Adam semakin tidak keruan, bibirnya yang sedang mencium pipi Laura itu perlahan lahan bergerak ke tepi. Laura menangis, tangannya cuba untuk dilepaskan tetapi tidak mampu, Genggaman Tengku Adam sangat kuat. Adam berhentikan bibirnya betul betul di hadapan gadis itu, bibir Laura dipandang penuh minat, Laura yang sedang menangis itu dipandang lalu Adam tersenyum. "Jangan menangis sayang, enjoy okay?" Pipi Laura diusap menggunakan sebelah tangannya. Beberapa inci lagi bibir mereka akan bertemu dan
Buk!
"Kurang hajar kau jantan tak guna!" Zach segera melayangkan penumbuknya kuat pada rahang Adam, lelaki itu terjatuh. Zach hendak meluru pada Adam tetapi melihatkan Laura yang hampir jatuh terduduk kerana sudah tiada tenaga itu membuatkan Zach meluru ke arah Laura. Zayn yang datang bersama abangnya itu meluru ke arah Adam, lelaki itu ditahan apabila Adam seperti hendak melarikan diri.
"Dear!" Zach memeluk erat tubuh Laura yang sudah terduduk dan kelihatan sangat lemah itu. "Awak, saya takut. Dia-dia cuba nak--" Laura tidak mampu untuk berkata kata. "Shh sayang tak apa, everything is fine now. You are save sayang. I'm here." Rambut Laura yang terdedah itu diusap perlahan. Laura memeluk erat pinggang Zach, menagis di dada lelaki itu. Tangisan Laura mula perlahan, pelukannya pada pinggang Zach juga semakin longgar. Zach yang hairan segera memandang Laura. "Ya Allah sayang!" Laura pengsan!
Zach mengangkat Laura dengan cermat. "Zayn aku pergi hospital. Kau tolong tunggu sini sampai polis datang. Jangan biar mamat jahanam ni terlepas." Zach berpesan pada Zayn, dan adiknya itu hanya mengangguk. Nasib baik dia terniat nak ajak Zayn pergi mahkamah tadi. Dan Zach pun segera menuju ke hospital, wajah pucat milik isterinya itu dipandang sayu. "Sorry i'm late sayang." Zach mencium perlahan dahi Laura.
+++
"Tak-tak nak, Zach tolong saya. Zach!" Kedua matanya dibuka, nafasnya menjadi tidak teratur, hatinya berdegup kencang, dahinya turut berpeluh. "Dear, hey are awake sayang?" Zach yang baru sahaja keluar dari tandas itu segera meluru ke arah Laura. Laura memandang ke arah suaminya, serta merta air matanya mengalir. "Hey, sayang." Zach memeluk Laura yang sudah duduk dari baring itu, Laura memeluk pinggang Zach erat. "Awak saya takut." Wajahnya disembamkan di perut Zach. "Tak ada apa sayang, i'm here. That bastard dah kena tangkap dengan polis. You are save, sayang." Kepala Laura dicium lembut, belakang tubuh Laura diusap.
Mereka berkeadaan begitu untuk beberapa minit sebelum Laura sendiri yang meleraikan pelukan. "Feel better sayang?" Zach duduk di hadapan Laura, tangan gadis itu dicapai lalu digenggam erat. Gadis itu hanya menganggukkan kepalanya, nasib baik tiada apa yang terjadi pada kandungannya. Kalau tak, tak tahu lah macam mana dia nak berhadapan dengan Zach. "Do you want to eat? Tadi mama datang bawa bubur." Zach menyoal lembut. "Saya nak air." Laura masih lagi bersuara lemah. Zach segera mengambil air masak lalu dihulurkan kepada Laura.
"Eat?" Zach masih lagi menyoal. Laura memandang wajah Zach lalu menggelengkan kepalanya. "Tak nak, tak ada selera." Kepala Laura sandarkan pada bahu Zach membuatkan Zach merepatkan lagi kedudukan mereka supaya mudah untuk gadis itu. "But still you need to eat even sikit. Anak kita lapar sayang, makan sikit eh? Dari tengahari tadi perut awak kosong. Makan sikit okay?" Zach mula cuba untuk memujuk. Dan pujukan Zach membuat Laura menganggukan kepalanya.
Mendapat sahaja anggukan dari Laura, Zach segera mengambil bubur yang dia suruh Puan Hanna masakan. Dengan perlahan dan cermat, bubur itu disuap ke dalam mulut Laura. "Sedap?" Zach menyoal. "Mama masak tak pernah tak sedap." Laura tersenyum kecil. Melihat senyuman Laura membuatkan Zach lega. Gadis itu masih mampu untuk tersenyum.
"Adam macam mana?" Laura besuara perlahan. Zach memandang tepat pada wajah Laura. "Dah kena tangkap." Zach berkata tenang lalu kembali menyuapkan Laura bubur. "Awak, dia yang--"
"I know dear. Saya dengan Zayn dapat tahu seminggu lepas after kita balik dari kampung. Pihak polis cari dia dekat merata tempat tapi tak jumpa." Zach menerangkan. "Sebab ni ke awak?--" Sekali lagi percakapan Laura, Zach potong. "Yes sayang." Zach meletakkan bubur itu di atas meja. Laura segera merapatkan tubuhnya bersama Zach lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. "Saya minta maaf, tak dengar cakap awak." Zach membalas pelukan isterinya.
"No it's okay dear, benda dah lepas." Zach meleraikan pelukan mereka. "Right now, kita mulakan hidup baru, dengan orang baru. Lupakan semua benda buruk yang jadi dekat kita. Anggap itu sebagai ujian dari Allah. Kita sama sama baiki antara satu sama lain, saling melengkapi antara satu sama lain. Adam tak ada also Bella. Just three of us. We will live happily ever after, walau berat macam mana sekali pun ujian kita, remember, we have each other. Awak lengkapi hidup saya, saya lengkapi hidup awak. We are meant for each other sayang. I love you." Zach berkata panjang dan sangat lembut intonasinya, tangan Laura dipegang erat. Cair pula Laura.
Genggaman tangan Zach dibalas. "I love you too." Laura tersenyum apabila Zach mencuit hidungnya. Zach mendekatkan wajahnya dengan wajah Laura, gadis itu memejamkan matanya. Dengan perlahan, bibir milik Zach bersatu dengan bibir milik Laura.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...