BAB 32

4K 162 3
                                    

"Erm." Laura merengek apabila terasa  ada sesuatu mengusap pipinya. Zach pula tersenyum kecil melihat dahi Laura yang berkerut itu, gadis tidak suka tidurnya dikacau.

"Wake up sayang." Zach berkata dengan nada yang cukup perlahan. Tangannya masih setia mengusap pipi tembam milik Laura. Sambil itu matanya merenung wajah isterinya. Isteri kesayangannya itu memiliki pipi yang agak tembam yang membuatkan gadis itu lain daripada wanita wanita yang pernah cuba untuk menggoda Zach dulu. Isterinya itu juga memiliki ketinggian yang hanya separas dengan dada miliknya. Matanya yang bulat, serta lesung pipit yang cantik akan terhasil apabila gadis itu tersenyum gembira. Bagi Zach, dia sangat beruntung memiliki gadis secomel Laura Hannaniah.

Parut yang berada di tepi dahi gadis itu langsung tidak mencacatkan wajah Laura. Dengan perlahan Zach mengusap parut itu. Gadis itu juga memiliki masa silam yang menyakitkan tetapi dia tetap tersenyum gembira, jadi dia pun perlu untuk menjalani kehidupan yang gembira dan lupakan perkara yang pernah terjadi dahulu.

"Kenapa awak nampak sedih. Something bothering you?" Tangan Zach yang berada di dahinya itu dicapai, disatukan tangan kecilnya bersama dengan Zach.

"Nothing. Cuma menikmati ciptaan indah dari Tuhan." Laura tersenyum apabila Zach memuji dirinya.

'Pagi pagi dah buat orang senyum! Ish, sayang lah suami saya ni!'

"Awak tak pergi kerja?" Laura mengerling jam di dinding, Zach sepatutnya sudah bersiap nak pergi kerja sekarang ni.

"Isteri kesayangan aku ni sakit, mana boleh aku tinggalkan dia seorang dekat rumah." Zach mencuit hidung Laura menyebabkan gadis itu memejamkan matanya seketika.

"Sakit lagi dear?" Sebelah lagi tangan Zach mengusap lembut perut Laura dan sekali lagi gadis itu memejamkan matanya kerana terkejut. Zach bukan usap luar baju ya, tetapi di dalam baju!

"Dah okay sikit dari semalam." Laura menahan tangan Zach yang sepertinya ingin menaik ke atas.

"Jangan nak mengada sangat eh." Laura menarik keluar tangan Zach lalu menjeling lelaki itu.

"Auch." Zach dengan tiba tiba memegang dadanya. Laura memandang Zach dengan kerutan di dahi.

"Kenapa ni?" Dengan pantas tangan Laura memegang tangan Zach yang berada di dada bidang lelaki itu.

"Jelingan kau tu tajam sangat lah dear, menusuk dalam sampai dekat hati aku." Zach tergelak kecil melihat reaksi Laura yang dianggap 'over' itu.

"Aaa, sayang sakit lah." Lengannya yang dicubit itu digosok.

"Main main lagi, orang serius tahu tak. Macam mana kalau betul, siapa yang susah, saya juga! Macam mana kalau awak betul betul sakit lepastu saya tak--" Membulat matanya apabila bibir merah milik Zach berjaya mendarat di atas bibir merah miliknya.

"Zach Alexander!" Kini lengan Zach menjadi mangsa tamparan Laura pula.

"Janji tak buat dah okay. Dah aku nak mandi." Pipi Laura dicium sekilas sebelum Zach bangun dari baring, mencapai tualanya dan segera masuk ke dalam bilik air. Baru sahaja beberapa saat menutup pintu bilik air, Zach kembali membukanya membuatkan Laura yang sedang melihat telefon itu memandang ke arahnya.

"Sayang nak mandi dengan aku tak? Kau bayangkan kalau kita mandi sama sama kan, kau dekat depan aku, lepastu kita--"

"Ish Zach!" Zach gelak dengan kuat sebelum dia kembali masuk ke dalam bilik air, seronok dapat mengenakan isterinya itu. Muka merah dah macam tomato, dah lah pipi tu tembam!

