BAB 59

5.6K 214 11
                                    

"Boleh aku masuk Myra?" Laura mengetuk pintu bilik tempat Myra tidur. Gadis itu sedang memakai inai, esok adalah hari bersejarah buat gadis itu.

"Masuk lah mak buyong." Myra tersenyum melihat Laura yang tersengih apabila Myra menggelarnya mak buyong.

"Uwa, cantiknya tangan dia." Tangan Amyra yang cantik dihiasi bunga bunga itu dilihat penuh minat.

"Kau nak juga ke? Sebab kejap lagi anak anak dara tu nak pakai juga, cuma nenek suruh diaorang settle kan  kerja dulu. Mak mak saudara kita pun nak tumpang juga tau, tapi kena bayar lah. Alang alang dah nenek tak kasi kau buat kerja kan." Amyra menerangkan.

"Boleh ke? Berapa ringgit sebelah tangan." Laura bertanya penuh berminat. Dia memang suka untuk mencantikkan tangannya dengan corak daun daun, simple but nice.

"Sebelah tangan 5 ringgit, kalau yang simple lah, kalau nak corak yang macam ni, mahal lah sikit." Tukang lukis inai itu memberitahu Laura the details.

"Saya nak yang simple je, corak daun daun. Sebelah tangan je lah."

"Lah pakai lah dua dua, lepas tu suruh suami kau bayar. Setakat 10 ringgit tu, apalah sangat untuk dia." Amyra menolak perlahan bahu Laura.

"Ish tak nak lah aku, beria lah pakai dua dua, bukan aku yang nak kahwin." Laura menjeling Amyra manja. "Eh kejap tau, aku pergi minta duit dengan Zach." Laura berdiri dan Amyra hanya mengangguk. Dia bukannya tak ada duit, tapi saja je nak 'pau' Zach. 5 ringgit je pun.

Kelibat Zach dicari, di ruang tamu, tak ada.

'Dekat luar kot.'

Laura tersenyum apabila ternampak Zach yang sedang menyusun kerusi di halaman rumah, dengan berhati hati Laura turun tangga, memakai selipar dan melangkah menuju ke arah Zach. Bahu Zach ditepuk perlahan.

"Hey dear, buat apa dekat luar ni? Sejuk lah sayang." Zach memalingkan tubuhnya menghadap isterinya. Laura yang sedang tersengih itu dipandang pelik.

"Awak~" Meleret Laura memanggil lelaki itu, membuatkan Zach mengerutkan dahinya.

"Nak apa sayang?" Zach bertanya lembut. Hujung baju Zach digenggam oleh Laura. "Nak 5 ringgit boleh?" Laura bertanya sambil mengebilkan matanya. Zach tersenyum. "Ambil lah sayang, dompet saya ada atas meja solek." Zach berkata selamba.

"Boleh?" Laura seperti tidak percaya. Macam tu je? "Ya boleh, pergi lah ambil. Masuk cepat, dekat luar ni sejuk sayang." Zach membawa gadis itu sehingga ke tangga rumah. Laura memandang Zach." Terima kasih awak." Laura memeluk erat tubuh suaminya. "Iya sayang, sama sama." Pelukan dileraikan dan Laura naik masuk ke dalam rumah, manakala Zach meneruskan kerjanya.

Biliknya dituju lalu dompet Zach dibuka, satu keping duit 5 ringgit diambil. Lalu cepat cepat Laura kembali ke bilik Amyra. Buatnya mereka yang lain dah siap buat kerja, lama pula dia kena tunggu giliran.

"Ha mak buyong, lambat betul lah kau ni, perut kecil lagi. Belum besar lagi." Amyra yang baru sahaja selesai itu sedang berborak dengan tukang lukis inai itu.

"Amboi kau, nanti kau dah mengandung nanti, jalan lagi lambat dari aku, tengok lah!" Laura menjeling Amyra yang sedang menjelirkan lidah padanya.

