala, menayangkan pemberitahuan pesanan ringkas yang baru diterima.

Daenish: Game dah nak habis. Awak betul-betul tak boleh datang ke?

Aku mendongak dan memandang semua yang sedang menatapku. Kami semua dari kasta yang sama tapi aku tak pernah rasa aku layak berada dalam ruangan yang sama dengan mereka. Kalaulah—kalau bukan sebab keluarga Afiq, mungkin aku takkan pernah jejakkan kaki kat tempat ni. Hidup dalam kemewahan.

Tapi aku tak nak semua ni.

"Kalau you tak nak tengok I pakai baju macam ni, fine!" Jari aku genggam kuat. "Then you might as well never see me again." Aku berpaling darinya, dari mereka.

"Aina! Aina!"

Ini bukan tempat aku.

+

Hai. Sorry for no updates. Tengah layan sad c-drama so takde mood nak tulis happy scenes hshs

Stalker-IshWhere stories live. Discover now