"Dasar pervert! Nasib baik suami." Laura menggelengkan kepalanya. Pipi yang merah itu ditepuk perlahan.

"Panas pipi aku. Hish dia ni."

+++

"Bella." Putri Bella memandang ke arah wajah tua yang duduk di hadapannya itu. Mamanya.

"Ya ma?" Bella menghirup sedikit air teh panas miliknya.

"Bila kita nak balik Malaysia? Mama rindu lah suasana dekat sana." Bella tergelak kecil mendengar soalan mamanya itu. Kasihan mamanya, disebabkan dia bekerja di Korea Selatan, maka mamanya turut ikut dia tinggal di sini.

"Nanti Bella ambil cuti, lepastu kita sama sama balik sana okay ma?" Tangan mamanya diambil lalu digosok lembut.

"Janji okay dengan mama. Tak sabar mama nak balik, nak jumpa dengan teman lelaki kamu tu, Zach Alexander." Pudar terus senyuman Bella itu apabila mamanya menyebut nama lelaki itu.

"Kenapa sayang? Kamu bergaduh ya dengan dia? Mama dah cakap kan, kalau ada apa apa kamu kena berbincang dengan dia elok elok sayang, jangan bergaduh, tak bawa manfaat pun." Bella mengeluh perlahan apabila ayat itu keluar lagi dari mulut mamanya.

'Mama lupa lagi.' Ya, mamanya mempunyai penyakit cepat lupa kerana mamanya sudah tua. Dan mamanya itu sedang menghitung hari. Penyakit mamanya yang sudah dirawat itu ternyata datang kembali dan mamanya kini hanya mempunyai masa 8 bulan untuk hidup. Mamanya juga lupa bahawa dia sudah bertunang. Apa yang mamanya ingat hanya Zach, mamanya sangat sayangkan Zach Alexander. Tetapi dia tidak mampu untuk mendapatkan lelaki itu lagi, lelaki itu sudah mempuanyai orang lain, paling tepat lagi sudah berkahwin. Memikirkan perkara perkara tersebut membuatkan Bella mengalirkan air matanya.

"Sayang, kenapa menangis ni?" Tangan berkedut itu naik mengusap pipi anaknya itu.

"Kamu rindu Zach ya? Tak apa, nanti balik Malaysia, kita pergi jumpa keluarga Zach, bincang pasal perkahwinan kamu dengan Zach." Bella terus memandang wajah mamanya.

"Mama, kita tak boleh buat macam tu." Bella memegang tangan mamanya dan menggenggam tangan tua itu.

"Kenapa? Kamu dah tak sayang Zach?" Berkerut dahi orang tua itu.

"Bukan, Bella pernah bagitahu mama kan yang Zach dah kahwin. Mama, dia dah bahagia dengan isteri dia. Bella pun dah bertunang mama. Mama dah nak dapat menantu, Daniel Qayyum. Dia bakal menantu mama." Perlahan sahaja Bella menerangkan perkara itu walaupun dia dah cakap banyak kali. Dia perlu banyak bersabar, wanita itu mamanya. Tidak mungkin dia berkasar.

"Mama tak nak kamu dengan lelaki tu! Mama tak kisah lah dah bertunang ke apa, mama nak kamu putus dengan dia kahwin dengan Zach! Mama nak Zach sahaja yang jadi menantu mama! Mama tak nak lelaki lain! Keputusan mama muktamad!" Mama Bella segera bangun dan terus menuju masuk ke dalam biliknya.

Bella sudah mengeluh. Apa dia nak buat. Dia tak nak kecewakan mamanya. Bagaimana dia nak bagitahu tunangnya itu. Dan paling penting bagaimana dia hendak beritahu Zach, lelaki itu nak ke percaya kan dia. Dia yang meninggalkan lelaki itu dan sekarang dia pula perlu kejar lelaki itu. Tetapi Zach sudah berkahwin! Tetapi lelaki boleh kahwin empat kan? Apa salahnya kalau bermadu?

"Jangan nak mengarut Putri Bella! Daniel beria buat kau lupakan Zach kenapa kau nak dekat dia lagi! Hish! Nanti mama lupa lah tu hasrat dia." Teh panasnya itu dihirup perlahan.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now