Laura hanya memandang ke arah Zach yang masih menumpukan fokusnya terhadap telefon. Dia sudah berbaring manakala Zach masih bersandar di kepala katil sambil melihat telefon.
"Awak." Zach memandang ke wajah Laura.
"Hm?" Kemudian dia kembali fokus dekat telefon. Ada beberapa perkara yang dia kena selesaikan sebelum dia menyerahkan kerjanya kepada Mikhael.
"Pandang lah saya." Laura sudah memegang tangan Zach.
'Hish dia ni! Aku nak manja manja dengan dia!' Laura sudah membuat muka. Mulutnya dimuncungkan.
Zach meletakkan telefonnya di atas meja yang terdapat di sebelah katil. "Yes dear, why?" Kini fokusnya seratus peratus terhadap Laura.
"Boleh tak kalau awak peluk saya?" Laura tanpa segan bertanya. Zach pula sudah tersenyum. Comel je, nak peluk pun minta izin.
"Come." Zach membaringkan dirinya. Lengannya diluruskan. Laura merapatkan dirinya dengan Zach. Kepalanya diletakkan di atas lengan Zach dan tangan kecilnya itu memeluk tubuh Zach.
Zach membalas pelukan Laura lalu mengusap rambut Laura. Dahi Laura dicium. "Dah tidur, good night."
Laura tersenyum. Terasa beruntung dapat menjadi suri hati untuk seorang lelaki yang bernama Zach Alexander. "Selamat malam." Dan pada malam itu, mereka tidur dalam keadaan berpelukan.
Zach terjaga apabila terasa tubuh Laura bergerak-gerak. Keningnya berkerut, dahi Laura pula dah berpeluh. Zach melihat ke arah jam yang terdapat di dinding.
"Patutlah, dah pukul 3:30." Dengan perlahan-lahan Zach mengusap belakang badan Laura.
"Shh, shh, aku ada ni." Zach mula menenangkan Laura.
"Mama!" Laura terus terjaga dari tidur. Dan Laura mengeluh, air matanya dikesat sebelum dia memeluk tubuh Zach erat.
"It's okay dear. Aku ada dekat sini dengan kau. Dah jangan menangis, sambung tidur." Zach menepuk belakng badan Laura lembut.
"Awak sambung lah tidur, saya nak buat solat tahajjud." Laura mula bangkit dari pembaringannya, rambutnya diikat sanggul tinggi. Itulah yang selalu dilakukan oleh Laura setiap kali dia terjaga. Dia akan menunaikan solat sunat tahajjud dan terus tunggu waktu subuh.
Sebab itulah kadang-kadang dia tertidur selepas subuh.
Laura keluar dari bilik air setelah selesai mengambil wudhu. Zach pula sedang duduk di atas katil sambil memandang Laura.
"Kenapa awak pandang saya macam tu?" Laura mula berjalan untuk mengambil telekungnya. Sejadah dibentang.
"Aku nak solat sekali boleh?" Zach bertanya lalu menundukkan wajahnya. Sudah lama dia tidak melakukan solat sunat tahajjud. Dia terasa malu dengan Laura.
Bagaimana dia hendak memimpin gadis itu untuk ke syurga sedangkan dirinya sendiri terlalu leka dengan dunia. Sehingga dia tidak melakukan solat sunat. Mengaji apatah lagi. Sudah lama dia tidak membaca al-Quran, dia tidak tahu sama ada lidahnya mampu menyebut lagi ayat ayat suci al-Quran itu ataupun tidak.
"Jom lah. Saya tunggu awak. Pergilah ambil wudhu." Laura yang sudah siap memakai telekung itu duduk di atas sejadah manakala Zach pula sudah masuk ke dalam bilik air.
Setelah selesai menunaikan solat, Laura mengeluarkan al-Quran yang sentiasa dibawanya kemana-mana. Ayat-ayat suci al-Quran itu mula dibaca olehnya. Zach hanya memandang Laura. Dia tidak sangka yang dia sudah menikahi seorang gadis yang agak alim.
Setelah beberapa minit membaca, Laura mula menutup al-Quran tersebut. Dia memandang ke arah Zach yang sejak tadi merenung ke arahnya.
"Kenapa awak pandang saya macam tu ha? Awak nak cakap apa?" Baru sahaja Laura ingin berdiri untuk menyimpan al-Quran itu Zach bersuara.
"Boleh tak kau ajar aku baca al-Quran, aku bukan tak pandai, aku cuma dah lama tak baca, aku takut aku lupa. Boleh kau, ajar aku?" Tanpa segan Zach bertanya. Buat apa nak segan, dia hanya ingin belajar.
Laura pula sudah tersenyum. Langsung tiada niat ingin mentertawakan suaminya, baginya inilah hikmah dia berkahwin dengan Zach, supaya dia dapat mengajar lelaki itu, walaupun sedikit.
"Mestilah boleh." Dan dengan itu, Laura mengajar Zach sehinggalah masuk waktu Subuh.
Laura tertidur selepas menunaikan solat Subuh berjemaah bersama Zach, manakala Zach pula menghadap laptop-nya. Dia sedang melihat tempat-tempat yang boleh dia pergi bersama Laura.
Sejujurnya dia dah pernah pergi ke luar negara banyak kali atas urusan kerja. Atas sebab ingin bercuti belum pernah lagi. Jadi sebenarnya dia igin berbincang dengan Laura, tetapi gadis itu tertidur pula.
"Awak?" Laura bangun dari tidurnya dan menuju ke arah Zach yang sedang duduk di atas sofa itu. Mata dikerling ke arah jam. Pukul 8 pagi.
Matanya digosok bagi menghilangkan rasa mengantuk. Zach menggelengkan kepalanya. Macam budak-budak! Laura pula mula duduk di atas riba Zach dan memeluk leher lelaki itu.
Zach yang pada mulanya menghadap laptop-nya kini bersandar di sofa. Tangannya memeluk pinggang Laura.
"Morning dear." Zach mencium tepi dahi Laura. Laura pula meletakkan mukannya di bahu Zach, tangannya masih lagi erat memeluk leher lelaki itu. Mood manjanya telah datang.
"Awak buat apa?" Laura sudah mengangkat wajahnya dan memandang wajah Zach.
"Nothing. Just tengah cari tempat kita nak pergi honeymoon nanti. Kau ada teringin nak pergi mana-mana tak?" Tangan Zach mula mengusap rambut panjang milik Laura.
"Erm, saya teringin nak pergi Spanish dengan Korea." Laura sudah tersenyun mengenangkan dua tempat yang teringin nak pergi.
"Seriously Spanish? Tak nak lah pergi sana, aku dah selalu sangat pergi sana tengok nenek aku. Korea? Boleh dipertimbangkan." Mata Laura membulat.
"Awak dah selalu pergi Spanish?! Seronok tak dekat sana? Ada ramai lelaki yang ada mata warna-warna tak?" Laura menunjukkan riak teruja namun tidak bagi Zach.
"Are you blind? Mata aku ni tak berwarna ke? Sibuk nak cari mata lelaki lain kenapa? Aku depan mata kau ni pandang je lah mata aku lama-lama, aku bukan siapa-siapa pun, suami kau juga." Zach sudah menunjukkan riak wajah yang cemburu.
"Awak cemburu eh? Jangan risau lah, saya tak akan pandang mata lelaki lain selain daripada mata awak, sebab saya dah jatuh suka dengan mata awak ni." Laura senyum lalu mencium sekilas bibir Zach.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...