BAB 19

4K 164 0
                                    

"Aku tanya kau, kau rasa kenapa?" Zach berjalan ke arah Laura dan dengan selambanya memeluk bahu Laura.

"Jangan cakap yang korang-" Mata Tengku Adam membulat. Zach pula menganggukkan kepalanya.

"Jadi kau dah tau. Apa kata mulai hari ni kau berhenti kacau isteri aku. Dia isteri aku. Hak aku. Kalau kau rasa datang sini nak menggatal dengan isteri aku, kau boleh angkat kaki dan keluar dari sini. Jangan pernah datang kalau niat kau nak tambat hati dia. Faham?" Zach berkata dengan nada yang tenang. Nasib baik lah dia sempat sampai. Kalau tak entah apa-apa yang Tengku Adam merepek dekat isterinya nanti.

"Kau dengar sini Zach Alexander, kau dah kahwin dengan dia tak semestinya aku langsung tak boleh nak kawan dengan dia kan?" Tengku Adam tidak mengalah. Jika dia tidak boleh menjadi orang yang bertakhta di dalam hati gadis itu, jadi salahkah jika dia hanya hendak berkawan dengan gadis itu?

"Baik kau berambus sebelum penumbuk aku ni hinggap dekat pipi kau. Stop talking nonsense, you bastard." Zach menjeling Tengku Adam. Laura pula sudah tergamam. Bastard? Syeram lah suami dia ni.

Tanpa melengahkan masa lagi, Tengku Adam terus keluar dari kedai itu. Laura pula memandang wajah Zach dan semestinya dia kena mendongak.

"Awak ni, kasar sangat lah dengan dia. Kan dia dah cakap dia nak kawan je dengan saya." Tangan Laura mula naik memeluk pinggang Zach.

"Seriously, kau percaya cakap dia? Dear, dia lelaki, aku lelaki, aku tahu lah maksud tersirat dia. Kawan konon." Zach memalingkan wajahnya. Tidak lagi memandang wajah Laura. Laura memegang kedua belah pipi Zach menggunakan tapak tangan.

"Awak, cemburu ke?" Laura menaik-naikkan keningnya.

"Orang bodoh je tak cemburu." Tangan Zach mula memeluk erat pinggang Laura.

"Kenapa awak datang sini? Kata nak datang masa makan tengahari."

"Mama suruh balik rumah mama, katanya ada suprise. Memandangkan aku free aku datang lah sini. Jom lah kita gerak pergi rumah mama." Zach berkata dan melepaskan pelukan mereka.

"Okay. Kejap eh." Setelah Laura menyelesaikan segala tugasnya. Laura dan Zach bersama-sama berjalan menuju ke kereta milik Zach.

Beberapa minit kemudian mereka telah sampai di rumah Puan Hanna. Zach dan Laura turun dan masuk ke dalam rumah. Kelihatan Encik Mohamed dan Puan Hanna sedang duduk santai di sofa.

Zach dan Laura mengambil tempat di hadapan Puan Hanna.

"Kenapa mama call cakap ada benda penting nak bincang?" Zach menyandarkan badannya di sofa.

"Berapa lama dah kamu berdua kahwin?" Puan Hanna mula bersuara.

"Seminggu." Zach hanya menjawab soalan mamanya tanpa tahu apa-apa.

"Bilanya nak bawa Laura ni pergi berbulan madu?" Puan Hanna sudah mempunyai tanda-tanda ingin membebel.

"Seriously ma? Baru seminggu. Pa?" Zach mengerutkan dahinya.

"Papa tak tahu. Mama kamu ni sibuk sangat nak kamu pergi berbulan madu." Encik Mohamed sepertinya tidal mahu membela isterinya. Batul cakap Zach, baru seminggu, tak payah nak kecoh-kecoh.

Laura yang berada di sebelah Zach hanya mendiamkan diri.

"Yalah masa sekarang ni lah kamu kena pergi berbulan madu. Nanti kalau tangguh lama-lama, kamu tu sibuk dekat pejabat pula. Ada projek ni lah projek itu lah. Kesian dekat Laura nanti." Puan Hanna memandang ke arah menantunya yang hanya mendiamkan diri itu.

"Ya ma, okay. Zach memang nak pergi pun, tapi Zach tak tahu nak bawa Laura pergi berbulan madu dekat mana." Zach pula memandang ke arah Laura.

'Ha dah kenapa semua pandang aku ni? Ish Zach ni pun satu! Kan haritu aku dah cakap aku nak pergi sama ada Korea atau Spanish! Apa yang dia tak tahu lagi!'

"Ha Laura, kamu teringin nak pergi mana? Cakap je, mama dengan papa tempah tiket. Don't worry, it's on papa."

"Err, Laura tak kisah pun nak pergi mana-mana, mama, papa." Zach mula teringat akan apa yang Laura beritahunya ketika di hotel tempoh hari.

"Serious it's on papa?" Zach ingin memastikan sama ada apa yang mamanya cakap, bukan apa, dia mampu je, tapi dah kalau papa offer, jimat lah duit dia.

"Yes son. It's on me." Encik Mohamed pula meyakinkan anaknya.

"Then, papa dengan mama tolong booked ticket flight ke Korea. Kitaorang nak honeymoon dekat sana. Boleh?"

"Boleh. Bila kamu nak pergi?" Encik Mohamed mengambil iPadnya untuk menempah tiket.

"I am very sure yang Laura nak pergi beli barang sikit untuk bawa pergi sana so lagi 3 hari kitaorang pergi."

+++

Zach dan Laura pulang ke rumah setelah makan malam di rumah Puan Hanna dan Encik Mohamed. Laira mendekati Zach yang sedang melihat telefon di atas katil itu.

"Erm, awak~" Laura memandang wajah Zach.

"Yes dear?" Telefon diletakkan di atas night stand dan tumpuan Zach kini hanya pada Laura.

"Esok kan awak kerja. Jadi boleh tak saya nak keluar beli barang dengan Damia? Esok dia cuti." Perlahan sahaja Laura membuat permintaan.

"Mestilah boleh." Zach tersenyum memandang Laura.

"Betul ke?" Suara Laura terkuat akibat teruja.

"Yes. Belilah barang apa yang kau nak beli before kita gerak pergi Korea." Jari Zach naik mengusap pipi Laura.

"Yeay! Terima kasih awak." Tubuh Zach dipeluk erat.

"Dah jom tidur. Aku mengantuk."

Dan pada malam itu mereka pun tidur dengan nyenyaknya. Laura jarang pula dapat mimpi tentang kemalangan dirinya dan mamanya. Mungkin betullah, Zach adalah ubatnya.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now