BAB 6

4.9K 221 9
                                        

Laura turun ke dapur apabila dengar bunyi bising di dapur. Kelihatan mama Zach dan Zayn sedang menyediakan sarapan. Perlahan perlahan Laura mendekati Puan Hanna. Yes! Macam takdir nama mama kembar itu ialah Nura Hanna. Sebaik sahaja Laura tahu, nak menangis dia rasa lagi lagi apabila wanita tua itu menyuruh Laura menggelar dirinya mama.

"Good morning mama! Mama masak apa ni? Sedapnya bau!" Laura mendekatkan dirinya dengan Puan Hanna.

"Eh! Laura, awalnya bangun. Mama masak biasa biasa je." Laura menyuruh Puan Hanna untuk memangginya Laura, dapat dia lepaskan rindu. Walaupun bukan mama dia, tapi Puan Hanna dan arwah mamanya banyak persamaan.

"Biasa apanya ma, sedap ni. Tak sabar Laura nak makan." Laura menjilat bibinya seakan budak budak. Terlepas juga ketawa Puan Hanna apabila dirasakan Laura seperti budak kecil.

"Morning ma." Tanpa mereka sedar, seseorang sudah bangun dan dah lama memerhatikan mereka.

Zach duduk di meja makan sambil memerhatikan mamanya. Sebenarnya lebih kepada memerhatikan Laura yang berdiri di sebelah mamanya.

"Awal balik jog harini. Selalunya semua dah bangun baru Zach balik." Puan Hanna meletakkan nasi goreng di atas meja. Manakala Laura pula duduk di hadapan Zach.

"Mama rasa kenapa. Serabut tau tak dengan anak jiran mama tu. Tak habis habis follow Zach. Zach pergi jog harini pun dia ikut. Tu yang Zach balik awal tu." Laura hanya memerhatikan Zach yang bajunya basah kerana berpeluh, nampak sangat kacak!

"Dah puas tenung aku?" Puan Hanna meninggalkan dua orang itu kerana ingin mengejut penghuni rumah yang lain.

"Dah." Hanya itu yang Laura cakap sebelum kepalanya tertunduk ke bawah.

"Kau tau tak aku siapa?" Zach bertanya. Takut takut kalau Laura ingatkan dia Zayn.

"Awak Zach. Saya dah kenal lah korang." Laura mendagu merenung muka kacak Zach.

"Asal kau pandang aku macam tu? Tak puas lagi tenung aku?" Zach juga mendagu memandang muka Laura. Mereka membuat eye contact.

"Mata awak. Mata awak cantik. Kalau awak ada anak mesti anak awak comelkan?" Laura masih lagi merenung muka Zach.

"Anak aku akan jadi lagi comel kalau mama diaorang kau." Zach mengenyitkan matanya sebelum pergi untuk naik ke biliknya untuk bersiap.

Laura terkebil kebil setelah mendengar ayat yang keluar dari mulut Zach.

"Saya nak je kalau awak nak jadikan saya isteri awak dan mama kepada anak anak awak." Laura tersengih sebelum dia juga turut beredar naik ke biliknya.

Tanpa mereka sedar, Puan Hanna dan  Encik Muhamed dengar segala apa yang mereka katakan.

"Tak lama lagi kita dapat menantu lah abangkan." Puan Hanna tersenyum gembira. Dia amat berkenan dengan Laura kerana perangai gadis itu.

"Aamiin." Encik Muhamed mendoakan agar anak sulungnya itu telah berjumpa dengan jodohnya.

Mereka semua berada di meja makan setelah mengambil masa agak lama untuk tunggu semua duduk di meja makan.

Mereka makan tanpa seorang pun bercakap. Laura memang tak suka dengan keadaan sunyi terus memulakan percakapan.

"Sedap lah mama masak! Laura dah lama tak makan masakan seorang mama!" Laura tersenyum ke arah Puan Hanna.

"Eleh kau! Acah! Sebelum ni aku masak bukannya kau sempat makan pun. Lambat. Selalu makan toast bread je kan. Harini kau bangun awal, boleh lah kau makan nasi goreng ni." Damia yang terasa hendak malukan kawannya itu terus bersuara.

"Mia!" Laura terus memuncungkan mulutnya. Semua mata tertumpu ke arah Laura. Bagi mereka perangai budak budak Laura sangat comel!

'Haih. Kenapa lah kau buat aku tak boleh stop nak tenung kau? Kenapa lah comel sangat?' Zach tak sedar Encik Muhamed sedang bercakap dengannya. Syok sangat pandang Laura.

Zayn yang duduk di sebelahnya memukul belakang badan abangnya perlahan.

"Woi! Papa panggil kau tu!" Terus sahaja Zach tertumpu kepada Encik Muhamed.

"Yes pa?" Nasi disuap ke dalam mulut.

"Papa tanya, kamu masuk kerja tak harini?" Encik Muhamed menghirup airnya.

"Tak pa. Zayn ajak pergi studio dia. Dia cakap ada lukisan baru. Dia nak buat pameran terbuka, tapi nak bagi Zach tengok dulu. Mama nak ikut?"

"Mama pergi dengan papa lah nanti. Kamu semua pergi lah. Laura dengan Damia ikut sekali ke?" Puan Hanna memandang ke arah anak dara dua orang itu.

"Damia tak pergi. Kena pergi hospital." Damia menjawab. Tapi hanya untuk pihaknya.

"Kalau Damia tak pergi, Laura pun tak pergi mama." Laura masih tersenyum. Riak wajah Zach sedikit berubah tapi dia sempat cover lagi. Baru dia ingat nak bawa Laura naik satu kereta dengan dia.

"Apa pula macam tu. Hanna pergilah. Kesian Zayn, dari semalam dia excited nak tunjuk hasil lukisan dia dekat Hanna tau." Mikhael jawab bagi pihak Zach. Dia perasan riak wajah Zach berubah tadi. Tapi Zayn memang teruja nak tunjuk dekat Laura, dia kata Laura akan bagi reaksi yang sangat memuaskan nanti.

"Ala tapi Hanna malu lah abang. Lagi satu kedai tu. Siapa nak jaga?"

"Kau nak malu apa. Diaorang bukan tengok kau naked pun. Lagi satu kau tak payah lah pergi kedai harini. Takut mamat Adam tu bagi bunga lagi. Ha! Aku takde nak tolong." Damia pula berkata.

"Eleh selama ni aku handle sendiri je mamat tu." Laura memeluk tubuh.

"Alah Damia. You nak risau apa. Zach ni kan TUNANG Hanna. So Zach ni boleh buat apa apa je dekat mamat Adam tu. Right Zach?" Zayn memeluk bahu Zach.

Suasana di antara mereka senyap sekejap.

"Yelah yelah Hanna ikut." Laura memberi kata putus. Betul juga apa kata Damia itu. Dia ni hanyalah seorang perempuan yang lemah kudratnya. Buatnya si Adam tu buat apa apa dekat dia. Naya je.

Sekali lagi Laura dan Zach membuat eye contact sebelum Zach mengenyitkan matanya. Laura pula sudah tersenyum dan mengenyitkan matanya juga kepada Zach.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang