BAB 34

3.6K 168 3
                                    

"Hanna cepat lah, nanti lambat matahari naik panas tahu tak!" Damia yang sedang mengikat rambutnya kepada ponytail itu mula membebel. Semalam Laura juga yang cakap tak nak pergi joging lambat sangat takut panas katanya.

"Iya sabar lah kejap." Laura yang sedang memakai inner neck itu mula bersuara. Setelah selesai memakai sunscreen, kepala hoodie yang dipakai olehnya di sarungkan ke kepala. Setelah selesai semuanya, Laura membuka pintu dan melihat ke arah Damia yang sedang bermain dengan telefon itu.

"Jom!" Bersama senyuman Laura memaut erat lengan Damia. Mereka sebenarnya tak adalah nak joging mana pun, saja je nak hilang kan bosan katanya.

Setelah mereka selesai memanaskan badan, mereka mula perlahan lahan joging bersama. Belum sampai 10 minit berlari, Laura dah suruh Damia joging ke depan dulu sebab dia dah pun penat.

"Itu lah kau, sayang sangat lemak lemak tu, baru lari sikit dah semput." Damia sempat membebel kepada Laura yang sudah terduduk di bangku yang terdapat di taman itu. Laura hanya buat tidak tahu dengan bebelan Damia itu. Apa yang dia tahu sekarang ni, dia penat.

Sedang Laura seronok menikmati suasana pagi itu, tiba tiba ada seseorang menegurnya.

"Hai, sorang je ke?" Laura mengangkat wajahnya apabila suara yang sangat familiar menegurnya.

"Tengku Adam." Hanya itu yang keluar dari mulut Laura. Terkejut, tak sangka yang dia akan berjumpa dengan lelaki itu setelah sekian lama lelaki itu menghilang.

"Tak payah nak Tengku sangat lah. Panggil saya Adam je, tak selesa lah awak guna panggilan Tengku tu." Tengku Adam masih lagi setia memandang wajah bersih Laura.

Beberapa saat selepas itu, kesunyian melanda mereka berdua. Laura mengambil keputusan untuk tidak bercakap.

"Hanna sebenarnya saya nak cakap sikit dengan awak." Laura kembali memandang wajah Adam yang setia berdiri di hadapannya itu.

"Cakap lah." Laura kembali menunduk memandang ke bawah apabila lelaki itu dari tadi merenung wajahnya. Kalau dekat mata Adam tu ada laser, agaknya dah tembus dah kot muka Laura tu.

"Sebenarnya saya nak minta maaf dekat awak sebab selalu kacau awak dulu, iyalah sekarang awak pun dah jadi isteri orang, jadi saya tak nak lah dah masuk campur dalam hidup awak. Maaf sebab saya buat awak tak selesa bila dengan saya. Niat saya cuma nak ajak awak berkawan je, mungkin cara saya keterlaluan sangat kot. Saya lama dah nak minta maaf dengan awak, tapi tak tahu macam mana nak jumpa awak. Saya happy dapat jumpa awak dekat sini." Laura mengangkat wajahnya. Dia pelik tapi lelaki itu nampak ikhlas. Akhirnya dia hanya menganggukan kepalanya.

"Saya maafkan awak. Saya nak sambung joging." Langkah Laura terhenti apabila Adam mengeluarkan satu ayat yang agak menyeramkan bagi Laura.

"Saya harap kita berjodoh dan jumpa lagi nanti, Laura Hannaniah." Dengan itu Adam berlalu dahulu meninggalkan Laura yang sudah terkaku dengan ayat Adam tadi.

+++

"Dear, kenapa ni?" Tangan Laura yang berada di atas riba gadis itu dicapai. Laura yang sejak tadi berdiam diri termenung memandang Zach.

"Kenapa apa?" Tangan Zach yang bercantum dengan tanggannya itu diusap perlahan.

"Kau diam je. Fikir apa ha?" Zach mengerling sekilas ke arah isterinya itu.

"Tak fikir apa pun, pening kepala sikit." Kepala Laura disandarkan lalu dipejamkan matanya.

"Lah, kalau macam tu tak payah lah ikut aku pergi office, duduk dekat rumah okay, rehat." Berkerut dahi Zach apabila Laura menyatakan yang dia sakit kepala. Risau.

"Nak ikut awak kerja." Laura mula merengek perlahan.

"Dear, sakit kepala kan? Tak kan aku nak bawa kau pergi kerja pula sayang." Ibu jari milik Zach mula mengusap lembut tangan Laura yang digenggam itu.

"Dalam bilik awak kan ada katil. Boleh lah awak, tak nak tinggal sorang sorang dekat rumah." Laura mencebikkan bibirnya. Tangan Zach digoyang perlahan.

"Okay, okay fine. Tapi kita singgah farmasi dulu beli ubat alright?" Laura hanya mendiankan diri apabila Zach menyatakan ayat itu.

+++

Setelah Zach menyiapkan tugasnya di pejabat, mereka pun pulang ke rumah. Laura yang baru sahaja keluar dari kereta itu mula memandang sekeliling rumahnya.

'Kenapa aku rasa tak sedap hati ni? Ada apa apa ke eh? Kenapa rasa macam ada orang tengah perhati kan aku?'

"Dear." Lamunan Laura terhenti apabila satu tangan bercantum dengan tangan miliknya.

"Jom masuk." Laura memandang ke arah Zach, lalu menganggukan kepalanya bersama senyuman.

'Perasaan kau je kot Laura.'

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik, Laura terus mencari katil dan baring.

"Ergh, very the penat." Laura memejamkan matanya. Zach yang melihat pula tersenyum kecil, macam dia je yang kerja, macam dia je yang bawa kereta.

"Penat buat apa dear? Tadi dekat office rehat. Drive pun aku. Penat apa ha sayang?" Zach berjalan ke arah Laura, tudung gadis itu dicabut dengan perlahan.

"Penat tengok awak kerja." Kepalanya diangkat lalu diletakkan di atas riba Zach, mukanya disembamkan pada perut Zach. Perfume Zach yang menusuk hidung itu dibau. Dia suka dengan bau suaminya itu.

"Seriously dear." Rambut Laura yang separas bahu itu diusap. Zach memandang wajah isterinya itu. Tak pelik pun jika mood gadis itu tiba tiba ingin bermanja dengannya.

Setelah 10 minit berkedudukan sebegitu, Zach mula mengangkat perlahan kepala Laura yang berada di atas ribanya itu. Laura tertidur apabila Zach mengusap rambutnya tadi. Zach mencium perlahan pipi milik Laura.

Setelah itu, Zach bangun mengambil tuala dan menuju ke arah bilik air untuk membersihkan diri.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now