BAB 56

5.8K 193 23
                                        

"Zach, i nak cakap sikit boleh?" Zach yang sedang duduk di balkoni itu Bella tegur. Bella duduk di hadapan lelaki itu, Zach pula hanya mendiamkan diri, melihat telefonnya.

Keadaan sepi, Bella diam, Zach juga turut diam. "Nak cakap apa?" Zach menyimpan telefonnya, agaknya kalau Zach tak mulakan, memang Bella tak akan bercakap.

"Betul ke, kita akan bercerai?" Bella bertanya ragu ragu. Zach mengerutkan dahinya.

"Selama 3 minggu kita kahwin you ada nampak perubahan ke dengan hubungan kita? Bella mama you pun dah tenat, then what did you expect from me? No matter what happend, kita akan tetap bercerai." Zach berkata tenang tetapi terselit ketegasan dalam nadanya.

"Tapi Zach tak akan tak ada sikit pun perasaan sayang you dekat i? Apa makna kita bercinta selama 5 tahun lepas Zach? Bukan ni ke yang you nak, kahwin dengan i?" Bella memandang wajah Zach sayu.

"Eh you sedar tak apa yang you cakap ni? Tak cukup ke kasih sayang yang Daniel bagi sampai you nak tagih kasih sayang dari i?" Wajah Zach mula menegang.

"Zach tak salah pun kalau i nak tagih kasih sayang dari you, you suami i--"

"Bella listen here, dari awal lagi i told you ni adalah perkahwinan idaman mama you, dan yes i suami you, but just in your dreams untuk i berkasih sayang dengan you. What kind of woman you are? Daniel tu berusaha tolong you untuk lupakan i, ikhlas dia cintakan you, tapi tengok lah apa yang you balas dekat dia. Ni lah masalah you, tak reti nak hargai orang yang sayangkan you, and this is what you did to me a few years ago. Alasan yang you bagi sangat tak logik! Buat i ni macam patung! Tak ada perasaan! You ingat i tak mampu ke tanggung mama you? Bella pengajian you, rumah you, tu semua dulu i yang tanggung, jadi apa kurangnya i masa tu! Tell me! Mana yang tak cukup! And now bila i cari my own happines, and i jumpa, you pula sibuk. Cuba belajar hargai orang sikit, jangan asyik nak fikirkan pasal diri you je, kebahagiaan you je. Setiap orang layak bahgia Bella, bukan you sorang je. Jadi i nasihatkan you supaya you hargai Daniel, sebelum dia pun tawar hati dengan perempuan macam you." Zach berkata panjang lalu terus bangun dan berlalu dari situ, meninggalkan Bella yang sudah mengalirkan air matanya.

Air matanya disapu, Bella bangun lalu masuk ke dalam bilik, dia mengeluh perlahan. Tudung di pakai, bag diambil. Setelah bersiap, Bella turun ke bawah, kelihatan Zach sedang menonton televisyen.

"Zach i nak pergi tengok mama." Bella berkata pada Zach, meminta izin. Zach hanya mendiamkan diri, tidak menjawab. Sepanjang tiga minggu mereka berkahwin, mama Bella dimasukkan ke hospital, hanya dia seorang sahaja yang selalu datang melawat mamanya, Zach tak pergi pun. Lelaki itu sangat dingin dengannya. Tidur pun tak sebilik, Zach selalu keluar awal pagi, balik tengah malam. Memang lelaki itu sangat tidak suka dengan perkahwinan ini.

Apabila tiada sebarang jawapan dari Zach, Bella terus melangkah keluar dari rumah itu. Zach memang dah tak sayang padanya. Sebaik sahaja pintu rumah ditutup, Zach mengeluh. Kepala disandarkan di sofa.

"I miss you dear." Tanpa dipinta, air matanya mengalir. Selama tiga minggu ini dia langsung tidak dapat berhubung dengan isterinya itu. Kali terakhir adalah pada hari Laura melarikan diri. Tidak sabar dia menunggu hari Khamis ini kerana pada hari itu dia akan ke kampung, berjumpa dengan Laura, isterinya.

+++

"Eyy pengantin, cantiknya awak." Laura memeluk erat saudaranya itu, Amyra yang bakal berkahwin pada hari Sabtu ini.

"Mesti lah cantik, seri pengantin kan." Nek Yah yang baru keluar dari dapur itu memeluk cucunya yang baru sampai itu.

"Mana mak long dengan pak long?" Laura melihat di halaman rumah, hanya Amyra sahaja yang ada. Mak long dan pak long nya tiada.

"Myra datang sorang je, malam nanti ibu dengan ayah sampai. Ayah ada kerja sikit nak kena siapkan. Ibu suruh Myra datang dulu, tengok persiapan macam mana." Amyra menarik perlahan lengan Nek Yah dan Laura mengajak mereka untuk duduk.

"Ha bagus lah, boleh teman kan si Laura ni ha. Tiga minggu dah duduk rumah nenek, entah dah bosan dah kot dianya." Nek Yah menepuk perlahan tangan Laura yang berada di atas pehanya.

"Tiga minggu? Suami kau tak kerja ke?" Amyra terkejut, awal betul balik kampung.

"Dia kerja, tapi outstation, luar negara. Aku suruh dia hantar balik rumah nenek sebab bosan lah duduk rumah sorang sorang, duduk rumah nenek ada teman borak." Laura menjawab lancar.

"Oh, mak mertua kau tak complain ke menantu dia tak datang straight tiga minggu?"

"Kau ni, tak kan lah nak marah kot, agak agak lah. And plus tak akan lah tiap tiap minggu nak kena pergi rumah mak mertua aku."

"Tak adalah aku tanya je. Nek, Myra lapar lah, nenek masak apa?" Amyra tersengih memandang neneknya.

"Ha jom kita ke dapur makan, kejap lagi pun atok kamu balik dari surau. Nenek masak ayam masak lemak cili api." Amyra yang mendengarnya sudah meleleh air liur.

"Hmm, sedapnya~ Jom, jom makan!" Amyra berkata teruja, lalu mereka bertiga pun menuju ke dapur untuk menikmati hidangan itu.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang