Tut...tut...tut...
"Eyy angkat lah orang telefon ni!" Laura mendengus apabila dia menelefon Zach tetapi lelaki itu tak jawab!
Tut...tut...tut...
"Hish dah lah!" Olaf yang berada di sebelahnya dicapai lalu dipeluk erat. "Olaf tengok Zach tak angkat call! Dia buat apa! Dah lah, tak nak dah kawan dia!" Telefonnya dibaling perlahan di atas katil. Bibirnya dicebikkan. Laura baringkan tubuhnya. "Pandai pandai lah pujuk, huh!" Matanya dipejam kan rapat.
Baru sahaja dia hendak tidur, telefonnya tiba tiba berbunyi, dengan cepat Laura mencapai, mengharapkan Zach yang telefon. Tetapi hampa, bukan Zach, tapi Zayn.
"Hello." Laura menjawab malas. Tak ada mood dah nak berbaik dengan Zach. Niat dia menelefon Zach sebab nak minta maaf, tetapi lelaki itu pula tidak menjawab.
"Finally, kakak ipar! Kau pergi mana? Tahu tak aku dengan Zach ni risau! Call banyak kali tak angkat!" Zayn sudah mula ingin membebel.
"Saya ada dekat kampung mama, jangan risau saya okay." Laura masih lagi dengan suara tidak ikhlasnya.
"Gila tak risau! Aku tahu kau perlukan masa, tapi at least bagitahu aku kalau tak nak bagitahu Zach sekali pun." Zayn masih lagi dalam karakter mak nenek, bebel tak habis. Laura pula hanya mendengar.
Terdetik hatinya ingin bertanya tentang keberadaan Zach. "Zayn, sebenarnya saya ada telefon Zach tadi, tapi dia tak angkat lah. Dia pergi mana eh? Ke, dia dengan isteri baru dia?" Laura bertanya, dia akan menangis kalau Zayn bagitahu yang Zach tengah berseronok dengan Bella.
"Zach dekat hospital." Zayn menjawab tenang. Manakala Laura pula sudah terkejut, tak senang duduk dah.
"Kenapa dekat hospital? Zach sakit ke? Dia okay tak?" Laura bersuara cemas.
"Sayang, saya okay. Mama Bella tiba tiba sakit tadi, saya bawa dia pergi hospital. And don't worry sayang, i would never minta hak saya dekat Bella cause i already have you. But remember where ever you are, take a good care of yourself. Jaga diri, jaga makan, minum. Jaga baby kita elok elok okay sayang. For your information juga, saya dah maafkan segala dosa, no awak tak pernah berdosa pun dengan saya sayang, awak tak pernah derhaka pun dengan saya. Saya faham awak, saya faham awak dalam keadaan yang keliru, sakit. Jadi saya dah maafkan segalanya. Take your time, kita jumpa nanti okay. I miss you damn much sayang. Bye sayang, i love you."
Tanpa sedar air mata milik Laura mengalir di pipi. Itu Zach Alexander, suaminya. Jujur dia rindukan lelaki itu. Lelaki itu juga dah maafkan segala dosanya terhadap lelaki itu. Tanpa membalas kata kata Zach, Laura terus menamatkan panggilan. Olaf yang berada di pelukan kembali erat dipeluk.
"Saya rindu awak Zach." Air matanya mengalir semakin banyak. Perutnya diusap, Zach tahu yang dia mengandung. Mesti Zayn yang bagitahu, tapi dia tak kisah. Sekurang kurangnya Zach tahu yang dia sedang membawa zuriat lelaki itu. "Mama rindukan papa sayang."
Dan pada malam itu, Laura tertidur selepas penat menangis.
+++
"Kau tak teman Bella dekat hospital ke?" Zayn memandang abangnya yang sedang terbaring di atas sofa. Selepas dapat bercakap dengan isterinya tadi, dia berasa lega. Sekurang kurangnya dia tahu Laura selamat dan di mana gadis itu tinggal.
Dia menghantar ibu mertuanya ke hospital dan tertinggal telefonnya di dalam kereta dan sekali gus dia tidak menjawab panggilan dari Laura, cepat cepat dia balik rumah Zayn, menyuruh lelaki itu telefon Laura semula kerana dia tahu kalau dia yang telefon berkemungkinan gadis itu tidak menjawab.
"Tak." Pendek dan ringkas jawapan yang diberikan oleh Zach.
"Kenapa? Kesian tahu tak si Bella tu, dia tu pun isteri kau juga." Memang Zayn tak sukakan Bella, tapi bila wanita itu dah menjadi tanggungjawab abangnya, kenalah Zach bertanggungjawab.
"Ada tunang dia lah dekat hospital tu, dia kata dia boleh temankan Bella." Zach memandang Zayn yang duduk di hadapannya.
Zayn hanya mengeluh, tak faham dengan Bella dan abangnya. Sedar tak bila dah kahwin, tanggungjawab perlu dilaksanakan, ini tidak, memang betul betul 'kau buat haluan kau, aku buat haluan aku.'
"Esok kau pergi hospital ke?"
"Pergi, nanti mak dia tu cari aku pula, suruh Bella tu kahwin dengan aku. Entah berapa kali nak kahwin entah." Zach menjawab tetapi nadanya sedikit menyampah.
"Kau ni, faham faham lah mak dia macam mana. Kau jangan tengking ke apa pula."
"Aku belum sejahat tu lah sampai nak kena tengking orang tua."
"Mana lah tahu, aku cakap je. Ingat kan kau."
+++
"Mama, mama okay? Sakit lagi ke kepala?" Bella membantu mamanya apabila wanita tua itu hendak duduk dari baringnya.
"Mama okay. Kita dekat mana?"
"Hospital mama." Bella mengusap lembut kepala mamanya. Sedih hatinya melihat mamanya begini.
"Eh kita buat apa dekat hospital? Mama kena bincang hal perkahwinan kamu dengan Zach lah dengan Puan Hanna. Kita balik jom Bella ya." Mama Bella sudah berura ura hendak bangun tetapi ditahan oleh wanita itu.
"Mama, mama." Bella menenangkan mamanya yang gelabah itu. "Bella dengan Zach dah kahwin." Bella menerangkan perlahan. Membulat mata wanita tua itu. "Bila?" Hendak menangis Bella apabila mamanya tak ingat.
"Semalam mama, kitaorang selamat bernikah." Bella memeluk mamanya erat.
"Eh kalau macam tu mana Zach? Dia tinggalkan kamu sorang sorang? Ke dia ada permpuan lain? Dia curang belakang kamu ke sayang?" Mama Bella meleraikan pelukan mereka. Bella yang baru sahaja ingin membuka mulut itu terhenti apabila pintu wad dibuka.
"Aunty let me tell you again--"
"Zach please. Jangan keruhkan keadaan mama i." Bella yang tahu apa yang bakal dikatakan oleh lelaki itu segera memotong. Zach pula hanya berdiam diri, terus keluar dari wad itu. Tak suka untuk dia duduk lama lama dalam tu. Dia datang awal pagi ni pun sebab Zayn yang paksa pergi awal, ikutkan hati tengahari nanti baru dia nak datang.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomansLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...