*7 bulan kemudian*
"Abang, cepat lah! Nanti lambat." Laura menjerit memanggil suaminya. Perutnya yang membulat diusap, penat, menjerit pun penat. "Sekejap lah sayang, tak lari pun lah majls tu." Zach turun dari tangga sambil memakai jam tangannya. Lelaki itu segak berkemeja berwarna putih manakala Laura pula cantik mengenakan jubah berwarna putih.
"Iya memang lah majlis tu tak lari, tapi Mia ni ha, dari tadi call tanya kenapa tak sampai lagi." Laura menyambut tangan Zach yang menghulur padanya minta untuk disambut. Tangan lelaki itu dipegang erat, mereka berdua segera keluar dari rumah dan menaiki kereta.
+++
"Hish Hanna! Lambatnya, majlis dah nak mula tau." Damia yang cantik mengenakan baju kurung moden itu memaut tangan Laura yang baru sahaja sampai. "Ala sorry lah. Kau fikir senang nak bergerak bila perut dah membulat macam ni?" Laura menjeling wajah Damia. Wanita itu hanya tergelak. "Bukan perut je bulat masalahnya tau, pipi kau pun makin mengembang." Damia menyakat Laura. Zach yang berada di belakang mereka juga turut tertawa kecil.
"Abang! Gelak, gelak. Kelakar lah." Laura mula menjeling Zach pula, yang membuat kan lelaki itu tertawa kecil, sensitif betul isterinya itu. "Okay, okay i'm sorry. Dah jom kita masuk." Tangan Laura dicapai lalu digenggam erat oleh Zach. Mereka masuk ke dalam dewan hotel milik Zach, lalu mengambil tempat di meja di hadapan. Sebaik sahaja Laura melabuh kan punggungnya di atas kerusi, dengan serta mera dia mengeluh. "Sayang, mengeluh pula." Zach mengusap perlahan kepala Laura.
"Penat." Laura melentokkan kepalanya di atas bahu Zach. Dia tidak larat tetapi nak buat macam mana, orang dah jemput, tak akan tak nak datang pula kan. "I told you tak payah datang kan, nak juga." Zach memandang wajah Laura. "Bella dah jemput tak kan saya tak datang pula."
Beberapa minit kemudian, suasana dewan yang riuh itu menjadi sunyi apabila kedua pengantin sudah berada di pintu utama dewan. Kelihatan Daniel dan Bella keduanya sama cantik mengenakan pakaian pengantin. "Cantiknya Bella." Laura memuji perlahan. "Well you lagi cantik, sayang." Zach berbisik lembut di telinga Laura, gadis itu memandang wajah Zach lalu tersenyum kecil. Suka buat dia cair.
Nasi dicedokkan untuk Laura lalu lauk diisi. "Saya nak yang tu juga." Laura yang sedang duduk itu mengarah. "Iya sayang, sabar." Zach hanya melayan kerenah isterinya itu. Daniel dan Bella mendekati pasangan itu. "Amboi Hanna, makin berselera." Daniel menegur gadis itu. "Mana adalah abang, anak Hanna yang nak makan ni." Laura tersengih.
"Hanna i--"
"Bella, berapa banyak kali awak nak minta maaf? Benda yang jadi tu dah lama berlalu, saya dah tak ingat dah pun. Kita pun sekarang sama sama dah bahagia kan. Tahniah." Laura memotong percakapan Bella yang masih ingin meminta maaf padanya. Mereka berborak untuk beberapa ketika. Laura yang makan itu tiba tiba berhenti. "Aduh! Ab-abang sa-sakit! Sakit abang!" Dengan tiba tiba Laura menjerit kuat, semua tetamu di situ memandang ke arah mereka. Zach mula cuak.
"Zach! Bawa Hanna pergi hospital! Dia dah nak bersalin tu!" Bella berkata kuat apabila Zach masih diam tidak membuat apa apa, wajahnya sahaja beriaksi cemas. "Mac-macam mana?" Zach memandang Bella dan Daniel. "Ya Allah dukung lah dia!" Bella dan Daniel sudah pun berdiri di sebelah Laura. "Apa kata kau orang je yang sambut, korang kan doktor." Zach mendukung Laura sambil itu sempat lagi dia bergurau.
"Kepala hotak abang lah! Cepat lah, abang sakit!" Laura menggigit kuat bahu Zach yang berada di hadapan wajahnya. "Argh! Sayang! Don't bite me! Sakit sayang." Zach memejamkan matanya. "Sakit abang!" Laura sudah menangis. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya dia sekarang. "Sabar okay sayang." Zach berkata lembut lalu terus bergegas ke hospital.
