Flashback...
Laura sedang memilih barang atau lebih tepat lagi hadiah buat mereka yang berada di Malaysia, sementara Zach pula sedang menjawab panggilan telefon jadi dia berada di luar kedai.
Sedang Laura memilih hadiah, seorang wanita dengan tidak sengaja terlanggar Laura dari belakang.
Laura pusing ke belakang untuk melihat siapa yang telah melanggarnya itu.
"Jeongmal mianhae (i'm so sorry)." Wanita itu tertunduk kepada Laura berkali kali.
"Eh, it's okay. I'm okay." Laura segera menghentikan wanita yang tertunduk itu. Naik segan pula dirinya, bukannya wanita itu terlanggarnya dengan kuat pun.
"Dear." Zach yang sudah selesai dengan urusannya itu terus pergi ke arah Laura. Matanya tidak ke Laura tetapi tepat ke arah wanita yang terlanggar Laura sebentar tadi, lalu Zach dan wanita itu sama sama tergamam.
"Zach." Wanita itu bersuara perlahan. Matanya sedikit berkaca, tidak dia sangka akan bertembung dengan lelaki itu setelah sekian lama dia meninggalkan lelaki itu.
Laura yang berada di tengah tengah mereka itu memandang pelik ke arah mereka. Pandang tak berkelip. Dan masing masing masih tergamam.
"Ehem, awak kenal ke dia Zach?" Laura masih tidak perasan siapakah gerangan wanita itu.
"Tak. Jomlah, kau dah settle kan?" Tangan Laura diraih lalu ingin menarik gadis itu keluar dari kedai itu.
"Eh! Tapi awak, saya tak pilih pun lagi. Kenapa ni?" Laura mengeraskan tubuhnya, tidak mahu bergerak dari situ tanpa membeli apa apa kerana hadiah hadiah di situ sangat cantik.
"Beli esok je lah. Kita banyak hari lagi dekat sini. Jom." Sekali lagi Zach ingin menarik tangan Laura keluar dari kedai itu tetapi gadis itu tetap berdegil.
"Ish! Saya nak beli hari ni lah awak. Kenapa?" Laura melepaskan genggaman tangan Zach.
"Laura Hannaniah!" Dengan tidak sengaja Zach tertinggikan nada suaranya sehingga ada sesetengah orang di dalam kedai itu memandang ke arah mereka. Laura pula sudah terpejam matanya kerana terkejut. Kali pertama Zach tinggikan suara.
"Jangan degil boleh tak? Aku cakap balik, balik lah." Zach mula merendahkan suaranya apabila tersedar akan kesilapannya.
"Zach, you dah tak ingat i ke?" Belum sempat Laura membuka mulut, wanita tersebut mencelah pergaduhan kecil antara Zach dan Laura.
"Aku tak kenal kau, sorry." Sekali lagi Zach menggenggam tangan milik Laura.
"Zach, i Bella. Takkan you tak ingat." Laura sudah membulat matanya.
'Patutlah macam pernah nampak. Tapi cantiknya dia in real life. Memang patut lah pun Zach sangkut.' Hati kecil Laura berkata, sambil itu matanya memandang ke arah Zach.
"Tak. Jom dear, kita balik esok boleh datang balik." Zach ingin keluar dari kedai itu tetapi ditahan oleh Bella.
"Apa makna kita bercinta sebelum ni Zach kalau you sikit pun tak ingat i!" Bella berkata dengan sedikit kecewa.
"Eh Putri Bella you kena ingat yang you yang ambil keputusan untuk tinggalkan i! Jadi tak ada sebab untuk i ingat perempuan macam you!" Zach mula berbicara dan Zach kelihatan sangat marah.
"I tak bermaksud pun nak tinggalkan you Zach. I minta maaf." Setitik air mata Bella jatuh. Laura yang lihat pula sudah naik menyampah.
'Eh la perempuan ni, suami aku dah tak hamak dengan kau, yang kau terhegeh lagi kenapa?'
"Zach you dah kahwin?" Mata Bella terlihat pada pegangan erat tangan kedua pasangan ini.
"Hai, saya Hanna, isteri kepada Zach Alexander." Laura dengan senang hantinya perkenalkan dirnya.
"Baby." Seorang lelaki seusia Zach menegur mereka bertiga. Laura, Zach dan Bella memandang ke arah lelaki tersebut.
Dan sekali lagi Laura menerima kejutan budaya.
"Abang Daniel?" Laura memandang ke arah lelaki itu sedalamnya bagi memastikan yang dia tidak salah orang.
"Hanna? Buat apa dekat sini? Ini, abang Hanna ke?" Daniel Qayyum berdiri di sebelah Bella.
"Suami Hanna. Abang, buat apa dekat sini?" Zach dan Bella hanya memerhatikan kedua orang manusia itu.
"Oh, teman tunang kesayangan abang ni cari barang." Daniel meletakkan tangannya di bahu Bella.
"Tu-tunang?" Lagi lah Laura Hannaniah tidak percaya. Sudah lah Damia Adriana menyimpan perasaan terhadap lelaki ini.
"Iya tunang. Baby, you okay tak ni? Kenapa ni?" Daniel memandang ke arah Bella dan wanita itu kelihatan sedih.
"I okay. Sayang jom lah. I dah jumpa barang yang I cari." Bella memegang tangan Daniel dan mengajak lelaki itu beredar dari situ.
"Okay. Hanna, abang pergi dulu okay." Dan pasangan itu pun berlalu pergi setelah Laura menundukkan sedikit kepalanya.
Laura memandang Zach. Lelaki itu masih berdiam diri.
"Awak?" Laura menyentuh perlahan lengan milik Zach.
"Jom balik." Zach meraih tangan Laura lalu menarik gadis itu keluar dari kedai itu. Laura pula hanya diam dan mengikut, tidak mahu lagi dia membuat perangai dan ditengking oleh Zach.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
Roman d'amourLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...