BAB 36

3.4K 158 11
                                    

"Aku keluar sekejap je tahu, duduk dekat rumah elok elok." Zach mengusap kepala Laura yang sedang duduk di atas katil itu. Zach hendak keluar membelikan Laura carrot cake yang diminta oleh Laura sebentar tadi.

"Awak." Zach yang baru sahaja hendak membuka pintu bilik itu menghentikan perbuatannya dan menoleh memandang wajah isteri tersayang.

Laura dengan perlahan bangun dari duduk dan berjalan menuju ke arah Zach. Dengan perlahan tubuh Zach dipeluk erat, seperti tidak mahu melepaskan Zach. Zach pula tersenyum kecil lalu membalas pelukan Laura. Badannya digoyangkan ke kiri dan kanan sedikit membuatkan Laura turut terikut.

"Why?" Haruman yang terdapat di rambut Laura membuatkan Zach membau haruman rambut gadis itu.

"Pergi dengan selamat, balik pun kena selamat tau. Kalau tak ada carrot cake tu terus balik rumah tau, jangan singgah mana mana dah." Pelukan makin dieratkan oleh Laura, entah kenapa hatinya tidak tenang.

"Kenapa ni, hm?" Zach melonggarkan pelukan, wajah Laura dipandang.

"Tak ada apa. Saya sayang awak tahu, sangat sangat. Tak ada ganti. Hanya awak seorang, suami saya, Zach Alexander. Ingat apa yang saya cakap." Dengan tiba tiba air mata milik Laura jatuh tanpa dipinta. Membulat mata Zach. Terkejut kerana isterinya tiba tiba menangis.

"Hey, hey, tell me why dear? Kenapa ni? Aku ada buat salah dengan kau ke?" Air mata Laura disapu menggunakan ibu jari. Laura segera menggelengkan kepala.

"Saya rasa saya nak datang bulan, sebab tu tiba tiba emosi macam ni." Zach kembali memeluk Laura erat.

"Okay lah, aku keluar kejap okay? Duduk rumah elok elok tau. Kejap lagi aku balik. Bye dear." Pelukan dileraikan dan Zach mencium bibir Laura sekilas. Sebaik sahaja Zach keluar dari bilik dan menutup pintu bilik, Laura kembali duduk di atas katil.

"Ya Allah, kenapa tak sedap hati ni?" Laura menenagkan hatinya yang sedikut gelisah itu dengan berzikir.

"Tak ada apa lah Laura, perasaan kau je tu." Laura menggosok dadanya sambil terangguk angguk.

Laura turun ke bawah setelah beberapa minit duduk di dalam bilik. Jam di dinding di pandang.

"Baru 20 minit Zach keluar, aku dah rindu dia. Hm, macam mana ni?" Kaki Laura melangkah ke sofa lalu berbaring di sofa. Tv dibuka, kebetulan drama yang ditayang merupakan drama yang Laura sedang menonton selama ini, jadi dia pun hanya menonton drama tersebut.

Laura kembali memandang ke arah jam yang terletak di dinding. Tanpa sedar dia mengeluh.

"Rindu lah." Telefon yang berada di atas meja yang terdapat di hadapan sofa itu diambil. Nombor Zach dicari lalu ditekan.

Laura melekapkan telefon tersebut di telinga.

Tut...tut...tut...

"Tak angkat lah pula." Dan sekali lagi Laura menelefon Zach.

Tut...tut...tu

"Hello?"

Membulat mata Laura apabila suara lain yang menjawab.

'Kenapa suara perempuan ni?'

"Hello puan, puan ni isteri kepada tuan ni ke?"

"He-hello, iya saya isteri dia. Awak ni siapa? Macam mana awak boleh jawab telefon suami saya ni?" Laura masih mengawal nada suaranya. Ikutkan hati nak maki aje permpuan tu.

"Saya minta maaf puan, saya nurse yang bertugas dekat hospital ni, puan kena datang ke Hospital Flora sekarang sebab suami puan accident."

"Ya Allah!" Dengar sahaja perkataan eksiden air mata Laura segera jatuh. Kepala digelengkan. Tak mungkin.

"Terima kasih ya. Sekejap lagi saya sampai." Panggilan segera dimatikan. Nombor Zayn dicari.

"Yow, kakak ipar why?"

"Zayn tolong bawak saya pergi hospital, Zach kemalangan. Tolong Zayn." Dengan teresak esak Laura menyatakan ayat itu kepada Zayn.

"What?! Kau bersiap kejap lagi aku sampai!" Panggilan dimatikan, Laura segera berlari masuk ke dalam bilik bersama esakan.

Hanya tudung sarung yang dipakai Laura, setelah mengambil sling bag nya, Laura turun ke bawah menunggu kehadiran Zayn.

"Awak sabar, kejap lagi saya sampai." Laura kembali teresak. Terasa seperti semuanya salah dia, kalau dia tak minta Zach pergi beli carrot cake tu, pasti semua ini tidak akan terjadi.

Knock knock

Laura segera bangun lalu membuka pintu, kelihatan wajah Zayn yang yang tenang itu, tetapi dalam hatinya hanya Zayn yang tahu. Laura menangis apabila melihat wajah Zayn. Terus dia teringatkan Zach.

"Zayn." Laura memandang wajah Zayn. Air matanya laju mengalir.

"Tak pe kita pergi hospital dulu okay. Zach akan okay, percaya aku okay. Jom." Zayn dan Laura sama sama menuju ke arah kereta Zayn. Dan mereka mula bergerak untuk ke hospital.

Sesampai sahaja di hospital, Laura segera berlari menuju ke bilik pembedahan yang menempatkan Zach setelah dia bertanya kepada nurse sebentar tadi. Zayn pula mengikut langkah Laura.

Laura menangis dengan teresak apabila tiba di hadapan bilik pembedahan itu.

'Ya Allah, aku tak bersedia lagi untuk kehilangan Zach Ya Allah. Selamatkan suami aku Ya Allah.'

"Laura." Zayn yang sudah pun duduk di sebelahnya itu dipandang.

"Trust me, Zach kuat. Dia akan survive. All right?" Wajah Laura yang merah akibat menangis itu dipandang sayu. Laura pula hanya mampu mengangguk apabila Zayn berkata begitu.

Setelah beberapa minit menunggu, seorang doktor lelaki yang seakan sebaya dengan Zach dan Zayn keluar dari bilik pembedahan tersebut. Laura dan Zayn segera menerpa ke arah doktor tersebut.

"Doktor macam mana dengan suami saya?"

"Alhamdulillah pembedahan berjaya."

Tersenyum Laura mendengar kenyataan itu. Syukur diucapkan berkali kali.

"Tapi kita kena tunggu suami puan bangun dulu untuk tengok ada sebarang masalah atau tidak, kerana suami puan mengalami kecederaan yang teruk dibahagian kepala. Suami puan akan dipindahkan ke wad biasa sekajap lagi."

"Terima kasih doktor." Laura memberikan senyuman kepada doktor tersebut. Setelah doktor tersebut berlalu, Laura memandang Zayn yang berada di belakangnya lalu tersenyum.

"See i told you. Kejap lagi kita tengok Zach." Laura hanya mengangguk mendengar kata kata Zayn.

'Syukur Zach selamat. Terima kasih Ya Allah. Tapi aku harap tak ada apa apa yang buruk jadi.'

L A U R A [✓]Where stories live. Discover now