Laura yang mulanya tersengih terus membulat matanya.
"Mia! Tak senonoh!" Tisu diambil dan diberikan kepada Damia. Laura mengelap meja yang basah itu.
"Kau buat lawak apa perempuan! Mimpi ke!" Damia lap bibirnya dengan penuh sopan.
"Mana ada aku mimpi. Aku masih berada di alam yang nyata tau tak." Makanan disuap di dalam mulut.
"Takde lah, kau tu tiba tiba cakap pasal jodoh. Aku pun pelik lah, lelaki mana yang dah berjaya membuka pintu hati wahai cik Laura Hannaniah ni."
"Tak cerita dia macam ni, tadi kau ingat tak yang waktu kau call aku tu, lepastu aku cakap aku ada customer tu?" Damia mendengar dengan penuh rasa minat.
"Aha. Kenapa?"
"Mamat tu sumpah hensem wei, tak tipu, lepastu kau tau tak apa yang paling kau tak akan percaya, tak sebenarnya aku pun tak percaya juga." Dengan penuh semangat Laura menceritakan tentang Zayn.
"Apa?"
"Mata dia! Mata dia sumpah cantik!" Laura tersenyum sambil terbayang mata milik Zayn sebentar tadi.
"Mata dia warna apa?" Damia meminum air.
"Entah, aku tak tau tapi warna mata dia jernih sangat. Cair aku."
"So kiranya kau dah jumpa lah jodoh kayangan kau tu."
"Ei! Mana ada kayangan! Ini dunia sebenar tau! Kau kena jumpa dengan dia, sebab aku dah suruh dia datang lagi." Laura kembali tersenyum. Angau betul!
"Kau sure ke dia akan datang. Entah entah dia tak nak datang dah lepas tengok perangai sewel kau ni." Damia sengaja berkata begitu.
"Ish kau ni. Kalau betul lah dia jodoh aku. Dia akan datang. Tapi kalau dia tak datang, aku hanya mampu meratapi kesedihan yang aku alami ini. Sob sob." Makanan kembali disuap ke dalam mulut.
"Dah lah kau. Merepek je kerja!"
Sedang mereka seronok berbual, seseorang menolak pintu kedai itu. Laura yang dengar pintu kedai itu ditolak terus berpaling ke arah pintu.
"Abang Mikha!" Laura tersenyum. Serentak itu Damia memusingkan badannya. Mikhael Adrian tersenyum ke arah Laura.
"Abang. Buat apa dekat sini?" Damia memandang Mikhael yang mengambil tempat di sebelahnya.
"Amboi. Macam tak suka je nampak abang. Kan Hanna?" Mikhael memandang Laura. Laura menganggukkan kepalanya.
"Bukan tak suka. Abang tu sibuk je memanjang. Mia pelik lah abang boleh ada masa pula datang sini." Damia baru sahaja ingin memasukkan makanan ke dalam mulutnya, Mikhael dah makan dulu.
"Abang!" Damia menjeling Mikhael sementara Laura pula dah tergelak.
Mikhael hanya buat muka biasa sahaja."Sebenarnya, abang ada event malam ni." Mikhael dah mula buat suara manjanya.
"Lepastu? Abang jangan nak ajak kitaorang eh. Mia malas." Damia yang dah tahu niat abangnya itu terus memotong ayat abangnya.
"Hanna pun." Laura paling tak suka pergi majlis. Tak kisahlah apa apa majlis sekalipun, dia memang tak suka. Katanya rimas dengan tempat yang ramai orang.
"Ala. Please. Teman lah abang. Abang tak nak pergi sorang sorang. "
"Hanna ikut abang lah." Laura yang sememangnya tak boleh tengok abang angkat kesayangannya itu merayu mula bersetuju.
Damia pula sudah membulatkan matanya dan memandang Laura tajam. Mikhael pula dah tersenyum gembira. Tahu bahawa adik angkatnya itu akan cair dengan pujuk rayuannya.
"Kau sedar tak apa yang kau cakap ni wahai Laura Hannaniah! Kau pergi bermakna aku pun akan pergi." Damia dah tak tahu nak cakap apa. Dia kena ikut lah jawabnya.
"Okay cun! Malam ni lepas isyak abang sampai depan rumah korang. All right my babies?" Mikhael mencubit pipi Damia dan dengan semangatnya keluar dari kedai itu.
"Kau lah ni! Aku baru ingat nak ajak kau tengok drama baru Lee MinHo kesayangan aku malam ni." Damia memuncungkan mulutnya.
"Ala maaf lah. Kau pun tahu kan aku tak boleh tengok abang Mikha merayu." Damia hanya memandang wajah bersih Laura itu.
Mereka tiba di rumah setelah waktu bekerja habis. Laura terus masuk ke dalam biliknya. Dia haruslah memilih baju yang sesuai untuk dipakai. Yalah macam yang Damia cakap, dia tak ada banyak baju biasa atau cantik. Dia banyak hoodie je.
"Aku nak pakai baju apa malam ni?" Sedang Laura berdiri di depan almarinya sambil menilik baju bajunya, matanya tertumpu pada satu dress ini.
"Aha! Dress arwah mama!" Dress itu diambil dan diletakkan di depan badannya.
"Boleh lah ni." Laura meletakkan dress itu di atas tilam, dia mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.
Setelah menunaikan solat isyak, Laura menukar bajunya dan memakai shawl.
"Hanna! Lambat lagi ke? Abang dah sampai dah tu!" Damia yang memakai dress biru dan mengenakan sedikit make up itu kelihatan sangat cantik.
"Kejap!" Laura menyembur perfumenya dan memakai lip balm. Laura mencapai sling bagnya dan telefon di atas meja solek diambil dan dia membuka pintu.
Damia yang terpandang akan Laura itu terpegun. Cantik! Selalunya dia hanya tengok Laura pakai hoodie je.
Wajah Laura tidak mengenakan apa apa make up tetapi tetap kelihatan cantik.
"Hanna! Cantiknya kau!" Damia memeluk lengan gadis itu dan membawanya keluar dari rumah. Setelah pintu dikunci mereka berjalan ke arah Mikhael yang segak memakai tuxedo itu.
"Can you says a things that I don't know. Aku tahu aku memang cantik." Laura sengaja berkata begitu.
"Alahai kembang lah pula minah ni. Aku pun cantik apa. Kan?" Laura memandang ke arah Damia.
"More than beautiful." Laura dan Damia sama sama tergelak.
"You guys look so beautiful." Mikhael terkedu melihat kecantikkan dua orang adiknya itu. Terasa beruntung pula.
"Abang Mikha pun apa kurangnya. Handsome!" Laura memuji Mikhael yang sememangnya kelihatan segak itu.
Mikhael tergelak. Suka dia dengan perangai Laura itu.
"Dah jom." Dan mereka pun bergerak ke tempat yang ingin dituju. Damia duduk di sebelah Mikhael manakala Laura duduk di belakang.
Mata Laura ralit melihat pemandangan pada waktu malam. Jarang sekali dia keluar pada waktu malam. Jadi dia ambil peluang malam ini untuk menikmati keindahan ciptaan Tuhan.
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...