"Awak~ tak nak lah macam ni. Pandang lah saya." Laura menggoyangkan perlahan lengan milik Zach, sejak habis majlis lagi lelaki itu tidak mahu bercakap dengannya. Orang tanya panjang panjang dia jawab sepatah je. Sekarang adalah sesi memujuk sebelum mereka masuk tidur.
Zach masih lagi sama, mendiamkan diri, bermain telefon. "Zach Alexander!" Laura merampas telefon milik Zach. Apa telefon lagi lawa dari dia ke! Tetapi lelaki itu tidak marah, malah Zach memberikan jelingan pada Laura. "Awak jeling saya? Like seriously?" Masih sama, Zach hanya diam.
"Abang sayang, kenapa ni? Hm?" Laura merapatkan tubuhnya dengan Zach. Wajah dirapatkan dengan wajah lelaki itu, dengan perlahan bibir lelaki itu dicium. Zach terkejut tapi masih membalas ciuman isterinya itu, tak jadi nak merajuk lama lama. Laura meleraikan ciuman itu, wajah Zach ditatap.
"Kenapa awak? Sayang awak ni ada buat salah ke? Hm? Tell me, why?" Tangan Zach dicapai lalu digenggam erat. Zach membalas pandangan isterinya itu. "Your abang jeles dengan dua orang lelaki tu." Zach berkata perlahan. Laura mengerutkan dahinya. "Abang Nadeem dengan Iyad?" Laura menyoal. "Ya, ya that one your beloved 'abang'." Nada cemburu Zach membuatkan Laura tersengih.
"Of course i am supposed to call him 'abang', he is older than me awak." Laura berkata selamba. "Then your husband is younger than you isn't it?" Zach menjeling manja Laura apabila gadis itu gelak. "Ish, itu pun nak merajuk, saya dengan abang Nadeem tak ada apa apa lah awak." Laura menekan kedua pipi milik suaminya sehingga mulut Zach termuncung. Comel!
"Ha lepastu budak kecil tu? How can dia dapat your 100 percent attention? Sampai tadi sayang yang kena tidur kan dia." Zach berkata lagi. Pernyataan yang satu ini lagi lah membuat Laura hendak tertawa. "Awak, Iyad is just a little baby. Come on, macam mana nak jadi papa ni kalau dengan Iyad pun dah jeles?" Pipi Zach Laura usap sayang.
"Jadi maksudnya you gonna give our child 100 percent your attention and abaikan saya?" Suara Zach seperti berjauh hati. "Hey mana ada, saya akan bahagikan masa saya for you two, abang jangan lah macam ni." Wajah Zach ditarik perlahan agar bertemu dengan wajahnya. "I would never ignore you abang." Laura berkata lembut membuatkan Zach memandang wajah Laura. "Promise?" Zach mengeluarkan jari kelingkingnya membuatkan Laura tergelak kecil, selalunya Laura yang akan mulakan itu.
"Promise. Dah let's sleep, esok awak nak drive balik pula." Laura memberingkan tubuh Zach lalu gadis itu pun baring di sebelah suaminya, tubuh Zach dipeluk erat. Zach memalingkan tubuhnya agar menghadap Laura, pinggang gadis itu dipeluk erat. "And where is your abang again?" Zach mula mahu menyakat Laura. "Hish mengada." Laura memukul perlahan belakang tubuh Zach membuatkan lelaki itu tergelak kecil. Mereka diam untuk beberapa minit.
"Good night abang." Laura mencium dagu Zach yang berada betul betul pada dahinya. Zach tersenyum kecil. "Good night sayang." Dan mereka berdua pun tertidur dalam keadaan berpelukan.
+++
"Zach, bawa kereta tu elok elok. Kalau penat terus singgah rnr." Untuk kesekian kalinya Nek Yah menitipkan pesanan buat cucu menantunya itu.
"Iya nek, Zach pergi dulu nenek, atok." Tangan tua itu disalam lalu dicium oleh Zach. Bagasi miliknya dan Laura diambil lalu diletakkan di seat belakang.
"Kamu, jaga kandungan ni elok elok. Jangan nak buat kerja lasak sangat. Dengar cakap suami, kalau bergaduh, bincang elok elok. Jangan lari dari masalah." Laura mengangguk lalu mencium tangan Nek Yah. Tubuh tua itu dipeluk erat. "Erm, sayangnya Laura dengan nenek." Nek Yah menggosok tubuh belakang cucunya itu. Laura beralih pada Tok Yah lalu tubuh itu juga turut dipeluk erat. "Sayang atok tau!" Tok Yah tersenyum.
Mereka meleraikan pelukan. "Jaga diri." Pesan Tok Yah. Laura beralih pada saudara maranya, mereka pun ada yang akan pulang pada hari ini.
"Iyad sayang, aunty rara balik dulu. Nanti kita jumpa lagi okay sayang." Pipi bayi itu Laura usap sayang, lalu wajah Nadeem dipandang. "Laura balik dulu, abang cepat cepat lah carikan Iyad ni mummy ya." Sempat gadis itu bergurau. "In your dreams, lambat lagi." Laura menyekeh perlahan kepala Laura membuatkan Iyad tertawa riang. "Do you like it sayang?" Pipi Iyad Laura cubit perlahan, geram!
"Dah pergi lah balik sana, your husband pandang kita macam nak telan dah." Ayat dari Nadeem itu membuatkan Laura menoleh memandang Zach yang hanya memandang ke arah mereka, tetapi pandangannya sangat tajam ya. Laura segera bergerak ke arah Zach. "Laura balik dulu semua!" Laura melambai tangan kepada mereka sebelum masuk ke dalam kereta. Setelah itu kereta Zach meluncur laju keluar dari halaman rumah Tok Yah dan Nek Yah.
"Apa yang seronok sangat bercakap dengan abang Nadeem awak tu sayang?" Zach bertanya tetapi matanya masih fokus pada jalan. Laura memandang Zach pelik, salah ke kalau nak borak dengan abang saudara sendiri.
"Dia abang saudara saya awak, tak pelik pun kalau saya rapat dengan dia." Tangan Zach yang berada di atas riba itu dicapai lalu digenggam.
"Come on sayang, kenapa susah sangat nak melekat perkataan abang tu untuk saya?" Laura dipandang sekilas.
"Okay okay, maaf abang sayang." Laura mencium lembut belakang tangan milik Zach. Zach yang ingin tersenyum itu menahan. "Tak payah nak tahan senyum sangat lah, mengada." Zach tergelak kecil. Tangannya mengusap lembut perut Laura. "Sayang papa, tengok mama ni naughty naughty ni." Laura pula tergelak mendengar ayat Zach.
"Mana ada saya naughty." Lengan Zach dipukul lembut. Dan pada sepanjang perjalanan dipenuhi dengan gelak tawa mereka.
![](https://img.wattpad.com/cover/221176782-288-k924131.jpg)
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
Roman d'amourLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...