BAB 17

4.3K 179 7
                                        

Zach memandang sekilas ke arah Laura yang asyik memandang dirinya.

"Yang kau tenung muka aku tu dah kenapa? Aku suruh kau tengok aku masak kan, bukan tenung aku." Zach kembali menumpukan tumpuannya ke arah lobak yang sedang dipotong itu.

Laura yang malu akan teguran Zach itu terus memandang ke tempat lain. "Tolong ambilkan lada benggala dalam peti." Zach memberi arahan kepada Laura.

Laura yang mendapat arahan itu segera bergerak ke peti. Pintu dibuka.
"Lada benggala tu kejadah apa pula?" Laura menggaru kepalanya.

"Jumpa tak?" Zach masih lagi fokus memotong sayur-sayuran.

"Ha? Ada ni ha, kejap. Ambil je lah lada apa-apa pun." Lada kecil hijau dicapai.

"Awak. Nah." Lada itu diletakkan disebelah papan pemotong. Zach yang melihat itu terus membesar matanya.

"Dear, ini bukan lada benggala. Ini lada kecil. Kau kenal tak lada benggala yang mana satu?" Pisau yang tadi berada di tangan Zach kini diletakkan. Tumpuannya kini seratus peratus ke arah isteri kesayangannya.

"Tak tahu." Laura memuncungkan mulutnya.

"Haih kau ni. Jom." Tangan Laura dipegang dan ditarik gadis itu pergi ke arah peti semula.

Zach mencari di mana terletaknya lada benggala tersebut. Setelah jumpa, Zach segera mencapainya.

"Ni namanya lada benggala tahu." Lada benggala tersebut diletakkan betul-betul di hadapan muka Laura.

Laura mengambil lada benggala itu dari tangan Zach. " Tahu." Wajahnya ditundukkan. Zach kembali menutup pintu peti. Tubuh dipusingkan ke arah Laura.

"Kenapa ni?" Dagu Laura dipegang dan wajah itu diangkat.

"Mesti awak menyesalkan kahwin dengan saya, saya tak pandai masak." Mulutnya kembali dimuncungkan.

"Aku tak cakap apa-apa pun." Zach mendekatkan tubuhnya dengan Laura.

"Memanglah mulut awak tak cakap apa-apa. Tapi dalam hati awak, saya tak tahu, entah-entah awak tengah kutuk-kutuk saya, lepastu mesti awak rasa menyesal gila-gila jadikan saya isteri awak. Kan?" Laura mula terasa ingin menangis. Terasa dirinya kecil sangat jika hendak dibandingkan dengan Zach, lelaki yang serba boleh itu.

Zach memeluk Laura, telinga dilekapkan di dadanya. Pinggang Laura dipeluk erat.

"Kau dengar lah sendiri, ada ke aku kutuk kau dalam hati. Kalau ada tolong bagitahu aku. Sebab aku tak boleh nak dengar hati aku kutuk orang."

"Awak ni! Saya cakap betul-betul lah! Awak main-main pula!" Laura mendongakkan kepalanya memandang wajah Zach.

"Lah, betul lah apa aku cakap." Zach menyelitkan rambut Laura yang menutup dahi gadis itu di telinga milik Laura.

"Awak saya serius ni." Muka Laura digarangkan.

Zach tersengih. Amboi, marah lah tu kiranya. Buat muka garang pun still nampak cute je. Macam mana.

"Okay lah. Laura Hannaniah ku sayang. Jujur aku cakap dengan kau, tak pernah terlintas langsung dalam kepala aku ke hati aku ke menyesal dengan perkahwinan kita ni. Bagi aku normal je perempuan tak pandai masak. Sayang, tak semua orang tu perfect. Sebab tu Allah jadikan aku untuk lengkapi apa yang kurang pada kau. Macam yang aku cakap sebelum ni, kau dan aku, kita saling melengkapi. Kau lengkapi diri aku dengan ajar aku lebih lagi tentang agama. Jadi sebab tu Allah satukan kita berdua. Kau jodoh aku yang telah di tetapkan. Mungkin kita kahwin tanpa rasa cinta but dear, bercinta lepas nikah tu kan lagi manis. Kan?" Zach makin eratkan pelukan mereka.

"Awak ni, kadang-kadang sweet juga kan?" Laura tersengih memandang wajah suci bersih milik Zach.

"Well aku sweet dengan dear kesayangan aku je." Bibir Laura dicium sekilas.

"Dah kau pergi duduk dekat ruang tamu, nanti makanan dah siap, aku panggil kau." Pelukam dilepaskan.

"Okay." Dan Laura pun segera bergerak ke ruang tamu.

Bagi Zach mungkin isterinya itu terlebih manja, tetapi perangai manja isterinya itulah yang membuatkan Zach makin jatuh hati dengan isterinya sendiri. Mungkin bagi orang lain, perangai Laura agak gedik dan menjengkelkan, asyik-asyik nak menempel je. Lepastu sikit-sikit nak menangis. Namun, Zach faham mengapa isterinya jadi begitu. Gadis itu kurang mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapanya.

Meskipun papa Laura masih hidup, namun papanya lebih memberikan kasih sayang kepada isteri baharunya.

"Aku akan sayang kau lebih dari aku sayang Bella dulu. Itu janji aku, Laura Hannaniah." Dan Zach kembali menyambung tugasnya.

+++

Zach yang sudah selesai memasak itu segera ke ruang tamu untuk memanggil Laura.

"Dear, jom makan. Makanan dah siap." Tangan Laura dipegang. Laura berdiri dan dengan terujanya pergi ke dapur.

Kerusi miliknya ditarik oleh Zach. "Terima kasih." Laura memberikan Zach sebuah senyuman yang sangat lebar sehingga menampakkan lesung pipiynya yang dalam.

Zach pula mengambil tempat di hadapan Laura. "Makan lah." Makanan yang sudah siap dihidang diletakkan di hadapan Laura.

Setelah makanan itu masuk ke dalam mulut Laura, mata gadis itu terpejam, sepertinya sangat menikmati hidangan itu.

"Sedapnya!" Zach pula sudah tersenyum. Baguslah kalau Laura suka, kerana dia ada mencampurkan sayur di dalam hidangan itu, tetapi sayur itu dihancurkan. Biar Laura tak nampak, janji gadis itu makan sayur.

"Awak tak makan sekali ke?" Satu suap lagi dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Makan lah. Aku dah kenyang tengok kau makan."

"Eii, ayat jangan nak cliche sangat eh. Mana ada orang kenyang dengan hanya melihat seseorang itu makan, awak dari tadi tak makan apa-apa." Laura berkata dengan selamba. Zach pula sudah tergelak.

"Nah, say aaa." Hidangan itu dimasukkan ke dalam mulut Zach.

Dan mereka berdua menikmati hidangan itu dengan seleranya. Ruang dapur itu dipenuhi dengan gelak tawa mereka. Zach dan Laura nampak sangat bahagia sekarang. Dan Laura berharap agar kebahagiaan ini menjadi miliknya kerana dia tidak tahu apa akan jadi kepada dirinya jika lelaki yang memeberinya kasih sayang ini pergi dari hidupnya.

'Ya Allah, kau lindungilah perkahwinan kami ini dari sebarang perkara buruk Ya Allah. Kerana sesungguhnya aku tidak mahu kehilangan dirinya.'

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang