"Zayn." Zayn yang sedang sibuk melukis itu memandang Laura yang memanggilnya."
"Yes, bao." Berus diletakkan di tempatnya, badan dipusingkan menghadap Laura. Wajah gelisah Laura dipandang pelik. Dah kenapa pula, gaduh lagi ke dengan Zach.
"Why bao?" Laura memandang wajah Zayn. "Saya nak bagitahu awak ni."
"Apa dia bao? Takut pula aku."
"Kan awak tanya saya yang saya ada musuh ke tak ada kan."
"Iyes."
"Sebenarnya haritu saya terserempak dengan Tengku Adam. Tapi, dia minta maaf dengan saya sebab dia dulu selalu kacau saya. Lepas tu dia ada cakap yang nanti kitaorang akan jumpa lagi kalau ada jodoh. Tapi saya tak tahu lah niat dia apa sebenarnya." Laura mengambil keputusan untuk memberitahu Zayn, mana tahu dia dapat membantu, tak banyak sikit pun jadi lah.
"Bila kau terserempak tu?" Wajah Zayn kini berubah serius.
"Pagi tu, malam lepas tu, Zach accident." Laura berkata perlahan, baru dia perasan. Ini kebetulan atau muslihat Adam?
"Ha! Lepas tu masa balik rumah haritu, saya ada rasa macam ada orang perhatikan saya dari luar rumah. Saya buat tak tahu je lah sebab saya rasa tu perasaan saya je."
"Kau ni bahaya lah. Kenapa tak bagitahu Zach kau jumpa mamat tu pagi haritu. Kalau benda tak elok jadi dekat kau macam mana. Kalau dia masuk rumah, cuba untuk buat benda bukan bukan dekat kau. Macam mana. " Zayn berkata serius dan sedikit marah.
"Tapi saya tak rasa lah Adam macam tu. Dia kan noob macam tu. Tak kan dia boleh fikir sejauh tu." Laura menyebelahi dirinya sendiri.
"Orang macam tu lah psycho dia teruk tahu. Kenapa tak pernah nak bagitahu aku?" Zach yang sudah mendengar perbualan mereka itu masuk lalu duduk di sebelah Laura.
"Alah, kalau saya bagitahu awak pun bukan awak ingat sekarang." Laura menjeling Zach. Masih tak nak mengaku kesalahan dirinya.
"But at least kalau kau bagitahu aku dulu mungkin aku lebih berhati hati lah. Ish kau ni, fikir lah sikit. Use your brain!" Suara Zach ternaik seoktaf.
"Eh yang awak nak marah saya kenapa? Benda dah jadi kan." Laura menjauh dari Zach. Nak marah kenapa, cakap elok elok boleh kan.
"Dah, dah. Korang ni, tadi baru berbaik, gaduh balik." Zayn dah pening melihat mereka. Selama ni mana pernah mereka bergaduh lawan mulut, tapi sejak sejak Zach hilang ingatan ni. Nak bergaduh aje kerja.
"Abang awak ni lah! Hey Zach Alexander dengar sini, dulu awak selalu bagi saya menang tau! Mana ada awak nak lawan mulut dengan saya macam ni. Jadi--"
"Jadi tak bermaksud aku kena buat macam Zach Alexander yang kau kenal tu buat right? Tak semua benda yang kau cakap betul pun." Zach memotong percakapan Laura lalu dijeling gadis itu.
"Huh, what! Eh hello." Laura memandang wajah Zach tidak percaya.
"Apa hello hello, fikir aku ni telefon awam ke."
"Ergh! Talk to my hand!" Laura menujukkan tapak tangannya di hadapan muka Zach lalu memalingkan kepalanya memadang ke tempat lain.
"Lah tangan kau boleh bercakap? Interesting." Zach mencapai tangan Laura lalu digenggam tangan itu.
"Ish Zach Alexander!" Laura menarik kuat tangannya tetapi Zach tetap tidak mahu melepaskannya. Zach memandang wajah Laura yang cemberut itu lalu menjongketkan sebelah keningnya.
"Huh, tak tahu lah aku, macam duduk dengan budak tadika." Zayn kembali memulakan aktiviti melukisnya.
+++
"Apa kita nak buat ni sayang? I buntu." Bella meraup wajahnya. Fikirannya serabut. Bukan tak mahu ikut cakap mamanya, tetapi Zach dah jadi suami orang, dia pun dah jadi tunang orang. Mereka dikira bahagia dengan membuat haluan masing masing. Tapi mamanya.
"Kita pergi jumpa Zach dulu okay? Tanya dia macam mana, tanya pendapat dia. Okay?" Daniel memandang wajah tunangnya itu. Dia pun terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Bella.
+++
"Ish! Jangan lah main tarik tarik tudung saya! Rosak nanti!" Laura memukul lengan Zach yang sibuk menarik tudungnya.
"Ala, dah sampai rumah dah pun. Tak de orang nak tengok kau, aku je."
"Ha ya memang saya kahwin dengan Zayn sekali." Laura menjeling Zach yang berada di belakangnya.
"Halah, Zayn je pun. Eh kau nak tahu tak dia pernah tengok muka kau terbongkang tahu, tidur tak ingat dunia." Zach semakin suka menyakat Laura.
"Hish jahat jahat!" Laura memukul tubuh dan lengan Zach berkali kali.
"Aduh sakit lah!" Zach sedaya upaya cuba untuk mengelak.
"Hoi, hoi sudah. Ya Allah korang ni, tak boleh langsung tinggal berdua, mesti nak gaduh tau. Haih penat aku." Zayn segera meleraikan pergaduhan mereka. Laura dan Zach menjeling sesama mereka, masing masing tak nak kalah.
"Aku lapar, kau masak." Zach menunding jari ke wajah Laura.
"Hello, hello, hello, suka hati awak je nak arah arah orang. Awak siapa ha?" Laura menolak Zayn yang berada di tengah tengah dia dan Zach.
"Aku suami kau, baik kau masak sekarang sebelum aku makan kau dekat sini." Zach mendekatkan wajahnya dengan wajah Laura.
"Makan lah! Awak ingat saya takut." Laura berani kan diri memandang wajah garang Zach.
"Okay if you say so." Zach sudah mula ingin menangkap Laura dan dengan pantas Laura melarikan diri. "Argh!" Laura melarikan diri dengan bersungguh sungguh manakala Zach pula mengejarnya.
"Haih betul lah aku ni tengah jaga budak tadika." Zayn segera bergeraknke dapur. Nak tunggu mereka habis sesi kejar mengejar, nampaknya tak makan lah mereka semua.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
عاطفيةLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...