BAB 38

3.6K 171 6
                                        

Apabila doktor tadi selesai menerangkan semuanya, Puan Hanna dan Encik Mohamed masuk ke dalam wad tersebut.

"Doktor." Laura berlari kecil menuju ke arah doktor tersebut. Doktor tersebut memalingkan wajahnya.

"Ya?" Wajah pucat Laura dipandang.

"Boleh saya bercakap dengan doktor sekejap? Saya ada beberapa soalan nak tanya doktor." Laura tidak mempedulikan Zayn yang setia berada di sisinya itu.

"Boleh, ikut saya ke bilik pejabat saya." Doktor tersebut menanggukan kepala lalu melangkahkan kaki menuju ke bilik pejabatnya. Laura dan Zayn pula hanya mengikut.

Setelah mendapat izin, Laura dan Zayn sama sama duduk di atas kerusi yang terdapat di hadapan doktor tersebut.

"Silakan puan."

"Erm, selalunya berapa lama tempoh amnesia ni doktor?" Laura memandang wajah doktor tersebut. Mengharapkan jawapan yang boleh melegakan hatinya.

"Ia bergantung kepada pesakit. Ada sesetengah pesakit itu hanya mengambil masa beberapa hari, ada yang mengambil masa berbulan, bertahun dan ada yang tak akan ingat langsung." Doktor tersebut menerangkan dengan tenang.

"Langsung?" Laura terkedu, macam mana kalau suaminya tergolong dalam pesakit yang tidak akan mendapat ingatan itu buat selamanya? Mampukah dia untuk hidup tanpa Zach?

"Macam ni lah puan, pesakit ni akan ingat bergantung kepada cara orang orang terdekarnya mengingatkan mereka. Tapi, kalau boleh tolong jangan paksa mereka untuk ingat. Mereka akan mengalami sakit kepala yang agak teruk kerana mereka memaksa diri sendiri untuk ingat kan sesuatu benda tu."

"Baik lah doktor. Terima kasih." Laura  memberikan doktor tersebut senyuman kecil sebelum bangun dan keluar dari bilik pejabat tersebut. Zayn hanya mengikut Laura tanpa banyak bunyi.

"Zayn." Laura memanggil tanpa memandang wajah Zayn.

"Hm?" Zayn memandang wajah Laura, wajah gadis pucat teruk.

"Macam mana kalau Zach memang dah tak ingat saya?" Perlahan Laura mengangkat wajahnya memandang ke arah wajah Zayn. Air matanya sekali lagi mengalir, jujur dia tak kuat.

"Apa cakap macam tu. Cuba mulut tu doakan suami kau cepat sembuh, cepat cepat ingat kau." Mereka berdua tiba di hadapan wad milik Zach, Zayn membuka kan pintu dan memberikan ruang untuk Laura supaya gadis itu masuk dahulu. Kelihatan Zach yang bersusah payah mencuba untuk bangun dari baring. Laura segera menuju ke arah Zach lalu memegang lengan lelaki itu, menolong Zach.

"Jangan sentuh aku sesuka hati lah perempuan!" Zach merentap lengannya yang dipegang oleh Laura. Laura terkedu sekali lagi, layanan Zach tersangat lah kasar.

"Zach." Zayn yang sedari tadi memerhati itu mengeraskan suaranya memanggil nama abangnya.

"Perempuan mana kau bawa ni? Kalau Bella tahu dia ni sesuka hati je pegang aku, salah faham dia nanti." Zach memandang wajah Zayn sebelum wajah Laura dipandang dengan mata yang tajam. Sekali lagi Laura terkedu. Bella? Bencinya dia apabila Zach menyebut nama itu.

"Boleh tak jangan sebut nama dia bila dia tak ada." Zayn yang perasan akan raut wajah Laura itu segera bersuara.

"Suka hati lah aku nak sebut nama girlfreind aku bila bila yang aku nak. Kau kenapa?" Zach memandang tajam ke arah adik kembarnya.

"Aku--"

"Zayn dah lah tu, Zach tengah sakit kan?" Laura perlahan memujuk Zayn, kalau tak dihentikan, mahu runtuh bangunan hospital ni kalau mereka bergaduh. Zach memandang Laura dengan pandangan yang sangat dingin.

'Siapa perempuan ni? Asal Zayn dengar cakap dia ni?' Pelik Zach kerana tiada siapa yang boleh menghentikan adik kembarnya itu dari mencari gaduh termasuk mama dan papanya.

"Awak nak makan eh? Biar saya suap awak." Laura memandang ke arah semangkuk bubur yang sudah terhidang di atas meja Zach. Laura mendekati Zach lalu dicapai mangkuk bubur itu. Zayn pula sudah duduk di atas sofa, memberi ruang kepada pasangan itu.

"Aku tak nak makan, aku tunggu Bella datang." Zach memandang mangkuk yang dipegang Laura sekilas lalu memandang wajah polos Laura.

"Mana boleh macam tu, nanti bubur ni dah sejuk tak sedap pula, makan sikit okay? Lepas tu makan ubat." Sudu yang sudah terdapat bubur di atasnya disuakan ke mulut Zach.

"Ish tak nak lah!" Zach memalingkan kepalanya apabila sudu yang dipegang Laura berada betul betul di tepi bibirnya.

"Makan lah sikit, sikit je. Say aaa, kapal terbang nak masuk." Sekali lagi sudu tersebut disuakan ke mulut Zach.

"Ish tak faham bahasa ke?! Aku tak nak lah!" Sudu yang dipegang Laura ditepis dan mangkuk yang berada di tangan Laura juga ditepis kuat, habis pecah mangkuk tersebut.

"Zach!" Serentak dua suara itu menjerit memanggil nama Zach. Laura menoleh ke belakang memandang empunanya suara yang gemersik itu. Tak mungkin. Putri Bella.

"Laura kau okay?" Zayn menerpa ke arah Laura yang diam tidak berkutik, tangan Laura yang melecur terkena bubur yang panas itu di pandang. Merah. Tetapi gadis itu seperti tidak kisah, dia lebih tertarik dengan kehadiran Bella.

"Hey." Tangan Laura dipegang lembut oleh Zayn, barulah gadis itu tersedar dari lamunannya.

"Akh." Tangan yang pedih yang dipegang oleh Zayn itu dipandang.

"You are too much Zach. Aku faham kalau kau sakit dan kau tak ingat siapa Laura. Tapi bila kau dah mula sakitkan dia, that's too much. A gentleman didn't hurt his woman. Semoga bila kau dah ingat, kau menyesal." Tangan Laura diraih lalu ditarik perlahan.

"Oh." Langkah Zayn yang berada betul betul di hadapan pintu itu terhenti, dan menjadikan Laura yang berada di sisinya juga turut berhenti. Laura memandang wajah dingin Zayn."Have fun with your precious Bella." Zayn berkata sinis lalu membawa Laura keluar dari bilik tersebut.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang