BAB 30

4.9K 179 4
                                        

"Banyak lagi ke kerja awak? Saya bosan lah, jom lah balik, semua pekerja awak dah balik kan, dah lebih dari waktu kerja ni." Laura yang sudah satu jam bangun dari tidur dan satu jam duduk termenung tidak membuat apa apa mula merengek kebosanan.

"Sini, duduk dekat aku." Zach masih lagi fokus dan seperti tidak dengar apa yang direngek oleh isterinya itu.

"Awak!" Nadanya seperti marah tetapi kaki tetap jalan dan terus duduk di atas riba milik Zach.

"Kenapa ni? Hm? Nak marah je. Tunggu lah sekejap, nak siap dah ni." Sebelah tangan Zach memeluk erat pinggang milik Laura manakala sebelah lagi tangan sibuk tanda tangan projek yang sudah disemak.

"Saya period." Tangan diletakkan di atas meja dan tapak tangan diletakkan dagu.

"Patut lah pun. Okay aku janji, lepas aku siap kerja kita keluar, shopping ke? Nak?" Zach memandang wajah Laura.

"Tak nak shopping." Laura tidak memandang Zach malah dirinya sibuk menconteng kertas kosong yang terdapat di atas meja kerja milik Zach.

"Lah, tak nak? Habis tu, kau nak apa? Cakap." Zach memandang wajah Laura dengan pelik, sejak kahwin ini baru kali pertama Laura datang bulan, yalah mereka pun baru berkahwin berapa minggu.

"I want to eat sweet things. Boleh?" Laura membulatkan dan mengerdipkan matanya beberapa kali. Sejak kenal dengan Zach, lelaki itu mengawal pemakanannya, terutama sekali makanan yang berunsurkan kemanisan, Zach memang kawal tentang itu.

"Boleh, tapi tak boleh banyak lah. Makan macam yang aku dah tetapkan."

"Ala tapi, nak makan banyak banyak." Laura memuncungkan bibirnya.

"Tak boleh dear. Tak elok untuk kesihatan." Zach mencubit pipi tembam milik Laura.

"Ish! Tapi kalau saya period, saya makan benda manis lah. Boleh lah awak." Kakinya yang tidak mencecah lantai itu digoyangkan.

"No means no dear. Dengar cakap aku please." Pen yang berada di tangan diletakkan dan kini fokusnya 100% kepada Laura.

"Iya saya dengar cakap awak, tapi lain kali lah. Hari ni je, can you please let me eat a lot of sweets? Please sayang. Hari ni je." Kedua belah tapak tangan dirapatkan lalu suara dimanjakan. Itu kelemahan Zach, dia tahu.

"Ergh fine! Kau tahu aku tak akan menang kalau kau buat macam tu kan?" Sekali lagi pipi Laura dicubit, terlalu geram dengan isterinya itu. Laura pula sudah tersenyum keriangan.

"Okay cepat lah siapkan kerja. Saya tak sabar ni." Laura terus bangun dari duduknya lalu duduk di atas sofa. Memberi ruang untuk Zach membuat kerja. Zach pula sudah menggelengkan kepalanya melihat perangai isterinya yang seperti seroang budak kecil.

+++

"Okay mula mula kita pergi erm, secret recipe. Saya nak makan Hazelnut Cream Cake dengan Redvelvet Cake." Laura menggenggam tangan Zach erat setelah mereka masuk ke dalam shopping mall itu.

"Banyaknya dear.Nanti tak habis." Zach mengerutkan keningnya. Genggaman tangan mereka dieratkan.

"Habis. Boleh lah eh. Tadi awak bagi." Tangan Zach diayun perlahan.

"Fine." Zach dan Laura menuju ke kedai Secret Recipe. Perkara yang tidak dijangka berlaku pada Zach.

"You! Janganlah i tengah makan kan!" Lengan Zach dipukul lembut oleh Bella kerana lelaki itu tidak sudah mengambil gambarnya. Nak makan pun tak senang.

"Biarlah i nak ambil berapa banyak pun gambar honey kesayangan i ni." Gambar Bella diambil sekali lagi.

"You!" Nada Bella seperti marah tetapi mulutnya tetap memberikan senyuman kepada Zach.

"Baby kalau boleh sekarang juga i ajak you kahwin tau. Geram tahu tak dengan you ni."

"Ish jangan lah macam tu sayang. I kan tengah belajar. Nanti susah tahu i nak fokus, kena fokus dekat you lagi dekat study lagi." Kek di hadapannya disuap.

"Amboi, i ni menyusahkan you ya. Siap lah." Garfu diambil dan Zach mengacah seperti hendak mencucuk pipi milik Bella.

"Sayang!" Bella dan Zach sama sama tertawa bahagia tanpa mempedulikan pelanggan yang lain.

"Awak!" Laura sedikit meninggi kan suaranya.

"Iya?" Zach menggelengkan kepalanya setelah dia kembali sedar akan kesilapannya.

'Kau jangan buat hal lah Zach!'

"Awak nak apa apa tak? Kenapa ni? Muka awak pucat, kita balik okay? Lepas beli kek ni kita balik. Awak nampak tak sihat." Muka Zach dipegang oleh Laura, mengusap pipi lelaki itu.

"No, no aku okay. Tak tahu lah aku fikir apa tadi." Tangan Laura yang berada di pipinya dipegang erat.

'Sorry dear. Aku tak sengaja.'

"Tak apalah kalau macam tu kita take away je semua yang saya nak makan. Awak pun penat kerja kan, terus kena layan kerenah saya." Laura memandang wajah Zach dengan kesian.

"Sure? Tak nak makan dekat sini?" Zach ingin meyakinkan Laura bahawa dia okay sahaja. Entah syaitan mana yang berbisik suruh dia mengingat kembali kenangan lalu.

"Haah. Lagipun saya tak sedap badan sangat. Period pain." Setelah membeli segala makanan yang ingin dimakan oleh Laura mereka pun pulang ke rumah.

L A U R A [✓]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang