"Kakak ipar, macam mana honeymoon? Ada hasil tak?" Zayn yang entah datang dari mana terus duduk di sebelah Laura yang sedang duduk di atas sofa itu.
Seminggu selepas mereka pulang ke Malaysia, Puan Hanna menyuruh Zach dan Laura datang ke rumah mereka untuk makan malam.
"Awak cakap apa ni Zayn? Tak faham lah saya." Muka Laura sudah naik kemerahan disebabkan malu dengan soalan Zayn itu.
"Oh come on! Tak akan lah kau tak faham maksud aku. Tell me, abang aku ganas tak atas katil?" Makin mengarut soalan yang ditanya oleh Zayn, membuatkan wajah Laura makin merah dan panas.
"Kau soalan jangan nak mengarut sangat boleh? Kau nak tahu aku ganas ke tak atas katil, kahwin lah. Baru kau tahu, aku ganas ke tak?" Zach menolak kasar tubuh kembarnya itu lalu duduk di sebelah Laura, rapat.
"Asal aku pula yang nak kena kahwin dulu bagai, jawab je lah soalan aku tu. Apa susah." Zayn sedikit mencebik.
"Kau dengan aku kembar, cara kita sama." Zach menjeling Zayn lalu memeluk erat pinggang milik Laura.
"Oh no bro, memang kau dengan aku kembar and kita serupa, tapi, kita serupa luaran je tau, dalaman tak. Mana tahu kau ganas atas katil, aku soft, right?"
"Boleh tak kau jangan mengarut and stop cakap benda macam tu dengan Laura, dia tak suka." Laura yang dari tadi matanya memandang televisyen tetapi telinganya mendengar apa yang dibualkan oleh kembar itu.
"Eleh relaks lah, wife kau tu dah melepasi umur 18 tahun dah. Normal lah benda macam tu."
"Zayn Alexander." Suara Zach ditegaskan memanggil nama adiknya itu. Ada sahaja jawapannya kalau dilarang membuat sesuatu.
"Fine." Zayn menjeling abang kembarnya itu. Memang tak boleh nak lawan kalau abangnya itu mengaskan sesuatu perkara.
+++
"Macam mana honeymoon Laura? Okay? Suka tak tempat tu?" Puan Hanna bertanya lalu menyuap pudding caramel itu ke dalam mulutnya.
"Okay je mama, Laura suka. Tempat dia cantik."
"Boleh lah mama dapat cucu tak lama lagi kan?"
Laura yang sedang minum air itu tersedak lalu terbatuk. Zach yang berada di sebelahnya itu menggosok perlahan belakang badannya. Manakala Zayn pula sudah tergelak perlahan melihat kakak iparnya itu.
"Mama ni soalan pun agak-agak lah. Kitaorang kahwin baru around 3 to 4 weeks. Tak logik lah ma kalau Laura ni dah berbadan dua."
"Kamu ni Zach, cuba lah aamiin kan apa yang mama cakap, perancangan Tuhan kita tak tahu, ada baik ada buruk, kita doakan yang baik baik sahaja lah."
"Iya lah ma." Zach meletakkan kepalanya di atas bahu Laura, di meja makan itu Zach seorang sahaja yang tidak menikamati pudding caramel itu kerana Zach tidak sukakan manisan.
Tangan Laura yang berada di bawah meja diambil dan digenggam, dia tahu bahawa isterinya itu tidak selesa berkenaan dengan topik yang dibualkan. Sebentar tadi Zayn, ini mamanya pula, nasib baik lah papanya itu sejenis yang tidak kisah dengan perkara seperti itu.
+++
"Sorry." Zach yang sedang memandu dan sedang fokus itu tiba tiba bersuara. Laura memandang wajah suaminya bersama kerutan di muka.
"Kenapa awak sorry?" Laura mencapai tangan Zach lalu menggenggam tangan itu.
"Mama dengan Zayn tadi. Aku tak sangka pula yang mama boleh tanya macam tu. Mama aku tak kisah sangat, si sengal Zayn tu." Zach memandang sekilas ke arah tangan mereka yang bertaut itu. Senyuman kecil dibibir terukir.
"Tak apa lah awak, normal lah tu kalau mama minta cucu. Saya tak kisah pun, cuma terkejut je, mama tanya awal sangat. Pasal Zayn pula, tak tahu lah saya nak cakap apa, saya mampu diam je kalau melibatkan benda macam tu." Belakang tangan milik Zach dicium sekilas.
"Mengarut je Zayn tu, kalau dia tanya kau soalan macam tu lagi, kau luku je kepala dia. Dasar pervert." Suara Zach agak tidak berpuas hati apabila dia teringat kembali apa yang dilakukan oleh adik kembarnya itu.
"Tak baik lah awak ni. Itukan adik kembar awak."
"Kembar tak kembar, dia tu memang tak senonoh." Zach terus terusan mengutuk Zayn. Itu lah salah satu kelebihan Zach, mengutuk adik kembarnya Zayn. Itu adalah kepakarannya. Laura pula hanya mampu menggelengkan kepalanya.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...