"Tak apa ke i kahwin dengan you? Hanna, dia setuju ke? Lagipun kita dah bagitahu mama semuanya kan?" Bella bersuara apabila suasana antara dia dan Zach sepi. Mereka berdua berada di halaman rumah, mama Bella yang menyuruh mereka untuk berborak berdua di luar sementara dia dan Puan Hanna berbincang.
"Zach, i tak paksa you ikut apa yang mama cakap. I kesian kan Hanna." Bella menyambung apabila Zach masih tidak bersuara.
"Mama you tu pelupa. Hari ni ya dia ingat apa yang kita cakap, esok lusa, dia lupa juga and akan terus terusan suruh kita kahwin. You kenal mama you." Zach bersuara tanpa memandang wajah Bella yang duduk di sebelahnya.
"Apa pun kita akan bercerai juga nanti." Zach berkata tanpa rasa serba salah.
"You akan ceraikan i juga ke? Walaupun kalau masa tu you ada perasaan dekat i?" Bella bertanya tanpa rasa malunya. Dah ada bau bau nak jadi hak milik Zach yang kekal ni.
"Listen here, i might be amnesia right now, but i tell you, i tak akan pernah sia sia kan Laura, untuk biarkan isteri i bermadu jauh sekali, tapi this time i terpaksa, we got no choice, i promise after everything is done i akan ceraikan you. You boleh bahagia dengan tunang you and i akan bahagia dengan my wife. Keep that in mind. Biarpun i tak ingat but i boleh terima kenyataan yang we are nothing right now and i already married." Zach berkata panjang, beberapa minit hanya kesepian menemani mereka.
"Hahaha, saya tak jahat sampai macam tu sekali eh!" Gelak tawa dari Laura menarik perhatian Zach dan Bella. Zayn dan Laura yang baru sahaja keluar dari rumah itu dipandang.
"Nak pergi mana?" Zach berdiri dan menuju ke arah mereka. Laura sudah membuat muka, meluat tengok dua orang insan itu walaupun Zach adalah suaminya.
"Nak balik rumah aku." Zayn menjawab apabila sedar riak wajah Laura berubah.
"Already?" Zach bertanya lagi.
"Iya lah buat apa lama lama dekat sini, tak akan awak nak saya tolong mama, ikut bincang sekali pasal majlis awak yang akan berlangsung 'minggu depan'." Perkataan minggu depan Laura kuatkan. Cepatkan? Entah apa yang mama Bella dekat nak rushing sangat, katanya masa dia dah tak lama.
"Ming-minggu depan?" Zach terkejut.
"Lah kenapa? Tak nak minggu depan? Tak sabar sangat ke? Kalau tak sabar sangat, saya bagitahu mama langsungkan esok je perkahwinan awak." Laura menjeling Zach, terkejut ke happy dapat kahwin lain.
"Laura Hannaniah watch your mouth. Sedar dengan siapa kau tengah bercakap sekarang ni. Aku ni suami kau, kau kena hormat aku." Zach merenung tajam wajah Laura, tidak suka gadis itu bersikap kasar dengannya.
"Oh sedar pula awak tu suami orang. Eh dengar sini eh Zach Alexander, saya tak ada lah suami yang pengecut macam awak ni, yang susah sangat nak bagitahu kebenaran!" Laura sudah mula menaikkan suara, ya dia tahu salah, tapi siapa je yang sanggup untuk bermadu. Sakit hatinya apabila Zach masih nak ikut permintaan mama Bella itu.
"Apa masalah kau? I said watch your mouth! Kenapa nak tengking, kau sendiri dengar yang aku dah mengaku depan mama Bella tadikan. Apa lagi? Ha? Hey i tell you mama Bella tu sakit, kau bagitahu lah dia seribu kali pun dia tetap akan lupa. Dia akan tetap paksa aku dengan Bella kahwin, so i got no choice! Tolong faham aku Laura." Suara Zach semakin perlahan mengungkap ayat terakhir.
"Memang saya sorang je kena faham awak, dari hari awak kemalangan lagi saya asyik salah kan diri saya, hati saya sakit tahu tak, saya cuba terima kenyataan, sebulan saya tak jumpa awak, saya tahan je! Bila kita nak berbaik, awak pula nak kahwin lain, jadi hati Bella dengan mama dia yang awak kena jaga sekarang, habis tu saya? Hati saya macam mana? Ha?! Bagitahu lah saya! Mana pergi semua janji awak Zach?! Awak tak akan tinggalkan saya! Awak akan sayang saya! Itu yang awak cakap!" Suasana sepi untuk beberapa minit, tiada siapa yang membalas kata kata Laura termasuk Zach.
"Fine, nak kahwin sangat kan, kahwin lah tapi dengan syarat, ceraikan saya." Air mata yang mengalir di pipi disapu.
"Laura." Zayn terkejut dengan kenyataan Laura, tak sangka yang gadis itu akan minta cerai dengan abangnya. Zach tersentak.
"Laura Hannaniah binti Luqman Hakeem," Langkah Laura yang ingin menuju ke kereta milik Zayn terhenti apabila Zach menyebut nama penuhnya. Air matanya jatuh, bersedia dengan apa sahaja yang bakal Zach ungkapkan.
Bella dan Zayn sudah memandang Zach dengan wajah yang tidak percaya, tak akan lah kan.
"Aku, tak akan pernah cerai kan kau. Keep that in mind." Setelah mengungkap ayat itu, Zach segera menuju ke kereta miliknya lalu terus memandu meninggalkan kawasan rumah agam itu. Laura menghela nafas.
"Jom, you really need some rest." Lengan Laura ditarik perlahan oleh Zayn menuju ke keretanya. Pintu di tempat penumpang dibuka lalu Laura masuk ke dalam kereta itu. Kereta Zayn juga meninggalkan kawasan perumahan itu.
Bella mengeluh perlahan. " Ya Allah, Zach, Hanna i minta maaf, kalau i tahu sampai jadi macam ni i tak balik Malaysia. I'm really sorry." Setelah menenangkan diri di luar, Bella pun kembali masuk ke dalam rumah agam milik Puan Hanna dan Encik Mohamed itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...