"Fiancee bro? HAHAHA! Tak sangka abang aku dah betunang!" Zayn memeluk leher abangnya apabila sedar yang lelaki itu sedang termenung di hadapan kolam.
Setelah Zach berkata begitu, terus Tengku Adam beredar dari situ. Mereka yang berada di situ memandang Zach dengan wajah yang masih lagi terkejut.
"Apa? Aku cakap je. It's just a word." Zach terus beredar dari situ. Tanpa sesiapa sedar, dia tersenyum kecil.
'Gila kau Zach!'
Majlis dah pun habis. Mikhael mengambil keputusan untuk tidur di rumah kedua orang tua Zach dan Zayn kerana hari sudah lewat malam. Itu pun cadangan dari mama mereka.
Dan dengan itu Damia dan Laura juga terpaksa lah tidur di rumah mereka. Nasib baik Damia sediakan baju lebih dan lebih selesa di dalam kereta. Laura pula? HAHAHA malang sekali gadis itu tidak membawa apa apa kecuali tudung. Jadi dia terpaksalah meminjam baju Zach.
Kenapa Zach? Zayn punya kerja!
"Hish kenapa lah nak tidur rumah orang tak bagitahu awal awal. Dah aku kena pakai baju besar ni!" Laura memuncungkan mulutnya. Damia yang baru keluar dari tandas itu tergelak melihat Laura.
"HAHAHAHA! Besarnya baju kau!" Damia mengesat matanya yang mengeluarkan air.
"Hish! Diam lah! Kau lah ni! Bawa baju lebih tak ajak aku!" Laura membuka pintu setelah menyarung tudung bawal yang dia bawa itu. Dapur dituju untuk meminum air.
"Aku pula? Haih Hanna, Hanna."
Jam di dinding sudah menunjukkan angka 2 pagi. Jadi Laura rasa semua penghuni rumah itu dah tidur. Sangkaannya meleset apabila dia ternampak sebuah bilik yang masih menyala. Dengan perasaan ingin tahu Laura pergi ke arah bilik itu. Pintu ditolak.
Tubuh Zayn atau Zach dia tidak pasti siapa yang tidak berbaju dan hanya mengenakan seluar dipandang dengan penuh berminat. Lelaki itu tekun membuat kerja.
Tanpa Laura sedar lelaki itu dah pun berada di hadapannya. Dia tersenyum apabila memandang bajunya yang disarung di badan gadis itu. Besar semacam tapi comel!
"Ehem! Dah puas dah tenung aku?" Zach menegur Laura.
"Ha? Tak, tak."
"Apa tak? Kau asal tak tidur lagi ni?"
"Saya nak minum air je. Lepastu saya nampak bilik ni terang. Saya tengok lah. Tu je. Lepas minum air saya tidur lah." Laura menundukkan wajahnya apabila tak tahan melihat mata lelaki itu.
"Kalau macam tu aku nak hot chocolate." Dengan selambanya Zach oder.
"Awak minta saya buatkan ke?" Laura menunding jari telunjuknya di depan mukanya.
"Kalau bukan kau siapa lagi."
"Tapi kan mama saya pernah cakap. Kalau nak suruh orang tu buatkan sesuatu kita kena cakap tolong. Awak tak cakap pun tolong. Itu dikira tak ada adab tau. Tak baik. Nanti Allah laknat." Laura berkata dengan muka comelnya. Terkeluar pula perangai budak budak nya.
Zach tercengang.
'Biar betul minah ni. Dia sihat ke tak ni? Risau pula aku.'
Zach hanya mengikut sahaja perangai Laura itu. Dia berdiri betul betul dekat dengan Laura. Mukanya didekat kan dengan Laura.
"Please~" Suara Zach dilembutkan. Laura yang dengar itu tercair sekejap. Dan terus Laura berlari ke dapur. Zach pula sudah tersenyum.
"Haih. Kau buat aku teringatkan Bella." Zach berkata perlahan sebelum kakinya melangkah pergi ke dapur.
Zach duduk di atas kerusi sambil memerhatikan Laura yang tekun membuat air itu. Setelah siap Laura meletakkan air itu di hadapan Zach. Laura pula mengambil air masak dan duduk di hadapan Zach.
Suasana di antara mereka berdua sunyi sepi. Laura melilaukan matanya memandang sekeliling dapur. Manakala Zach pula asyik memandang Laura.
"What's your name again?" Zach bertanya setelah menghirup sedikit airnya.
"Laura Hannaniah." Laura berkata perlahan sambil memandang ke dalam mata Zach. Setelah itu dia tertunduk. Tak boleh langsung nak eye contact dengan Zach!
"And shoul I call you Laura?"
"Ha? Tak boleh! Awak kena panggil saya Hanna!"
"Kenapa pula aku tak boleh panggil kau Laura. Aku suka panggil kau Laura. Bagi aku nama tu unik." Zach memandang ke arah Laura.
"Tapi saya-"
"Takde! Aku nak panggil kau Laura juga." Zach menegaskan keputusannya.
"Ikut awak lah nak panggil saya apa pun. Janji dengan saya awak sorang je panggil saya Laura. Saya taknak orang lain panggil saya Laura."
"Okay." Zach kembali menghirup airnya. Suasana di antara mereka kembali sunyi.
"Erm. Awak ni siapa? Zayn ke Zach?" Soalan Laura membuatkan Zach terkejut. Yalah dia lupa pula nak cakap dia ni siapa. Siapa yang tak kenal mereka memang tak dapat beza kan mereka.
"Aku Zach."
"Macam mana saya nak bezakan awak berdua? Korang takde beza langsung."
"Senang je nak kenal kitaorang. Let me tell you." Belum sempat Zach berkata dah ada yang potong. Siapa lagi kalau bukan Zayn!
"Untuk orang yang baru kenal kitaorang macam kau ni, kau bezakan kitaorang dengan rambut kitaorang. Aku suka style rambut yang clumsy. Zach pula, rambut dia akan sentiasa nampak kemas. Lepastu aku ni banyak mulut. Zach tak. Dia lebih kepada berdiam diri. Tu je." Zayn duduk di sebelah Zach setelah mengambil air.
Laura hanya menganggukan kepalanya. Terasa segan pula berada di hadapan kembar ini. Dah lah dua dua hensem.
"Awak berdua ni takde girlfriend ke? Maksud saya, yalah, korang kan hensem. Takkan lah takde orang nak. Kan?" Laura meletakkan dagunya di atas tapak tangan sambil merenung wajah mereka berdua.
"Kau bukan fiancee Zach ke? Buat apa dia nak ada girlfriend sedangkan tunang dia ada je depan mata ni." Dengan selambanya Zayn menyatakan kenyataan. Suka dia mengusik si abang.
"Ish awak ni! Itu hanyalah satu statement." Laura mencebik bibir.
"Kalau aku anggap benda tu serius?" Zach dah pun mendekatkan wajahnya dengan Laura. Zayn pula dah tersengih melihat Zach. Tak pernah abangnya begitu dengan mana mana wanita.
'Aku harap Laura Hannaniah dapat buka hati kau untuk terima perempuan lain dalam hidup kau Zach. Tolonglah lupakan Bella yang kita tak tau dia masih hidup atau tak.'
"Saya naik dulu lah. Mengantuk. Bye bye!" Laura segera berlari naik ke biliknya. Gelasnya hanya dibiarkan di situ. Kalau duduk lama lama mahu jantungnya tercabut.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...