+++

"Dear?" Zach menjengukkan kepalanya, melihat sama ada Laura berada di dalam bilik atau tidak.

"Ya?" Laura yang sedang bermain telefon itu memandang Zach yang sudah pun masuk ke dalam bilik. Tuala dicapai, ingin membersihkan diri.

"Nak mandi ke? Dah lewat lah awak, lagipun air sejuk." Laura menutup telefonnya. Wajah Zach dipandang.

"Sekejap je, tak selesa lah nak tidur badan berpeluh." Zach mendekati Laura yang sedang duduk bersandar di kepala katil itu lalu bibir gadis itu dicium sekilas. Zach mengenyitkan matanya apabila riak wajah Laura jelas terkejut, lalu dia terus keluar dari bilik itu.

"Hish suka buat jantung aku nak melompat keluar." Bibirnya dipegang lalu terus tersenyum. Telefon kembali dicapai, lalu Laura pun menyambung bermain game dress up.

Beberapa minit kemudian Zach kembali masuk ke dalam bilik itu bersama tuala kecil di leher, rambutnya yang basah itu dibiarkan. Laura kembali menutup telefonnya lalu wajah Zach yang menawan itu dipandang.

"Segar?" Laura bertanya ke arah Zach yang sudah terbaring elok di atas pehanya. Tuala kecil yang Zach campak di sebelah lelaki itu Laura ambil lalu Laura tolong suaminya itu mengeringkan rambut.

"Damn much. Huh, penat." Zach memalingkan wajahnya menghadap ke arah perut Laura yang membulat itu.

"Hey anak papa, hari ni you be a good child kan? Tak penatkan mama." Tangan naik mengusap lembut perut isterinya itu. Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana perasaannya apabila Zayn memberitahu dia dan ahli keluarganya bahawa isterinya sedang mengandung.

"I'm sleepy." Laura berkata perlahan, segera Zach bangun dari baringnya lalu tubuh dibaringkan di sebelah Laura. Zach mendepakan lengannya lalu menyuruh Laura meletakkan kepala gadis itu di atas lengannya. "Come." Laura pun baringkan dirinya rapat dengan tubuh Zach. Pinggang lelaki itu dipeluk erat. Dengan sayang Zach mengusap lembut rambut Laura untuk menidurkan gadis itu. Dahi Laura dicium sekilas.

"Can i ask you some question?" Laura menggosok perlahan tepi pinggang Zach. "What is it dear?" Zach mula memejamkan matanya, penat seharian buat kerja.

"Bila awak mula ingat saya semula?" Laura juga turut memejamkan matanya, mengantuk tetapi masih nak ajak Zach berborak. Lagipun dari Subuh tadi lagi dia tertanya tanya.

"2 minggu lepas i married Bella. Zayn ajak saya fight each other sebab kitaorang dah lama tak buat. And suddenly entah macam mana kepala saya terhantuk kuat dekat dinding. And pengsan. After i woke up, my head sakit sangat. And semua tentang kita bermain dekat fikiran saya. And alhamdulillah, i do remember everything. I want to tell you but i know you need some space, so i just biarkan, pagi tadi baru saya bagitahu awak." Zach menerang panjang. Laura pula hanya mengangguk.

"Oh sayang, mama Bella baru meninggal tiga hari lepas, i forgot to tell you."

"Ya Allah, Bella macam mana? Dia okay ke?" Laura jelas terkejut.

"Dia ada Daniel remember. And soon kitaorang akan pergi mahkamah. Selesaikan urusan penceraian. Tak nak lah simpan tunang orang lama lama, kesian Daniel."

"Tapi--"

"No tapi tapi, keputusan muktamad sayang. Saya dah bincang pun dengan Bella. Dah lah tidur, esok nak bangun awal." Zach kembali mengusap lembut rambut Laura lalu dengan serta merta gadis itu terlelap.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now