BAB 18

4K 171 0
                                    

Laura sedang menggosok baju kemeja yang bakal dipakai oleh Zach sebentar nanti. Baju yang sudah siap digosok itu digantung. Panggilan dari Zach disahut.

"Dear!" Zach memanggil Laura. Macam mana lah dia boleh lupa nak bawa tuala masuk dalam bilik air sekali. Haih.

"Ya awak." Laura berdiri di hadapan pintu bilik air menunggu Zach membuka pintu.

"Tolong ambilkan tuala! Aku lupa!" Laura menggelengkan kepalanya. Tuala je ke, dia ingatkan apalah tadi.

Kaki ditujukan di tempat letak tuala, tuala Zach diambil dan Laura kembali berdiri di hadapan pintu. Pintu diketuk.

"Awak." Pintu diketuk lagi. Beberapa minit selepas itu barulah pintu dibuka. Kepala Zach terjengul keluar.

"Mana?" Tangan dihulur. Laura meletakkan tuala itu di atas tapak tangan Zach.

"Tak nak masuk sekali ke." Zach memandang Laura dengan muka miangnya.

"Hish! Tak nak lah saya!" Laura menjauhkan dirinya sedikit dari Zach.

"Sure? Tak nak ke tengok body aku yang aum ni? It's all yours, sayang." Zach makin suka menyakat Laura apabila wajah gadis itu bertukar warna merah.

"Jangan nak merepek boleh tak? Nah. Cepat sikit, awak dah lambat nak pergi kerja." Tuala itu terus dicampak ke arah wajah Zach dan Laura mula beredar. Namun kakinya terhenti apabila Zach menanyakan soalan yang sama.

"Sayang tak nak ke? Rugi tau! Bukan selalu aku offer body aku dekat kau ni!" Zach menjerit dari dalam bilik air setelah dia menutup pintu bilik air sebentar tadi.

"Ish! Awak!" Laura menekup kedua pipinya dengan tapak tangan. Habis panas mukanya.

"Tak guna punya Zach." Laura terus berlalu turun ke bawah untuk menyiapkan sarapan.

Selang beberapa minit, Zach turun dengan tali leher di tangan. "Dear, tolong pakaikan tali leher untuk aku kejap." Laura yang sedang menyapu jem di atas roti ditarik bagi menghadap dirinya.

"Semalam awak pakai sendiri, pandai je." Laura mengambil tali leher itu dari tangan Zach.

"Saja je, aku nak manja-manja dengan wife aku." Tangan Zach mula naik memeluk erat pinggang Laura.

"Awak, boleh tak hari ni, awak hantar saya pergi kedai? Dah lama saya tak buka kedai. Entah apa jadi dekat bunga-bunga kesayangan saya tu." Laura kemaskan tali leher Zach dan tangannya mula beralih di pinggang Zach.

"Boleh. Tapi aku akan datang sana waktu lunch time. And bila waktu aku balik, kau pun kena balik juga. Tak kira lah tengahari ke petang ke. Bila sampai masa aku rasa nak balik rumah kau pun kena balik. Okay?" Zach mencuit hidung Laura.

"Mestilah okay. Apalah sangat tutup kedai awal. Orang bukannya selalu datang beli bunga pun. Saya cuma nak lepaskan rindu saya dekat bunga-bunga kesayangan saya tu." Laura hanya membiarkan Zach yang sedang membelai rambutnya itu.

"Then pergi siap. Aku tunggu kau." Pelukan dilepaskan dan Zach duduk di kerusi meja makan. Roti yang sudah disapu jem diambil dan dimasukkan ke dalam mulut.

"Okay awak tunggu sekejap. Saya bersiap 10 minit je." Laura mula berlari anak menuju ke bilik mereka.

+++

Setelah 30 minit memandu, akhirnya Zach dan Laura tiba di kedai bunga milik Laura.

Laura membuka tali pinggangnya. Bagnya dicapai dan tangan Zach disalam, dicium tangan itu lama. Zach pula tersenyum melihat telatah isterinya itu.

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now