+++
"Zayn!" Zayn, Damia dan Mikhael serentak memandang ke arah Puan Hanna yang baru sampai di hospital itu. "Macam mana, Laura?" Puan Hanna bertanya cemas. "Belum lagi ma, tapi mama jangan risau. Zach ada dekat dalam teman Laura dekat dalam." Bahu mamanya diusap, bagi menenangkan wanita tua itu.
Mereka tunggu di luar dengan sabarnya. Tidak lama selepas itu, doktor pun keluar dari labour room itu. Segera mereka semua melurun ke arah doktor itu. "Doktor macam mana dengan menantu saya?" Puan Hanna menyoal. Doktor itu tersenyum. "Tahniah, it's a boy. Puan Laura pun selamat." Mereka semua mengucapkan syukur. "Terima kasih doktor." Setelah itu doktor itu pun beredar.
"Sayang you did a great job." Dahi Laura yang berpeluh itu dicium lembut. Laura pula hanya mampu tersenyum kecil, penat masih lagi tidak hilang.
Mereka semua berada di wad di mana Laura ditempatkan. Gadis itu sedang melihat ibu mertuanya yang sedang mendukung bayi mereka. "Alahai cucuk nenek, comelnya dia." Bayi itu dicium lembut. "Ada nama dah ke ni, Laura? Zach?" Puan Hanna memandang ke arah Laura dan Zach yang sedang duduk di atas katil itu.
"Zaiden Lutfullah bin Zach Alexander." Zach menjawab bagi pihak isterinya. "Sedapnya nama budak kecil ni. Jadi anak yang soleh ya sayang." Puan Hanna tidak puas memandang wajah kecil bayi itu. Terlalu comel!
+++
"Sayang." Zach memanggil Laura yang sedang menyusukan Zaiden itu lembut. Laura memandang wajah suaminya. "Iya abang." Laura turut menyahut perlahan. Tidak mahu Zaiden yang sudah terlena itu terjaga.
"Terima kasih sebab sudi terima kekurangan abang, setia dengan abang, melahirkan zuriat abang. Terima kasih sayang sebab sanggup bertahan, terima kasih juga sebab tak pernah penat tunggu abang. Dan, terima kasih sebab dah melengkapi hidup abang." Zach memandang wajah Laura dengan pandangan redup, dia hampir kehilangan gadis ini suatu ketika dahulu, dan dia berjanji untuk tidak akan mensia siakan gadisnya ini lagi.
"Abang, terima kasih juga sebab abang dah melengkapi hidup Laura. Tak boleh bayang sayang kalau abang tinggalkan sayang. I love you so so much." Laura mencium perlahan pipi Zach. Zach tersengih. "And i love you damn much sayang." Perlahan lahan Zach mencium lembut bibir milik isterinya. Perbuatan mereka terhenti apabila Zaiden merengek perlahan. Laura dan Zach sama sama memandnag ke arah Zaiden sebelum kedua duanya tergelak perlahan.
"And it's the end of our love story." Zach dan Laura memandang ke arah anda anda semua sambil tersenyum lebar.
-Tamat-
Start: 30 April 2020
End: 14 September 2021Status: Completed
Assalamualaikum semua! Finally after a long time this story dah tamat akhirnya. Terima kasih for those yang spend your time here from bab 1 sampai bab 64. Terima kasih sebab support 'LAURA'. Thank you for those yang dah comment, serious talk korang yang bagi comment and vote ni lah buat saya semangat nak habiskan story ni. Maaf atas segala kekurangan dan typo yang terdapat dalam 'LAURA'. Maaf juga sebab ambil masa lama sangat nak habiskan. And i gonna miss Laura and Zach after this. But no worry, life must be goes on. Tiberr. Dan janganlah sesekali anda anda semua meniru hasil karya yang tak seberapa ini, walaupun tak seberapa but i perah my otak untuk tulis cerita ni, so please no copy and paste ya. Okay long short story, ada cerita baru bakal menyusul! Keep waiting! Bye!
'L A U R A melabuhkan tirai.'
♡,
-hanileeya-
YOU ARE READING
L A U R A [✓]
RomanceLaura Hannaniah seorang gadis yang agak ceria, berumur 23 tahun tetapi memiliki sebuah kedai bunga peninggalan arwah mamanya. Papanya berkahwin lain dan membuatkan dirinya mempunyai seorang ibu tiri, disebabkan rasa benci terhadap ibu tirinya yang s...