Seminggu telah berlalu, pada pagi itu, Laura bangun dan termenung. Semalam dia sudah menerima pesanan ringkas daripada Zach.
Mr Zach
-Esok aku datang ambil kau dekat rumah. Make sure kau dah bangun. Aku tak sure aku ambil kau pukul berapa sebab aku kena singgah office. But get ready dear, aku boleh tercegat depan rumah pagi pagi buta lagi. Got it? Night.Tanpa sedar, Laura mengeluh. Sepanjang seminggu itu, dia hanya memikirkan hal ini sahaja. Ini soal masa depannya, jadi dia perlu lah serius.
Dia juga telah menelefon papanya, Encik Luqman dan memberitahu papanya segala-galanya yang berlaku ke atas dirinya.
Setelah mendapat nasihat dari Damia, Encik Luqman dan Mikhael serta pertunjuk yang dia dapat dalam mimpinya, akhirnya..
"Kau boleh Laura. Kau boleh. Tiba masanya untuk kau dilindungi oleh seorang lelaki. Dan aku percaya, Zach adalah orang tu. Ya Allah, kau permudahkan lah segala urusanku. Aamiin." Setelah berdoa, Laura masuk ke dalam bilik air dan mula bersiap.
Laura turun ke bawah, kakinya terhenti apabila melihat susuk tubuh seseorang duduk di atas sofa sambil bermain dengan telefonnya.
"Dah lama ke awak sampai?" Setelah Laura menarik nafas dan tenangkan diri, dia mula bersuara. Zach yang terdengar suara itu terus memusingkan kepala memandang ke arah Laura.
"Aku baru je sampai. Jom gerak, tak elok kita duduk berdua je dalam rumah ni." Zach bangun dari sofa dan berjalan ke arah pintu, kasut disarung sambil memandang Laura yang berjalan ke arahnya.
"Mana Mia?" Laura juga turut menyarungkan kasutnya.
" Dia dah gerak pergi hospital, dapat emergency call." Laura hanya menganggukkan kepalanya tanda faham. Pintu kereta dibuka dan dia menaiki kereta Zach.
"Awak nak bawa saya pergi mana?" Laura memandang ke arah Zach yang sedang fokus memandu.
"Aku perlukan jawapan." Zach masih lagi tertumpu pada jalan raya.
"Jawapan? Jawapan apa?" Laura sengaja buat tidak faham dengan soalan Zach. Zach memberhentikan kereta apabila tiba di lampu isyarat.
"Please. Aku tahu kau faham apa maksud aku. Kalau kau tak sudi takpe. Aku tak nak paksa." Zach berkata begitu tetapi dirinya rasa sakit.
Lama Laura berdiam diri. Menanti saat yang betul betul dia hendak memberitahu Zach perkara itu.
Zach memandang sekilas ke arah Laura. Tanpa sedar, Zach mengeluh. "Laura?" Zach bersuara lembut.
Laura tersentak. "Nak! Saya nak kahwin dengan awak." Dengan semangatnya Laura menjawab. Dia memandang ke arah Zach yang sudah tersenyum nipis itu.
"Tapi awak kena janji dengan saya." Laura bersuara lembut sambil itu matanya memandang seluruh wajah kacak Zach dengan penuh minat.
"Apa?" Zach hanya beriak biasa walaupun hatinya berdebar apabila gadis itu merenung dirinya dengan mata bulatnya itu.
"Jangan pernah tinggalkan saya." Laura memandang muka Zach dengan wajah penuh berharap. Berharap agar lelaki itu dapat menunaikan janjinya.
"Aku, tak akan pernah tinggalkan kau. Kalau aku berpaling pada kau, aku adalah lelaki yang paling bodoh sekali sebab aku dah sakitkan hati perempuan sebaik kau. Tapi, kau pun, aku nak kau janji dengan aku satu perkara." Zach memberhentikan kereta setelah mereka sampai di destinasi yang ingin dituju. Butik pakaian pengantin.
"Apa dia?" Laura dan Zach saling memandang antara satu sama lain.
"Aku nak minta maaf awal awal kalau aku tersalah sebut nama kau, maksud aku kalau aku terpanggil kau Bella. Aku minta maaf dan aku harap kau boleh faham aku dan jangan sesekali ambil hati walaupun aku tahu girl mana je tak sakit hati bila boy diaorang sebut nama perempuan lain kan. But, I hope you can understand me. Aku akan cuba sedaya upaya untuk buka pintu hati aku untuk kau. Keep that as my promise." Zach pandang muka Laura.
"Saya pun berjanji yang saya akan belajar untuk mencintai awak sepenuh hati saya." Laura dan Zach sa sama tersenyum. Mereka terasa bahagia sangat.
"Dah jom turun." Zach membuka pintu keretanya dan melangkahkan kaki keluar dari kereta.
"Kita buat apa dekat butik ni?" Laura berdiri di sebelah Zach.
"Mama cakap, kalau kau accept aku punya lamaran, mama suruh aku terus bawa kau pergi butik, cari baju. Mama cakap kalau boleh dalam bulan ni juga dia nak kita kahwin."
"Saya okay je. Tapi tak macam awal sangat ke? Kita bukan ke sepatutnya tunang dulu?" Laura mengikut langkah Zach apabila lelaki itu mula masuk ke dalam butik.
"Bukan kita dah betunang ke sebelum ni?" Zach memandang Laura setelah dia duduk di atas sofa. Tangan Laura ditarik supaya gadis itu duduk di sebelahnya.
"Awak ni, tu kan tak rasmi." Laura membelek buku yang berada di atas meja di hadapan mereka.
"Tak nak. Aku nak kita kahwin terus. Biar semua orang tahu yang kau dah jadi milik aku. Seorang. Lagi lagi si mamat Adam tu." Laura terus memandang Zach apabila lelaki itu menyebut nama Adam.
"Seriously? Awak jeles dengan Adam?" Laura seakan tidak percaya. Setakat Adam je pun!
"Aku jeles dengan semua lelaki yang cuba nak rapat dengan kau ataupun dah memang rapat dengan kau. Faham? Jadi jangan kau cuba buat aku rasa cemburu sebab kau yang akan terima padahnya nanti, you got it dear?" Zach menjauhkan dirinya dengan Laura setelah pemilik butik itu sampai.
"Yes Mr Zach, how can I help you?" Lily merupakan rakan baik mamanya. Dia sudah selalu datang ke butik ini untuk menempah baju.
"You ask her. Baju macam mana yang dia nak. Atau apa apa sekali pun. She'll decide it." Laura memandang Zach dengan muka blurnya.
"Pergi lah ikut dia. Cakap dekat dia baju macam mana yang kau nak. Aku tak nak pilihkan untuk kau. Nanti kau tak selesa dengan pilihan aku. Kau pilih je mana mana. Jangan risau pasal harga sebab mama dengan papa sponser. Go." Zach menolak sedikit tubuh Laura apabila wanita itu seperti tidak mahu bangun.
Zach tersenyum nipis. ' I hope that you are the one and the only one for me. Aku sayang kau, Laura Hannaniah.'

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...