BAB 50

5.3K 210 9
                                        

"Laura buka pintu ni!" Zayn mengetuk pintu berkali kali apabila sudah satu jam Laura mengurungkan diri. Tetapi sudah sepuluh minit Zayn mengetuk pintu, tiada sahutan dari Laura, tangisan gadis itu juga tidak kedengaran. Sebaik sahaja sampai di rumah milik Zayn, Laura terus berlari masuk ke dalam bilik.

"Laura, i said open the door!" Masih sama, tiada sahutan, Zayn mula risau. Ya lah buatnya Laura pengsan ke apa.

"Aku buka pintu ni guna kunci pendua, make sure you already wear your tudung!" Zayn turun ke bawah untuk mengambil kunci pendua.

Klak

Apabila berjaya buka pintu, dahi Zayn berkerut. Laura tiada di dalam bilik, tilam gadis itu juga kemas seperti tidak terusik langsung.

"Laura?" Zayn menoleh ke pintu bilik air apabila bunyi pancuran air kedengaran. Zayn segera menapak kaki ke bilik air tersebut. Tangisan Laura dan bunyi pancuran air kedengaran di dalam bilik air. Pintu bilik air ditolak sedikit kerana tidak rapat, kelihatan Laura yang sedang menangis di bawah pancuran air. Zayn segera memejamkan matanya apabila kakak iparnya itu tidak memakai tudung, tetapi baju dan seluar masih tersarung di badan.

Telefon yang berada di dalam poket diambil lalu nombor telefon Zach ditekan. Panggilan pertama, Zach tidak jawab. Panggilan kedua juga sama.

"Shit, bodoh! Mana kau ni Zach?! Aku peluk isteri kau nanti baru tau!" Sekali lagi Zach ditelefon, tetapi abang kembarnya itu masih tidak angkat.

"Aku call for the last time, kalau kau tak jawab, memang aku masuk dalam bilik air, peluk isteri kau."

Tut..tut..tu

"Apa kau nak?" Zach menjawab tetapi nadanya cukup dingin.

"Apahal kau tak angkat call aku? Eh kalau tak--"

"Jangan membebel boleh tak? Aku serabut lah nak dengar." Dapat Zayn dengar yang abangnya itu sedang mengeluh.

"Memang kau nak biar Laura mati kesejukan kan." Zayn membalas sinis.

"Apa benda kau ni?" Zach masih lagi bersuara dingin, malas hendak melayan Zayn.

"Isteri kau tengah duduk bawah shower, menangis. Aku rasa nak dekat sejam dah kot. Aku tak boleh nak pergi tarik dia bawa keluar sebab dia tak pakai tudung, melainkan kau izinkan aku untuk pergi peluk dia, tenang kan dia." Sekali lagi Zayn menjawab sinis, cukup geram dengan abangnya, sejak sejak amnesia ni, perangai makin menjadi jadi.

"Shit! Sabar jap, nanti aku sampai!" Panggilan segera dimatikan oleh Zach.

"Tahu pun nak risau." Zayn kembali meletakkan telefonnya di dalam poket. Tangisan Laura yang semakin kuat kedengaran di luar bilik air itu membuatkan Zayn mengeluh.

"Aku minta maaf sebab restu hubungan kau dengan Zach dulu." Sekali lagi Zayn mengeluh.

Laura menangis dengan kuat dan teresak, langsung tidak sedar dengan kehadiran Zayn. Sudah 30 minit dia berada di bawah pancuran air itu sambil menangis, tadi dia menangis di tepi bucu katil, kemudian dia terasa seperti hendak muntah lalu berlari masuk ke dalam bilik air, setelah memuntahkan segala isi perut, entah kenapa dirinya membuka shower lalu terus dia terduduk di bawah pancuran itu.

"Kenapa awak buat saya macam ni Zach? Macam mana saya nak hidup lepas ni? Saya dah tak ada tempat bergantung, saya ada awak sorang je, kenapa awak kecewakan saya? Kenapa awak bertindak melulu macam papa? Kenapa perlu berkahwin? Kenapa Zach? Kenapa?" Tangisan Laura semakin menjadi jadi. Semakin kuat, sudah tidak peduli akan dirinya yang sudah basah kuyup.

"Sayang!" Kepala Laura terangkat memandang ke arah pintu apabila pintu bilik air tersebut dirempuh kuat oleh seseorang. Melihatkan wajah itu membuatkan Laura menangis lagi.

"Ya allah sayang." Shower ditutup oleh Zach lalu tubuh basah kuyup isterinya itu dipeluk erat. Wajah gadis itu jelas kelihatan pucat, matanya sembap, bibirnya sudah sama warnanya dengan wajahnya. Laura menangis di dada bidang milik Zach. Rambut basah milik Laura di usap lalu ubun gadis itu dicium.

"Lepas kan saya lah!" Beberapa minit berkeadaan begitu, Laura tiba tiba bersuara lantang sambil menolak tubuh Zach jauh darinya.

"Pergi dari sini! Saya tak nak tengok muka awak! Saya tak nak awak!" Dada Zach dipukul oleh Laura, tetapi lelaki itu sepertinya tidak terkesan, setakat tumbukan kecil Laura itu, apa lah sangat.

"Sayang, jangan macam ni." Zach bersuara lembut sambil tangannya cuba untuk memeluk gadis itu.

"Saya tak nak awak! Saya nak Zach saya! Saya tak nak awak yang ni! Pulangkan balik Zach saya! Saya nak Zach yang selalu fikirkan saya dulu sebelum orang lain! Awak bukan dia! Bagi lah Zach saya semula!" Dada Zach masih menjadi sasaran gadis itu melepaskan kemarahan. Tangisan Laura makin kuat.

"Sayang." Zach berjaya memasukkan gadis itu ke dalam pelukan, tetapi gadis itu masih meronta minta dilepaskan.

"Saya nak Zach saya." Suara Laura semakin perlahan apabila gadis itu mula selesa berada di dalam pelukan suaminya.

"Saya dekat sini sayang, suami awak dekat sini. Shh, i'm here sayang." Tubuh belakang Laura diusap, rambut gadis itu turut diusap lembut. Menenangkan gadis itu, panggilannya terhadap Laura juga ditukar, agar gadis itu tidak rasa yang Zach masih berkasar dengan gadis itu.

"Zach saya." Makin perlahan suara isterinya, Zach menundukkan kepala melihat wajah Laura. Zach tersenyum seketika. Isterinya tertidur di dalam pelukannya.

"You look really tired sayang. I'm sorry." Tubuh Laura diangkat perlahan agar tidak gadis itu tidak terjaga.

Setelah selesai menukarkan baju isterinya, Laura dibaringkan di atas katil, selimut ditarik sehingga paras leher gadis itu. Wajah pucat Laura ditenung sayang, sebelum dahi Laura dicium.

Dan Zach segera bergerak ke dapur untuk memasakkan isterinya bubur, gadis itu demam jadi dia kena menjaga gadis itu.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang