Bab 31

273 48 2
                                    

"Aina! Aina!"

"Kejaplah! Nak keluarlah ni!" Sahutku dari dalam rumah.

Kasut aku sarungkan ke kaki. Tak pun sempat mengikat tali kasut kerana Aiman yang tak malu terpekik-pekik depan rumah orang.

"Eh, mana kereta kau?" Aku menjengketkan kaki, mencari kelibat kereta Audi kesayangannya itu.

"Kat bengkel."

"Dah tu? Kita nak pergi naik kereta siapa?"

"Kereta kaulah." Aiman memandang sekeliling perkarangan rumah. "Beli kereta banyak-banyak tapi tak nak pakai. Membazir je."

Isy, banyak songeh pula!

"Iyalah, iyalah!" Aku menyelongkar begku, mencari kunci kereta yang sering aku gunakan. "Nah!" Kunci aku hulurkan.

Aiman menyelukkan kedua tangan ke dalam poket celana. "Malas nak drive." Kemudian dengan selamba, dia masuk ke tempat duduk penumpang bahagian depan.

Sabar Aina. Sabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

Setelah kami meninggalkan perkarangan rumah dengan aku sebagai supir hari ini, pintu pagar tertutup dengan sendirinya. Aiman memejam mata. Sekali pandang pun dah tahu dia tak cukup tidur.

Radio yang mendendangkan lagu Bedroom nyanyian Anne Marie dan JJ Lin aku perlahankan. Suka dengan melodinya tapi takut mengganggu lena Aiman. Alih-alih, perubahan pada suara radio mengejutkannya pula.

"Kenapa?" Tanyaku kepadanya.

"Kau ada sunglasses tak? Mata aku silaulah."

"Oh. Dalam drawer."

Aiman membuka glove box di hadapan tempat duduknya. Menggeledah, mencari sepasang kaca mata hitam. Sementara itu, aku mengekalkan pandangan ke hadapan. Fokus dengan pemanduan.

"Apa ni?"

"Hah?" Aku melirik cermin sisi kereta, mahu menukar laluan.

"Ni."

Aiman menyuakan beberapa keping kertas berdakwat yang telah dikepil bersama. Lampu isyarat bertukar merah dan aku memperlahankan kereta sebelum berhenti sepenuhnya. Dokumen di tangannya aku renung seketika.

"Kau nak pindah?"

"Ha'ah."

"Tapi kau baru je balik Malaysia, kan? Kenapa nak pergi Canada lagi?"

Aku diam. Memutuskan lebih baik sekiranya aku tak menjawab pertanyaan itu.

"When are you leaving?"

Aiman meletakkan dokumen perpindahan itu ke atas ribanya. Glove box dibiarkan terkuak luas. Sepasang kaca mata hitam yang dicari sebentar tadi dilupakan.

"Lepas habis semester ni, aku pergilah."

"Semester ni? That's less in a month." Aiman menggenggam dokumen di tangan dengan kuat sehinggakan renyuk hujungnya. "Kau tak suka ke tinggal kat sini? Tiap hari boleh jumpa aku, jumpa Aira, Mak Leha."

"Bukan macam tu—"

"Dahlah." Aiman menyumbat masuk dokumen ke tempatnya semula dan menutup glove box. "Dah sampai nanti, kejutkan aku." Tambahnya sebelum kembali menutup mata.

Aku terpaksa mengaku kalah. Kalau degil juga nak bersuara, entah-entah dia minta aku turunkan dia kat bahu jalan. Aiman kalau dah merajuk, aku pun tak tahu macam mana nak pujuk.

+

"Aiman! Aiman!" Aku terkedek-kedek mengejarnya dari tempat meletakkan kereta sampailah ke kafeteria. "Aiman, tunggulah—"

"Daen!"

Aku terhenti. Aiman meneruskan langkahnya. Menyapa rakannya yang baru saja meninggalkan kafeteria. Tetapi hanya setelah Aiman menepuk bahunya barulah dia mendongak. Terlalu asyik dengan telefon di tangan.

Aku menoleh ke kiri dan kanan. Automatik mahu bersembunyi dari pandangannya tetapi yang ada hanyalah pohon yang kurus keding batangnya. Tolak sekali, dah patah. Nak sorokkan aku, memang tak bolehlah.

Wangian bunga lalu di sebelahku. Dengan penuh yakin menghampiri dua orang jejaka yang menjadi idaman para gadis di kampus. Rambut ikal mayang dia selitkan ke belakang cuping telinga. Meskipun benar-benar berada di hadapan mereka, Aiman dan Daenish masih dengan perbualan mereka. Sedikit pun tak hairan.

"Hai." Dia bersuara.

Aku menjadi penonton. Masih belum berganjak dari tempatku dan melihatnya menyuakan telefonnya ke Daenish.

"Um, I'm not that kind of girl but you're really my type. So I was thinking, um can I get your number?"

"Sorry." Jawab Daenish tanpa berfikir panjang.

Tiba-tiba, pandangan kami bertemu. Melihatnya akhirnya menyedari kehadiranku di sini, aku segera memalingkan wajah. Gadis yang memberanikan diri untuk menegurnya menarik semula telefonnya. Mahu berlalu pergi setelah dimalukan.

"Eh, kejap!"

Daenish menghentikannya. Dibandingkan dengan wajah seriusnya tadi, kali ini dia tersenyum manis walaupun nipis. Jelas-jelas menunjukkan minat terhadap gadis itu.

"Actually, why don't you give me your number." Daenish memberikan telefonnya kepada gadis itu.

"Oh!" Senyuman kembali menghiasi bibir Si Gadis. "Sure!" Sepuluh digit didail laju.

Daenish mengerling ke arahku dan ada kesinisan di wajahnya. Seolah-olah sengaja bermain cinta dengan gadis itu untuk menjadi tayangan kepadaku. Ingin membuat aku sakit hati dan cemburu.

Kalau betullah itu niat sebenarnya, tahniah. Dia berjaya.

+

Haiiii! Sorrylah lama tak update. Seronok sangat marathon Ghost Hunter International hehe

Stalker-IshWhere stories live. Discover now