Laura membuka matanya perlahan, mata dikelipkan beberapa kali suapaya selesa dengan cahaya yang menusuk ke dalam matanya. Tangannya perlahan lahan mencari di manakah terletaknya telefon, setelah jumpa, telefon dibuka dan terpaparlah wallpaper Zach yang sedang tersenyum.
"6:15 nasib baik aku dah solat dekat pejabat tadi." Laura segera bangun, rambutnya itu disanggul tinggi, sekeliling bilik dipandang mencari kelibat Zach, namun tiada.
Laura segera mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air. Setelah 20 minit berada di dalam bilik air membersihkan diri, Laura segera keluar. Apabila selesai memakai baju, Laura keluar dari bilik untuk mencari suaminya.
"Dekat ruang tamu tak ada, dekat dalam bilik kerja pun tak ada. Jadi di manakah kelibat anda wahai suami tersayang?" Laura mengomel seorang diri apabila Zach tidak dijumpai.
"Dekat mana lagi lah kalau bukan dekat dalam bilik gym kesayangan dia tu wahai Laura Hannaniah." Laura baru teringat bahawa di rumah itu memiliki sebuah bilik khas untuk Zach membina otot di badannya itu. Laura berjalan ke arah dapur, peti dibuka dan susu kotak strawberi diambil, dan Laura segera menaiki tangga dan menuju ke arah bilik gym itu.
Pintu kaca bilik itu ditolak dan terpamerlah tubuh seorang Zach Alexander yang tidak berbaju dan hanya berseluar itu. Setelah pintu ditutup, Laura segera bergerak ke arah Zach yang sedang membuat pumping itu. Laura elok duduk bersila di sebelah Zach sambil menyedut susu kotak strawberinya.
"Hey." Zach memandang sekilas ke arah isterinya itu lalu kembali membuat pumping. Laura pula hanya memerhatikan Zach. Rambutnya yang basah akibat peluh itu dipandang, pandangan matanya makin menurun. Ada peluh yang mengalir di leher Zach. Manakala Zach pula sedang menggigit bibir bawahnya. Mukanya berkerut. Mata Laura terus menuju ke arah badan Zach yang mempunyai abs itu.
"Dear, kau tertarik sangat dengan badan aku ni kenapa?" Laura memandang ke arah Zach yang sudah pun baring beralaskan pehanya. Dengan serta mertanya pipi Laura kemerahan.
'Itu lah kau Laura! Lain kali nak usya pun berpada lah! Kan dah kantoi.'
"Malu pula kau. Aku tanya je, i mean, i don't care, pandang je lah selama mana yang kau nak. I'm all yours dear." Pipi Laura yang kemerahan itu dicubit perlahan. Makin merah pipi Laura apabila Zach berkata sedemikian. Susu kotak strawberi di tangan Laura disedut oleh Zach. Suka hati dia je!
"Yuck! Ergh, i hate milk!" Susu yang disedut itu ditelan kelat. Reaksi Zach itu membawa senyuman di mulut Laura.
"Itu lah, dah tahu tak suka minum juga." Rambut Zach diusap sayang.
"Aku tak tahu kenapa kau suka sangan susu strawberi ni. Dah lah manis. Rasa dia macam apa je." Kotak susu yang berada di sebelah lagi tangan Laura diambil dan diletakkan di tepi. Tangan Laura dicapai oleh Zach lalu mencium haruman dari tangan gadis itu.
"Awak, saya kan tiba tiba teringin nak makan carrot cake lah. Awak belikan boleh?" Mata besar milik Laura di kerdipkan beberapa kali.
"Are you pregnant?" Wajahnya yang dekat dengan perut Laura disembamkan di perut gadis itu.
"Mana adalah awak. Tiba tiba teringin, tak akan dikira mengandung juga."
"Iyalah, kejap lagi aku keluar belikan untuk kau okay?" Tangan Laura yang setia digenggamannya diusap perlahan. Laura pula dengan beraninya mencium dahi milik Zach. Membulat mata lelaki itu.
"Dah berani dah dear aku sorang ni ya."
"Apa maksud awak dear awak sorang ni? Awak ada berapa banyak dear ni?" Laura bertanya dengan suara yang sedikit tinggi. Zach pula terus bangun dari baringnya.
"Mana ada lah sayang. Dear aku cuma--" Dahi, kedua belah mata, kedua belah pipi dan akhir sekali bibir Laura dicium. "Yang dekat depan aku ni je. Sumpah tak ada niat nak ada dear lain sayang." Pipi Laura diusap, Zach dekatkan dahinya dengan dahi Laura, Zach memandang ke dalam mata Laura, Laura pula memandang pandangan mata Zach yang kelihatan ikhlas itu.
"Janji." Jari kelingkingnya dikeluarkan. Zach tergelak kecil.
"Janji." Jari kelingking Zach ditautkan dengan jari milik Laura. Laura pula tersenyum kerana dia tahu Zach seorang yang menepati janji.
+++
"Mama you macam mana?" Daniel memandang wajah tunangnya itu.
"You rasa? Sayang mama asyik sebut pasal Zach je, mama tak pernah sekali pun ingat yang you tunang i tau." Bella memandang wajah Daniel. Dia kesiankan Daniel, banyak kali dia bawak Daniel berjumpa dengan mamanya tetapi nama Zach juga yang keluar di mulut mamanya.
"Tak apa lah baby. Nak buat macam mana, kita tak boleh paksa mama you untuk ingat i."
"Sorry sayang." Daniel hanya tersenyum melihat tunangnya yang selalu rasa serba salah terhadapnya itu.
"Berapa lama you dekat Malaysia ni?" Daniel menyedut air yang dipesannya tadi.
"Tak tahu lah. I minta cuti lama sikit dari selalu. Mama nak duduk sini lama lama. Mama kata nak jumpa dengan mama Zach lah apa lah. I ikut kan aje."
"Baguslah." Daniel menganggukan kepalanya.
"What do you mean?" Berkerut dahi Bella memandang ke arah Daniel yang terangguk angguk itu.
"Boleh i dating dengan you hari hari." Kepala dilentokkan lalu dengan manjanya di letakkan di atas bahu milik tunang tersayang.
"Eyy, gatal eh you ni." Bella hanya mampu tersenyum melihat perangai comel dan manja tunangnya itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...