BAB 23

3.8K 147 1
                                    

Malam sudah menjelma di Kota Seoul. Laura yang sedang menonton kdrama itu tekun sehingga dia tidak mempedulikan Zach yang berada di dalam bilik tidur berseorangan.

"Dear, dah kalau kau asyik menghadap boyfriend kau tu je, bila nak jalannya kita punya planning untuk esok?" Zach mengambil tempat di sebelah Laura. Laura duduk di single sofa tapi Zach nak menyempit juga, jadi Laura dengan automatiknya duduk di atas riba Zach.

"Saya tak tahu nak mula dari mana. Awak pula asyik sangat dengan telefon tu, saya tengok lah drama ni." Mata Laura tidak lepas dari memandang televisyen.

"Lepas tu bercakap memang dah tak nak pandang aku ke macam mana?" Nada Zach sedikit cemburu.

"Awak diam lah sekejap, hero dia tengah acting tu." Laura masih lagi tidak memandang wajah Zach.

Akibat geram, tubuh Laura yang kecil itu diangkat dan diletakkan semula di atas sofa itu, dan Zach terus berjalan menuju ke dalam bilik mereka tanpa mempedulikan Laura.

Laura yang baru sedar akan kesilapannya itu berhenti menonton televisyen.

"Alamak. Dia merajuk ke? Salah aku ke? Macam mana lah pula nak pujuk? Zach dah lah jarang merajuk. Tapi dah kalau dia merajuk ni confirm susah sangat nak pujuk. Ala, aku dah lah tak pandai nak pujuk orang." Laura masih lagi duduk di atas sofa sambil memikirkan apa yang patut dia lakukan.

Tiba tiba Laura teringat sesuatu.

"Kalau Zach tu tiba tiba merajuk atau dia tiba tiba nak bermanja dengan kau, baru kau buka kotak ni tau. Hadiah ni confirm buat Zach tak jadi nak merajuk dengan kau lama lama, mood dia nak bermanja dengan kau pula akan bertambah! Oh kau jangan risau, hadiah ni khas untuk kau aku hadiahkan. And you can thanks me later."

Kata kata Damia sewaktu hari mereka membeli barang barang itu terngiang di fikiran Laura.

"Boleh ke aku percaya si Damia tu? Dia tu kan pelik sikit. Tapi cuba je lah kan? Mana tahu menjadi, boleh aku berterima kasih dekat dia." Laura segera bangun dari duduk dan menuju ke arah bilik tidur mereka.

Buka sahaja pintu, kelibat Zach yang sedang berdiri di balkoni diperhatikan.

"Merajuk betul suami aku ni, aku masuk bilik pun dia tak pandang. Takpe i'll try cadangan Mia, kalau tak jadi juga pandai pandai lah aku pujuk." Laura pergi ke arah satu bag yang dia letakkan barang barangnya. Kotak yang dihadiahkan oleh Mia itu diambil, tidak lupa juga telefonnya turut dicapai, dan dengan segera Laura pergi masuk ke dalam bilik air.

Dengar sahaja bunyi pintu bilik air ditutup, Zach segera pandang ke belakang.

"Takkan tak peduli langsung aku merajuk?" Zach tumpu kan semula perhatiannya terhadap telefon. Dia sedang asyik berbalas mesej dengan Zayn. Zach layankan sahaja perangai sewel Zayn itu.

Sementara Laura di dalam bilik air pula masih merenung kotak yang diambil tadi.

"Betul ke apa aku buat ni? Nak guna cadangan Mia? Okay takpe Laura, kau boleh!" Dengan perlahan Laura membuka kotak tersebut. Isi dalam kotak hadiah tersebut diangkat.

"Argh!" Laura dengan tak sengaja menjerit dengan kuat. Zach yang berada di balkoni itu terkejut dan terus menuju ke arah bilik air.

"Dear! Kau kenapa dekat dalam tu? Okay tak? Kau jatuh ke?" Zach mengetuk pintu bilik air itu.

"Sa-saya okay! Awak jangan risau! Takde apa pun. Saya tak jatuh." Laura segera memandang pintu bilik air itu.

"Sure?" Zach kembali bertanya meminta kepastian.

"Ya, ya betul. Saya okay." Laura kembali memandang 'hadiah' itu setelah memastikan Zach pergi dari situ.

"Gila ke Damia Adriana ni nak aku pakai baju macam ni!" Sekeping nota kecil yang terdapat di dalam kotak hadiah tersebut diambil dan dibaca.

'Semoga kau berjaya goda Zach Alexander! Thanks me later! Haha!'

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now